Hero hero pujaanku

Saya pernah mengeluh dengan kawan, mengadu pasal dua anak lelaki yang agak lasak ni. Dia jawab apa masa tu korang tahu tak?

"Itu kira ok sebab anak ko dua-dua lelaki. Budak lelaki memang patut lasak. Anak aku ni, dua perempuan pun gaya tu juga main dan gaduh setiap hari, jangan tak caya."

Haha.. saya gelak jelah. Rasanya budak zaman sekarang ni memang kebanyakannya macam ni lasaknya. Kira normal. Yang pendiam dan baik sangat tu pula kita kena risau kan? Takut ada masalah lain pula. Pandai-pandaila mak ayah nak kawal anak sendiri ikut keadaan, kemahiran dan pengalaman yang ada.

Pesanan mak saya sentiasa dalam ingatan. Apa apa pun doa ibu untuk yang terbaik buat anak-anak kita ni. Jangan terpengaruh dengan orang lain. Mulut orang biarla apa nak dikata..

Rezeki saya untuk dapat anak lelaki. Sekali sekala jeles juga tengok kawan yang ada anak perempuan. Tapi insyaAllah saya sentiasa mendoakan semoga anak-anak lelaki kesayangan saya ni bakal jadi insan yang hebat. Macam kisah tokoh hebat Al-Fateh kan? Insya Allah nak cuba contohi walau sikit sikap insan hebat yang melahirkan tokoh hebat ni.

Menaip entry di jam 4 pagi, bukan apa. Tak boleh nak lena pula lepas layan Nazif menangis setengah jam tadi. Sian si kecil yang dalam fasa tak menyusu badan ni. Kali ni alhamdulillah dimudahkan oleh-Nya niat saya nak cerai susu. Dua malam pertama je ada adegan menangis sakan. Dua malam kemudian ni untuk menidurkan Nazif mudah je. Dia pastikan saya duduk dekat dan tak lama dia pejam je matanya tanpa nak susu atau air. Mengalir air mata saya semalam, dengan kat luar tengah meriah bunyi mercun, dia elok je lena. Tapi bila dia dah tak sedar tu, tengah-tengah malam ada lagi beberapa kali dia bangun meraung menangis. Malam ni dah 2 kali saya bangun pujuk Nazif sampai rasa tak lena nak tidur lagi. Takpe nak, ambil masa kamu. InsyaAllah tak lama kan?

Comments

  1. Patutlah pagi2 buta datang komen blog saya... Saya pun baru nak tidur ni :)
    Geram tgk muka heroes AN yang hensem ni...
    Insya Allah AN.. kita doa aje lah yang baik2... Sangka yg baik2... Mcm orang tua selalu cakap, budak lasak ni budak bijak.... Ada jer akal mereka nak mengisi masa lapang...
    Alhamdulillah, mudahnya Nazif bercerai susu... Kan dah cakap memang Nazif budak bijak... Dia tahu dia dah besar jadi dah tak boleh menyusu badan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula.. dia tak minta menyusu pun sejak 4 hari lalu, tapi bila dah pejam mata sambil menangis tu saya agak sebab dia tak sedar n dh biasa dia buat macam tu dah lebih 2 tahun kan? Nak nyoyot je

      Delete
  2. akakkpun kalah kalau bab ceraikan susu anak, itu sebabnya ada diantaranya masih menyusu walaupun usia 4 tahun, pisah pelan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya ikutkan nak biar je, sb dah cuba dr cuti bln 6 tak jadi.tapi memikirkan sebab kesihatan saya, jadi letih dan tak cukup tdo sejak dia menyonyot seoanjang malam bila tahu saya nak cerai susu ni, saya jadi bertekad nk buat. Bila menguap2 di kelas, saya mengajar pun tak semangat. Rasa bersalah pula kepada anak murid sedangkan saya dibayar gaji...

      Delete
  3. rasanya lasak ke tidak tak mengikut gender dah. semua macam sama je. terpulang pada kita la buat macam mana.

    dua anak lelaki pun... seronok kan? insya allah, lain kali ada la rezeki anak perempuan. kalau tidak pun... nanti2 dpt juga menantu perempuan :D

    selalu saya cakap macam tu la pada kawan2 yang anaknya semua lelaki. ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ayat pelega ni. Saya pun fikir gitu MA. Nak tambah juga tapi ada masanya rasa dah malas nak pgnant lagi. Takpela, slow pikir bila dua hero ni besar sikit.. kalau dah tenang gitu, jika rezeki anak lelaki lagi pun taklah kelam kabut kan?

      Delete
  4. Biasalah..dah ada ank laki..
    Tringin nk ank permpuan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Sila cuba dapatkan anak perempuan pulak ya. Luth dah ok tu

      Delete
  5. anak lelaki lumrahnya gitu..lasak masih patuh pd kita takpe..jgn lasak tapi degil yg amat..itu ada masaalah..tak fokus,lompat sana sini,kacau kwn2 ..itu namanya hyperactive..perlu rawatan..

    ada juga yg hyper tapi bijak..ada juga yang hyper tapi tak bijak

    p/s mgenai blog yg aisy cerita tu knor tak pasti..entah ada folow ke idak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya diorang ni takla jadi hyper. Skrg ni macam budak lasak biasa je. Ada masa duduk diam nak layan ipad.. itu saya tak gemar snagat, jadi saya cuba tak nak bagi naim lama2 menelaah ipad tu..

      Delete
  6. Tak kisahlah Aisy. Macam kakak ni semua perempuan. Dulu jeles tengok org ada anak lelaki. Tapi lama-lama dah besar anak pun. Yg penting sekarang amanah yg Allah bagi tu dah jadi tanggungjawab kita utk mendidik. Nakal kecik tu perkara biasa. Rasa kakak kita dulu pun nakal cuma mak kita tak pernah cerita aje. Kalau diam biasanya budak tak sihat. Siapa yg suka anak tak sihat tanyalah - mesti tak ada kan..

    Yg sedang membina minda itulah macam-macam jadinya. Kita kawallah... besar kelak tahulah dia mana yg baik dan tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. memang pun kita pun lasak juga masak kecil kan.. dah jadi mak ni baru tahu, baru rasa kasihan dgn makn saya melayan kami 6 beradik dulu. Ini baru 2 orang

      Delete
  7. xpe la AN,sabar byk2..tu sumer ujian..bukan harta je ujian buat kita tp ank pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. dugaan anak pun dugaan besar buat kita

      Delete
  8. Rasanya gambar tak kena dengan tajuk tu AN...... mana sorang lagi heronya? hihi ....Alah yg paling hero.....
    Betulah AN anak lelaki ngan anak pompuan mmg lain lasaknya.....Tak percaya tunggu beranak anak pompuan pulak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. yang tu tak payah tayang selalu. Yang kecil2 ni orang geram tak apa, yang besar tu orang geram kan naya saya.. haha.. melawak je..

      Haha.. fikir dulu nak beranak lagi sorang..

      Delete
  9. Samalah kita, AN. Harapkan menantu ajelah perempuan. Itupun entah bila punya cerita, berangan je dulu :) Dah lama juga saya ikuti blog AN ni. Saya rasa anak-anak lelaki kita memang jauh lebih baiklah, AN. Ada juga mak-mak lain yang mengeluh anak lelaki mereka lagi hyper. So, kita terimalah seadanya perangai anak-anak kita yang ohsem tu. Kalau nak merasa bela anak perempuan, kena tambah lagi tu,AN. Kalau dapat dua perempuan, elok sangatlah tu ^_^ Saya jangan ditanya, dah angkat tangan siap-siap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi cadangan takleh belah, terus cadangkan dua girl ya.. kalau dpt kembar takpe juga, sekali je beranak tu.. hihi.. saya pun separa angkat tangan kalau bab nak tambah lagi ni

      Delete
    2. Eh, muda-muda dah angkat tangan? Sungguh tak aci gitu. Kalau kembar bagus juga, sekali jalan je. Lepas keluar jelah siksa pun sampai. Mahu tak hiruk pikuk rumah. Yang itu je yang tak berapa nak menyanggupnya lagi. Usia dah kertu. Hahaha....

      Delete
  10. in sha Allah aisy.... next anak girl plak heheheeh.... tu laa mcm lieya ni terbalik..anak sebelum ni due2 girl...pink2 main doll...main masak2...bile dpt dayyan tgk die main bola, suke lasak2 rase syok plak hahaahahah....

    budak2 lasak ni org kate panjang akal aisy.... jenis cerdik suke nak explore bende.... letih kite nak handle tapi as long as tak membahayakan dieorg okey lah kot kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kan.. kita doa yang baik2 buat anak2 kita ni..

      Delete
  11. sy ank sorg pn kdg2 rsa penat sebab ank ni kdg2 tu dia xnak dgn papanya...nak dgn kite je.tp sy suka je hehehe

    ReplyDelete
  12. mesti sedihkan masa nak bercerai susu tu..aduh rasa mcm tak sanggup je kan..

    hero2 pujaan yg hensem tu..

    ReplyDelete
  13. aida ada 2 dara.
    after 5 years dikurniakan a teruna :)
    baru tau lasak girl tak setanding lasak boy hu hu hu

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah akak.. dpt anak tu dh kira rezeki. yg best mesti akak kena 2x masuk meminang. hehee. gurau2 je. nina masa kecil pun lasak gak.

    ReplyDelete
  15. tahniah..berjaya juga

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1