Bersabarlah ketika diuji
Kembali menulis di sini, padahal kertas jawapan murid ada lagi yang belum siap ditanda tu. Tapi, tak apa, insyaAllah tak ambil masa yang lama kali ni. Saya sebenarnya sedikit terganggu dan simpati bila sepupu saya berkali-kali memberikan mesej mengadu keadaannya yang sekarang berada di hospital.
Kesian sepupu saya ni tau. Orang baru bersalin. Dia juga baru je kematian ibunya Jumaat lalu. Masa saya balik menziarahi jenazah tu, saya ada juga bercakap dengan sepupu saya ni. Masa tu, dia nampak ok je. Tapi rupanya, selepas hari kematian tu, anaknya yang ketiga yang baru berusia 6 hari dimasukkan ke wad kerana kuning tinggi, bacaan masa masuk ialah 360. Tinggi kan? Dia pula bersalin secara pembedahan, kali ni ada infection di tempat jahit tu, maka keluar nanah dan berair katanya sehingga menyebabkan sepupu saya ni pula yang kena tahan di wad disebabkan keadaan tempat luka yang tak elok lagi tu.
Biasalah orang yang tengah sakit, dalam pantang pula tu, kita boleh bayangkan perasaan dia macam mana sekarang. Walaupun katanya tak sakit kat tempat jahit tu, tapi luka macam makin besar nampaknya sehingga doktor memang suruh anak dibawa keluar dulu dan dia akan dirawat sehingga baik. Pasti sangat tertekan jadinya. Macam-macam difikirkan tu. Anak yang lagi dua orang pun masih lagi kecil, 6 tahun dan 2 tahun usianya. Dengan badan tak sihat, baru je beberapa hari bersalin, terkurung di wad, tak boleh solat pula, aduh, rasa memang saya cukup faham perasaan tu. Jadi, sedikit sebanyak saya nasihatkan sepupu ni supaya banyak-banyak ingatkan Allah, berselawat apa yang mudah serta jangan susah hati. Harapnya sepupu saya dapatlah terima kenyataan ni dengan baik dan cepat sembuh nanti.
Pastinya saya bercakap berdasarkan pengalaman. Kalau bab sakit bersalin secara pembedahan ni, jarang kita dengar yang jahitannya terbuka terus dan 20 hari kemudian baru dijahit untuk kali kedua. Jahitan kedua ni dengan tali tangsi yang kena dibuka talinya selepas 7hari. Sebelum dijahit kali kedua tu, tanggungla kena cuci dan local bius sekali sehari. Masa jahit kali kedua pula tak diberikan ubat bius yang banyak, terus rasa sakit bila nak dibawa kembali ke wad. Bayangkan, sedih bila mengenangkan kisah lalu. Kalau tak pernah dengar, itulah kes saya, masa melahirkan Ahmad Naim empat tahun lepas. Rekod betul, dijaga dalam wad 23 hari. Masa timbang berat Naim sebulan, beratnya cuma 3.00 kg, naik 0.3kg je.. apa nak buat mamanya pun sakit masa tu.

ish ngerinye alahai..semoga sepupu sis tabah hadapi semua ni.
ReplyDeleteAduhai, ngeri dan ngilu bila teringat kisah AN ni. Alhamdulillahlah saya ni dua-dua anak okey je operasi 'membaik pulih' . Yang pertama of course ikut pintu, yang kedua decided ikut tingkap. Bak kata saya, sampai terlupa baru 3 hari czer dah sibuk nak pegang penyapu! Syukur sangat-sangat segalanya elok belaka. Kesian juga kat sepupu AN ni. Dahlah anak kena sakit kuning, dengan diri sendiri dalam pantang, jahitan kena infection lagi. Banyak tu dugaan. Moga dia tabah. Nak nasihat suruh bersabar pun, kalau kita di tempatnya entah tahan ke tidak dugaan. Mahu menangis tersedu-sedu je kerjanya. Sayalah tu....
ReplyDeleteItulah kan. Kita doakan yg terbaikla buat dia. Masa sakit ni rasa berat sangat diduga, kan?
Deletebetapa berat ujian yg perlu dilalui semoga sepupu aisy dpt menghadapi dugaan itu dgn tenang, sentiasa bg kata2 semangat dekat dia.ye la org masih berpantang ni kadang2 semangatnya lemah kan..kesian pulak akak membacanya
ReplyDeletesaya tak ada pengalaman bersalin secara ceasar, tapi pernah kenalah
ReplyDeleteoperation kecil. itupun buat saya phobia sampai sekarang
takut betul kalau disuruh operation sebab teringin pengalaman lama
apapun diharapkan sepupunya mampu menghadapi ujian ini sebaiknya
kita ni bercakap aje kan, yang menanggung rasa tu apatah lagi
saya done follow sini
Diari Seorang Mama
knor pun rasa juga sengsara sepupu tu..
ReplyDeletesemoga dia tabah mnghadapi ujian Allah
semoga kazen akak tabah..mmg sakit kalu wound tu ter infection macam tu..pastu anak pulak demam kuning..takpa balasan org yg sabar dgn ujian ni byk pahala
ReplyDeletemmg ngeri kes jahitan terbukak ni
ReplyDeletewpun xde pgalaman tp tgk ahli keluarga terdekat yg kena, sy pun ngeri
Mmg ngeri.. dah la sakit masa tu tp dikenakan local bius pulak.. senang cerita macam kita luka cth kat tangan, dan di tempat luka tu dicucuh jarum lagi, apa rasa masa tu?
DeleteNgerinya baca.. Xdpt byg mcm mana menanggung sakitnya. Sakit slps bius ilang tu pun da x tertahan, ni pulak kene bius & dijahit lagi. Ya Allah..semoga diringankan kesakitan yg ditanggung sepupu aisy. Semoga dia tabah, kuat & redha dlm mghadapi dugaan ini.
ReplyDeleteNgerinya baca..kecut perut ky..
ReplyDeleteB era tnya dugaan sepupu AN.semga beliau betabah. Alfatihah buat arwah ibundanya..
ngilunya rasa!moga kazen AN bertabahlah menghadapi ujian itu..
ReplyDeleteFahamnya okje perasaan dia tu AN......dahlah dlm pantang dgn pelbagai dugaan cenggitu takut boleh meroyan tu...
ReplyDeleteBetul dah nasihat awak tu moga dia redho.
Eh awak ada experience mvm tu ke AN..... Takutnya..... okje yg jahitan dia menanah kat hujung sikit tu pun dah seram....inikan pulak yg terbukak habis!
Sepupu saya ni asalkan bernanah sikit kat hujung, tapi sb dicuci kat hosp jadi makin lebar lukanya tapi takla sampai terbuka habis macam saya, kes dia lepas 7 hari. Saya dulu dr hari ke 2 yg doktor buka plaster tu mmg tak bertangkup... mmg takleh bayangla orang yang tak mengalami
DeleteNgerinya.. Syukurlah masa caesar cepat je luka jahitan sembuh. Kesian sepupu Aisy tu, moga dia sabar..
ReplyDeleteya Allah kesiannya..semoga dia tabah
ReplyDeleteYa Allah kesiannya dia,,,
ReplyDeletemoga sekarang kesan jahitan tu dh baik,,
x dapat bygkan kesakitan tu,.dgn perasaan kehilangan insan tsyg lagi..ujian buat dia