Fikirkan menu
Walaupun saya selalu tengok cerita korea, tapi bukan saya tengok saja-saja tau. Ada benda belajar juga tau. Contohnya, kalau bab makanan. Kagum juga bila tengok orang korea gigih masak makanan untuk keluarga setiap hari. Kata orang sebab kos makan di restoren kat sana mahal. Agaknya lah kot. Masa saya pergi tu, tak banyak kali makan kat luar sebab takut tak halal.
Tengok Kak Zakie masak nasi di pejabat tadi, rasa bernas juga idea tu. Tapi lauknyalah pulak. Apa ye lauk yang dirasakan boleh tahan lama. Macam konsep makanan korea, diorang banyak side dish yang boleh disediakan banyak kemudian simpan dalam peti sejuk dan makan bila nak. Saya terfikirkan sambal ikan bilis, serunding, itu je.
Apa lagi ya? Makanan yang korang rasa tahan dan sedap kalau dimakan lepas disimpan beberapa hari? Bolehla pada hari minggu masak banyak dan masa hari kerja kita makan je benda yang dah siap masak tu, mungkin kena panaskan sikit. Jimat masa dan tenaga. Kan? Cer bagi cadangan sikit. Janganlah cakap kimchi.. tak sesuai dengan tekak saya. Lain cadangan ya..
sambal ikan bilis.buat byk2 simpan dlm peti ais..byk kali ulang makan..klu sangguplah mkn ikan bilis hari2...
ReplyDeleteHaha.. kalau ada tu sanggup je makan ikan bilis. Mmg gemar pun
DeleteSy pnh beli kimchi. Tp nampaknya kimchi mmg x sesuai dengan family kami. Udahnya, sampai sekarang terperap dlm peti ais. Haaha..
ReplyDeleteKlau maknan simpan lama2 ni sy xbrapa tau. Klau ikut cara biras sy, dia masak je apa2.lepas tu bekukan. Nak makan, masuk microwave, dah boleh makan.
haha..baru nak ckp kimci td..naper AN bertukar selera nmpak!!ada apa2 ke?
ReplyDeleteHaha.. mestila ada apa2, dah minyak naik 20sen ni...nak jimat
DeleteMeh kakak cadangkan Aisy:-
ReplyDelete1. Ikan bilis goreng+cili+tempe tumis dgn bawahgn besar & cili letak kicap (ini salah satu bekal kakak hari ini)
2. Rendang daging kering (terkenang kakak pergi haji hihi...)
3. Pajeri nenas jgn letak air tumis dgn kari+cili kering+3 sekawan (boleh tahan 2 hari)
4. Telur masin rebus 2-3 biji boleh tahan 3-4 hari
5. Mayang buah utk kerabu jgn campur bahannya (simpan dlm bekas) masa nak makan baru campurkan (macam mangga/taugeh/cili/bawang - cepat aje kan)
OK dah cukup utk 5 hari hahaha...
Kakak biasa lauk bawa dari rumah aje Aisy. Nasi aje kakak masak. Kalau malas sangat kakak bawa bawang putih & halia. Agak-agak pukul 10 masak bubur nasi. Makan dgn ikan bilis+cili+bawang kicap. Senang kan..
Wah.. menarik semua menu akak cadangkan ni. Saya nak try buat la hujung minggu ni..4 hari boleh bawa bekal kalau tak sibuk..
DeleteTerima kasih kak zakie ya.
menarik.... boleh la untuk saya menu ni. untuk tok laki, tak kenyang katanya hahahaha.
Deletenak dgn tak nak buat je kan..
ReplyDeleteFamily belah suami sy suka buat sambal goreng banyak-banyak. Sambal goreng tu mcm cili tumis dgn bawang putih (kdg2 ada yg mskkan bwg merah jgk) dan ikan bilis. Goreng sampai kering betul. Mmg thn seminggu. Cili tu, terpulang. Cili kering boleh. Cili api pun boleh. Sy tak biasa dgn masakan mcm ni tp bila sekali dah pekena, mmg nak lagi. Tapi malas nak mengerjakan sbb dapur kotor. Tak suka ai! Hahahah!
ReplyDeleterendang kerang arwah mak akak, boleh tahan lama hihihi...ok juga tu bawa bekalan makanan ke opis,akak dah biasa buat sbb kadang2 bosan juga membeli dikedai..
ReplyDeleteWah.. ini pun menarik...boleh diusahakan
Deletewah dahsyatnya...sungguh bagai dikatalah ni nak berbento dan bertapau dari rumah....Nampaknya dapat nak haji cepatlah kalau gini....Jeles mak tau, tak mau dah makan luar hujung minggulah kalau cenggini.
ReplyDeleteTak jemu ke nanti AN? Seminggu dua mungkin boleh tahan tapi kalau dah selalu sure jemukan...asyik asyik sambal tumis, rendang macam tu...... Separuh orang kalau tak berkuah tak boleh.....Awak camne pulak? tak kisah ke makan kering kering? Okje belasah aje hihi...
Jangan ditanya OKje ni menu apa....sebab pemaleh nak masak haha
Hahha... hajjah la Okje.. memang boleh cepat jadi hajjah ni kan... kalau bertekad dan buat betul2...
DeleteSaja je ni sebab nak jimat sikit apa sumber yang ada. Makan tghari kalau saya beli dalam rm 6-10.. rasa mahal juga tu.. jadi kalau bawa sendiri harapnya jimatla sikit belanja..
Saya suka yang berkuah juga...kena ada sup sekali ya...
Saya pun dah mula nak bawa bekal dari rumah.. utk sarapan & lunch.. kena fikir jugak menu2 yg sesuai... menu yg kak zakie bagi kat atas tu memang sesuai nak bawa..ringkas & senang nak masak.. hehe..
ReplyDeleteHa.. jom try sama2
DeleteEhem2 byk menu kak zakie dah bg tu. selain rendang2 LM suka frozenkan sambal jawa aka tempe kentang yg campur soon tu. buat byk2 bekas. Smgu lbh blh tahan.
ReplyDeleteSambal kentang pun sedap juga kalau suka kentang. Kalau guna cili merah lg umphh. Buat kering2.
biasanya akak masak awal pagi n bawa bekal ke pejabat
ReplyDeleteAlahai rajinnya akak ni.. masak pagi2..
DeleteSoup... saya selalu masak sup atau chilli con carne banyak2 pastu sejuk bekukan dalam tupperware individual portion, supaya senang bapak dia panaskan pagi2 masuk termos bawak pi kerja.
ReplyDeleteAnd saya mmg sentiasa mencari2 menu baru untuk masak banyak simpan lama... hehehe tapi bapak budak ni tak berapa ke arah sambal dan rendang..so mostly menu kami western la.
sesekali ada je kari ke... kurma ke... sup ke... frozen dlm saiz sekali makan. hihihi.
ReplyDeletekelam kabut dgn aleesya pun... boleh la makan nasi :p
Aisy..
ReplyDelete1) masak dendeng daging. - ni zmn2 dulu klu org2 merantau jln kaki.. mmg suka bwk.
2).sambal tahun - yg ada kacang, ikan bilis goreng tu, cili kering.. (google resepi ea... I pun tak reti nak buat.. hehe.. dulu2 bibik adik ipar tu yg buat.. mmg sedap!. Mkn mesti bertambah2.
3). Sambal hitam pahang.
Itu je yg terlintas kat kepala buat masa ni.
biasenye sambal ikan bilis kentang kering2 tu...tu femes tu..sbelum balik u mesti soh mak masak utk bawak balik..tahan lame mkn ngan roti pun sedap..... tu la kan, lieyapun suke tgk mknn org korea....mcm simple2 jek...dah le mkn pun sopan gitu...mcm jepun gak.....
ReplyDeletelieya yg jenis masak pagi2 pun tak bawak bekal gi pejabat....bekal tuk anak2 jek...mak nye tetap membeli kat kafe haahahha....bukannye ape, mcm bosan makan masakan sendiri....lagi satu malas nak berangkut bekas2 tuh....adoiii nak kene babab2 malas nie heheehehehe
Aisy.. Prep bhn2 masa weekend/mlm, balik kerja terus masak, kejap je siap. Kalau sy semua pun saya simpan peti kecuali sayur, nak mkn masuk microwave aje..
ReplyDeleteKita serupa AN. Saya pun selalu tengok cerita Korea (Eh, tak ikut ke cerita Good Daughter Hana? Hehehe...) tetapi saya memang fully tengok je (lepas tu tertidur) takda intention lain. Makanan Korea ni saya memang tak leh in. Lebih baik makanan Jepun, sedara saya kat pejabat nih ^__^
ReplyDeleteKalau AN macam saya okeylah. Saya ni spesies yang boleh makan menu yang sama setiap hari sampai bosan. Contohnya, 2,3 bulan lepas lunch saya cuma nasi separuh, sambal belacan dan ayam percik. Sampailah saya jemu tengok ayam tu tertenggek atas nasi, baru saya berhenti.
Kalau tak makan nasi, of courselah boleh buat olivye sekoyan pastu makan untuk 7 hari seminggu for breakfastbrunchlunchteatimedinnersupper semua dalam satukan. Ini kalau nak makan nasi, pada saya paling simple dah tentu letak je kicap+telur goreng+ikan bilis goreng+sambal belacan. Kalau rajin memang bolehlah buat sambal ikan bilis, sambal jawa tu (my favorite baru-baru ni- 5 hari seminggu saya bantai tanpa nasi...) dan paling saya suka of course kentang. Hari ni kentang goreng bercili, esok kentang goreng dengan tuna, lusa kentang goreng dengan telur. Pendekata dah macam muka kentang sekarang nih :)
Haha.. saya tgk Hana di tv sikit je. Sambung tgk online dah khatam. Jadi sekarang ni banyak masa pada masa malam..
DeleteDah nama potam kan? Haha.. patutla suka makan potato.. Saya ni ikut mood kadang2.. ada masa ok je makan benda sama.. masa lain xleh pulak
Mcm tok tiri msk kari yg tak abis dia Ltk dlm frozen. Jd jangka hayat maknan tu lama ...
ReplyDeleteSalam singgah JUmaat :)
ReplyDeleteAN, kena pertimbangkan faktor cuaca jugak.... Korea tu negara 4 musim, iklim yang kering... Jadi makanan lambat basi...
ReplyDeleteMacam kami kalau pegi jalan2, saya bawa sambal bilis, telur rebus, cucumber... Makanlah kami walau berjalan tiga hari dua malam.... Memang tak basi even tak panaskan sbb kat sini cuaca kering... Tak panaskan pun tak apa...
Kadang2 saya masak daging goreng kunyit tu jer... 4 hari pun tahan tau....
Kat UK ni rajinlah masak sbb susah dan mahal nak makan kat luar... Balik M'sia, tak heran sbb ada kedai makan kat mana2 pun... sedia RM jer :)
serunding ikan bilis/ayam/daging, sambal ikan bilis, itu j la.kalau saya..
ReplyDeletebiasa masakan y x bersantan leh tahan kak..
ReplyDeletecam singgang ke, asam peda, sup, tom yam..
tp klo nk simpan utk berhari cam xbest.. biasa mlm tu ke msk utk esk..
semuanya minah korea ya..sy ni je takde masa nak melayan cerita korea..sy klu jalan cerita menarik tak kisah la carita apa pun layan..tamil pun best.hehe..
ReplyDeletesy tak pernah masak byk n panaskan semula..sbb sy mmg masak hari2 n sekali msk utk sekali makan je..so tak tau nak suggest apa..yg sy suka sambal tempe ikan bilis la!ni pun jarang la nk panaskan semula..tp benda ni mmg tahan lama klu msk betul2 dok kt luar pun bley tahan seminggu..masa study dulu romate sy mak dia selalu bekalkan sambal tempe tau.tak payah simpan peti ais pun