Hukuman dan ganjaran
Hai korang, buat apa tu? Mesti tengah seronok bermanja-manja dengan manja-manja kesayangan ya? Jelesnya..Saya kena kerjalah hari ni.
Tunjukkan dulu bukti bekerja pada hari minggu ni.. majlis graduasi sekolah katanya. Maka kerjalah kami untuk 6 hari minggu ni. Tapi masih kira oklah, sebab minggu depan ada cuti sekolah minggu..
Habis majlis ni nanti saya kena cari donut dulu sebelum balik. Untuk Ahmad Naim ni. Kesnya semalam mama dan papa mengemas rumah, dua beradik ni diam-diam menconteng dinding. Apa lagi, marah la saya. Lepas tu, saya bagi Naim dan Nazif kertas A4 kosong, suruh diorang menconteng kat situ.
Mulanya Naim tak nak. Siap direnyukkan kertas yang ada berikan mula-mula tu. Mulalah mama nak naik angin. Dahla, pada petangnya Naim dah buat hal. Kedekutnya dia nak kongsi barang dengan adik. Berebutlah jadinya. Saya malas nak bergaduh dengan dia, saya pun buat mogok diam lepas pujuk adik. Buat tak tahu je walau apa pun Naim cakap. Akhirnya lepas 10 minit, Naim mula minta maaf dengan saya dan elok je selepas tu dia berkongsi barang dengan adik.
Kes semalam pula, bila saya sebut nak belikan donut kesukaan dia, terus Naim elok melukis di kertas A4 yang saya berikan. Apa yang dia lukis semalam? Donut warna pink... jadi donut itulah yang mama kena beli hari ni sebagai ganjaran Naim dengar kata mama semalam.
Bagus mama, tunaikan janji. Sebab bila dah janji kena tunaikan.. Betul kan?
ReplyDeleteAssalam...majlis graduasi ya. Tahniah!
ReplyDeleteI think memang effective la cara kita mogok ngan anak, tak tau la pada orang lain kan, but at least to me, I meant tak perlu la buat selalu 10 kali sehari, just once in a while..sebab kadang2 nak jerit2 marah pun tak guna, so better diam jer, and tau pulak dorang bila kita diam, means we really meant it. hahahhaa Jelita pun kalau saya diam pandai la dia datagn pujuk cerita itu ini.. and easier to talk to her after.
ReplyDeleteSee... buat baik dapat donut, saper tak nak. hehe
Sama je ngan acik zaman anak kecik2 dulu..buat diam tak cakap tak layan..cepat je dia orang minta maaf
ReplyDeletebestnya hari graduasi
ReplyDeletetapi cikgu AN kena kerja
btw, mesti dia seronok kan daapt donat idaman :)
seronok melihat adik2 bergraduasi ni kan... semangat...
ReplyDeletehihi..sesekali kena rewads jg anak2 ni kan.. suka depa bila kita janjikan sesuatu.. semangat depa ikut apa yg kita suruh..:)
warga cecikgu tetiap thn ada je majlis graduasi..bestnya!layan je la ank2 tu AN,depa masih kecil utk memahami semua benda..
ReplyDeleteSaya baru je 'mogok' dengan anak-anak. Sehari tau saya bertahan walaupun dalam hati dah dapdupdapdup tak dapat nak tahan mencurah kasih-sayang kat anak-anak. Hahaha... Selalu kalau setakat Abang tu bila dia buat hal, saya akan sakat sampai sayu hati. Itu baru kena semalam. Merembes air mata dek kisah sedih Mommy. Yalah, dia buat Mommy sedih, kenalah rasa betapa sedihnya Mommy dibuat gitu. Hehehe..... Sesekali kena ajar mereka cara gini. Dah cara rimau betina tak jalan lagi ^__^
ReplyDeleteBestnya.....graduasi buat kat ballroom AN.....Untunglah jadi student sekolah tu....
ReplyDeleteUntung jugak bila ada geng seorang blogger hihi ....boleh tumpang glemer .....
Untung jugak jadi Naim....dengar cakap jer dapat donat strobeyi....hihi pendik kata untunglah punya kawan macam Adey manis haha
kadang2 akak pun buat mogok juga,taknak bercakap,buat taktau je dgn abg adam tu, sbbnya sama juga suka berebut mainan dgn adik,dia taknak mengalah pulak tu..hai kadang2 memang angin puting beliung mama dibuatnya
ReplyDeletewahhhh!!! donut pink! strawberry ya!
ReplyDeletememang kan... kalau janji dengan anak, kena tunaikan. walaupun mereka mungkin lupa. kita tak mau anak pandang ringan pada janji.
budak2 biasalah rebut2 brang pastu tiba2 jadi kedekut dengan adik sendiri..tp klu cara mogok ni berkesan bagus juga dr manjakan anak tak bertempat pastu anak tak dengar kata..mmg wajib mama belikan donut pink dekat naim,good boy!
ReplyDelete