Naim pun pandai psikologi

Dalam entry ni korang nampak budak berdua ni tak nak berkongsi barang, kan? Memang pening kepala mama dengan telatah budak berdua ni kadang-kala. Sebelum ni, Naim je yang jenis malas nak berkongsi kalau benda tu dia suka sangat. Kena pujuk betul-betul baru dia nak kongsi dengan adiknya. Nazif pula sebelum ni jenis yang bermurah hati, suka sangat kongsi barangnya.

Tapi kebelakangan ni, diorang ni sama-sama tak nak berkongsi pula jadinya. Macam masa makan hari tu, mendidihla mama diorang ni. Mulala bagi kaunseling kepada Naim.

"Ha, kan mama dah cakap jangan kedekut. Ni adik dah tiru kedekut dengan Naim. Baru Naim tahu nak rasa sedih kan?"

Macamla Naim ni faham pun masa tu. Saja je nak bagi anak takut sebenarnya, kalau tak tegur tak boleh jugakan. Tapi, agaknya dia memang faham bebelan  mamanya. Lepas tu, saya tengok elok je diorang main dan berkongsi barang.

Saya perhatikan lagi. Pelik pula daripada tengah hari banyak kali menangis meraung mengada-ngada, tiba-tiba suasana damai je. Rupanya Naim panggil adiknya 'bos'..  haha, gelak besar saya dan papanya tengok sepanjang malam tu Naim menyapa adik dengan panggilan bos!

" Bos, jangan main tu bos. Bagi Naim."

" Bos, tepi sikit. Naim nak lalu".

"Bos, nak makan kentang sedap ni tak?"
"Makan elok-elok ya, bos?"

                                      Huhu.. budak-budak ni.. kelakar sangat kan? Tak ada sesiapa ajar pun masa tu. Sedangkan seharian diorang main dan gaduh on off, mama dan papanya tak larat nak tegur, macam-macam ayat pujuk. Akhirnya diorang sendiri yang berbaik-baik dengan usaha Naim panggil adiknya bos..

Comments

  1. perangai bebudak ni mmg berubah-ubah AN..kelakar pun ada naim ni..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe...saya teringat anak-anak saya pula baca entry ni
    kalau anak AN paling tua panggil adik dia bos
    anak saya paling tua panggil adik dia sayang!
    tu tandanya dia sedang menahan nak marah

    "ko nak apa lagi sayang?" atau "bukan abang dah kasi ke tadi sayang?"
    hehe...kelakar, sekaligus menghiburkan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. itu pun lg best. Panggil sayang.. gelakkan jelah masa dengar tu

      Delete
  3. wah..pandai abg naim panggil adik bos ye, kalau abg adam dia panggil en.azmi bos, nak pulak kalau en.azmi suruh dia buat apa2..hehehe kelakar je kan

    ReplyDelete
  4. bijak abang amek hati adik..anak saya pun xpandai nak berkongsi jugak..si kakak kalau adik sentuh sikit barang die, terua nangis melolong..geram jugak kadang2 tu..

    ReplyDelete
  5. samalah gaduh pastu baik balik...

    ReplyDelete
  6. haha...
    budak2 sekarang sgt cerdik kan,
    fikiran dia org melangkaui apa y kita fikir

    ReplyDelete
  7. hehehe adik beradik, dier lah kawan main dierlah kawan gaduh but sweet sgt kan !

    ReplyDelete
  8. Hihihi! Telatah anak-anak. Comel je. Geram lak sy.

    ReplyDelete
  9. My superheroes memang tak boleh bertemu roma. Si Adik tu kedekut sungguh. Kalau dia main tab, Abang tak boleh sentuh lego. Kalau dia main lego, Abang tak boleh sentuh lain-lain toys juga. Si Abang pulak kuat menyakat. Ni lately tengok Abang dah pandai dushum Adik dek geram tengok perangai si Adik. Saya kata semua perlakuan Adik ikut Abang. So kalau Abang ajar bukan-bukan, Adik pun ikutlah. Sekarang tengah ajar, kalau menjerit bergaduh je mesti nak kena minta maaf salam dan cium tangan masing-masing. Itu je suruh tapi mereka siap berpeluk-peluk pulak cam gaduh besar je ^_^

    ReplyDelete
  10. hhehe..lucu.suka la adik dia tu org panggil bos

    ReplyDelete
  11. eh!awat dialog kita kat anak lebih kurang sama nih?/hehehehe

    ReplyDelete
  12. hahahah saya imagine pun dah rasa lawak, kalau depan2 dengar mesti lagi kelakar. macam2 bebudak ni.

    ReplyDelete
  13. Budak budak biasalah ada pasang surutnya, kejap gaduh kejap baik. Nama pun adik beradik AN....tidur sebantal makan semeja hihi...sama jer macam kita suami isteri haha....

    Wedges tu kalau buh cheese sedap tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts