Hasil kerja anak

Naim ni kalau dia ada apa-apa projek di tadika, dia akan bawa balik dan tunjuk kepada saya dulu. Kalau Papanya tanya, haram dia nak tunjuk. Bab ni memang anak mama si abang ni. Bagus abang ni, sayang mama ya..Di hari ada projek macam ni, pasti dia tertunggu kepulangan saya dan bila dah sampai tu, cepat-cepat saya disuruhnya duduk dan Naim akan tunjukkan hasil kerja yang dah dibuatnya di tadika.

Sesambil saya sibuk menanda hari tu, saya ternampak benda ni. Nampak cantik je dari jauh, lantas saya ambil. Kreatif kononnya, saya pun ambil beberapa lidi dan saya lekatkan dengan salotape kat belakang muka dan bilah-bilah warna-warni tu jadilah nampak bentuk tegap macam tu. 

Sekarang bendanya ada kat atas rak saya ni. Macam ok juga letak kat sini sementara saya tak tahu apa lagi benda hiasan nak letak kat sini. 

Comments

  1. Haruslah sayang mak, AN. Bak kata Abang, syurga di bawah tapak kaki Mommy, Adik... bukan Daddy... Hahaha....itu bukan saya mengajarnya suruh tambah ayat. Eh, cantik juga hasil kerja si Naim ni. Anak mama sorang ni memang ohsem ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bila la naim nak pandai cakap macam tu juga.. bestnya.

      Naim ni bab macam tu memangla dgn mama je dia nak kongsi tapi bab gaduh pun dgn mama juga dia asyik gaduhnya.. ai.entahla

      Delete
  2. nampak menarik tu..
    memang kalau boleh semua hasil kerja anak,mama ni nak simpan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak juga kak. Saya ni tak banyak simpan.. baru terfikir nak simpan bila tengok kerja dia dah makin kemas ni.

      Delete
  3. Kemas jer nampak hasil tangan Naim... Lagi lah dua happy tgk mama dia hargai hasil tangannya...
    Anak sulung ni mmg rapat dgn mak kot? Macam Irfan, tapi Aisyah lebih rapat dgn abahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kot sebab papanya sejak ada adik baru saya tengok lebih pandai jaga anak. Sblm tu dia pegang gitu2 je..

      Delete
  4. antiknya...heheh..sebab mamanya rajin melayan..kalau ayah ni,apa sangt la yang dia nak cakap..kan?/paling2 pun.."bagus..pandai..cantik nya.."
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 sangat tu.. memang karektor papanya macam tu.patut anak tak nak tunjuk kat dia sangat

      Delete
  5. cantik! pandai naim buat!

    sama juga macam adam. dia cerita detail pada mama. pada papa, sama ada cerita pendek atau paksa mama yang ceritakan. sambil2 tu, adam akan menyampuk la.

    so papa... jangan jealous. memang semua ni anak mama. hihihi

    ReplyDelete
  6. comel jer...anak mama betul..mama pon kreatif kot..hehe

    ReplyDelete
  7. alahai syg...
    very good and kretip.
    terkenang anak2 dara tadika dulu.
    selalu gak bw balik hasil gini :)

    ReplyDelete
  8. kreatifnya naim.. kalau hari2 dia kreatif nanti boleh simpan buat kenangan semua yg dia buat di tadika.

    ReplyDelete
  9. hihi...maknya pun kreatif gak gantung kat ctu..nmpak sesuai je.

    ReplyDelete
  10. Sukalah tgk rak tu dengan pasu kecik tu ....comey jer....
    Ni mmg confirm anak mama ni kalau cenggitu punya cara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rak ni saya beli lepas kali ke 3 ke kedai ni. Tauke tu dh cam muka saya , dia macam dh tak nak layan saya.. haha. Kemain lama memikir nak beli ke tak

      Delete
  11. wah..ada hiasan baru kat rumah dia..pandai naim

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts