Bukan mudah cari rezeki
Hari ni dan semalam sekali lagi saya dihantar berkursus kat luar sekolah. Cik Wan, agaknya rindu i tak? Sebelum cuti dah tak masuk sekolah, lepas naik cuti pun tak ada di sekolah juga?
Sekali-sekala ke tempat yang tak biasa, macam-macam kesnya.. paling ketara, mana nak letakkan kereta. Terhasilnya entry ni pun sebab saya menunggu nak alihkan kereta yang kena block sebab saya letakkan di kawasan yang tak sepatutnya. Haha.. kemain jauh saya berjalan kaki, rupanya orang lain meletakkan kereta di sebelah dewan kursus kami ni je.
Semalam, perjalanan ke tempat kursus ni cukup mencabar. Satu jam perjalanan disebabkan keadaan kesesakan jalan raya. Kebetulan ada kemalangan masa tu, ada objek seolah-olah mayat yang ditutup dengan plastik hitam besar masa saya melewati tempat tu. Alahai, ngeri betul rasanya. Terus saya terlintas di hati yang masa kalut keluar tu saya lupa baca doa kenderaan. Teringat pula, kalau dengan Naim, dia yang akan ingatkan kami, doa kenderaan ni berulang kali dibaca.
Kes semalam juga, di tempat asing, saya duduk jelah kat mana-mana nampak ada kerusi kosong. Terkena rakan sebelah yang jenis tak sembang masa dalam kursus. Mati kutu rasanya dari jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari. Mujur juga untuk sesi petang tu, dia mula bersembang lebih sepatah. Lega saya masa tu. Bukan tak fokus, tapi kalau tak bercakap atau sepatah je bercakapnya, rasa lain, kan?
Masa nak balik pula, hujan lebat sabung menyabung kilatnya. Dugaan lagi. Dalan hati saya kata, bukan mudah nak cari rezeki. Datang dengan jam teruk, balik dengan memandu tak berapa nampak jalan sebab hujan lebat. Apa yang pasti di kedua-dua kejadian, saya duduk rapat dengan stereng, tangan pegang kat atas. Memang tak harap betul memandu dalam kedua-dua keadaan ni. Risau..
Jadi pagi ni, meh awal-awal baca doa kenderaan dan doa minta semuanya selamat. Naim yang selalu bacakan doa ni setiap kali nak bergerak ke mana-mana.
Praise to Allah! Glory be to Him who has controlled this for us, though we were unable to control it. Surely we will return to our Lord.
Semoga hari ni semuanya selamat dan dimudahkan buat semua ya..
fuh..macam macam dugaan datang.. :)
ReplyDeleteyelh selalu anak2 yg rajin dn ingat bca doa kenderaan... mak ayhnya bca bismillah.
ReplyDeleteknor pernh juga mndu kl ke seremban, hujan lbat, mmg tk nmpk apa pun dhlh rabun... tulh kena rapat dgn streng juga... bahaya suami kta...
mmg ler AN..nak2 ank2 muda cam ank2 akak dah merasa susahnya nak mencari rzeki smbil study..serahkan segalanya pada yg maha kuasa..
ReplyDeleteKita sekarang kene mohon doa selalu agar di jauhkan dari dugaan yang berat...
ReplyDeletebudak2 memang cerah hatinye..ingat nakbaca doa..
ReplyDeletesemoga selamat pulang ye
memang bukan mudah mencari rezeki... semalam semua tempat pun hujan dan jalan sesak,
ReplyDeleteakak amik anak2 pun pukul 7mlm
semoga semua urusan kita dipermudahkan
cerita pasal kemalangan
ReplyDeletesemalam pun saya nampak kemalangan on the way nak balik kerja
lori menjunam masuk gaung
tengok keadaan lori, rasa mati si pemandu
apapun terima kasih tuk peringatan tu
kadang saya culas juga bab membaca doa naik kenderaan ni =)
ye... bukan mudah mencari rezeki. ada sahaja dugaan mendatang.
ReplyDeletesaya pun sama. risau bila drive dalam hujan lebat. lebat, gelap dan jem! adushhhh!!!
MIL pun selalu berpesan klu naik kenderaan tu jgn lupa baca doa.
ReplyDeleteRindula..tapi hari ni i pun tak de..baru ni pun sehari i tak de dlm tempoh peninggalan you tu..kehkeh..hari ni balik awal..kul 11.30 dah abis meeting..jgn jeles..
ReplyDeleteAmboi..baca doa kot org putih dio..tak lawan kita..
Haha.. tu doa yang cikgu dia ajar. Biasalah budak2 ni, kalau mok pok ajar tu takla ank amal sangat, kalau cikgu dia, dia rajin hafal
DeleteKursus kat mana AN?
ReplyDeleteKira tererlah jugak tu dapat cari tempat.....
Doa naik kenderaan ni mmg dah jadi kebiasaan okje.....ada sekali tu terlupa baca, kebetulan nak berlanggar dengan kereta.....terus teringat ....ohhh aku lupa baca doa rupanya....
Kursus kat seksyen 19 shah alam je. Tapi sesak masa pagi2 tu yang jadi sejam perjalanan.. kalau x, 15min dh sampai
DeleteKalau dah terlambat pagi-pagi tu selalu aje terlupa nak baca, AN. Sempat tawakkal kepada Allah ajelah. Budak-budak bab doa ni memang suka. Rajin mengingatkan. Sama macam di rumah terutama bila nak tidur mahupun masa makan. Adik yang selalu start baca doa dulu. Naik malu pulak makpaknya...
ReplyDeleteMemandu dalam hujan ni memang seriau sikit. Saya ni kalau hujan lebat, perjalanan balik dari pejabat ke rumah mahu kena tempuh 3,4 tempat air naik setinggi separuh tayar kereta. Memang tawakkal ajelah...
Ain..akak setuju kata kata ain..bukan mudah nak mencari rezeki..namun apapun kesabaran dan sentiasa igt pada Allah itu penting...
ReplyDeleteooohh akak x boleh duk sebelah org yg diam..sebab akak n suka bersembang..mati kutu oo kalau diammmm