Lawatan pertama Naim ke sekolah mama

Masa menulis entry semalam, saya langsung tak menyangka yang ada rentetannya. Sebenarnya pagi tu Naim dah buat hal, mengamuk tak nak pergi ke sekolah. Katanya nak duduk dengan mama. Ah, macam mana ni? Dalam hati saya risaula sebab semalam sampai Rabu akan ada peperiksaan akhir tahun untuk Naim. Memangla baru tadika 4 tahun, tapi kita nak lah juga tahu keputusan anak kan? Kalau tak jawab exam mana nak tahu anak ni menguasai ke tak? Tak gitu kawan-kawan?

Papa N pujuk. Tak jalan. Saya pulak pujuk, pagi semalam ni kesnya. Tak jalan juga. Naim tetap berkeras tak nak pergi ke sekolah, nak duduk dengan mama alasannya. Tetiba dalam hati saya terlintas yang masa saya balik dari program graduasi hari Ahad tu, saya letih dan tidur sampai pukul 5. Masa tu Naim dah bising, katanya mama asyik kerja je. Jadi, kes pagi semalam tu, pada masa tu saya rumuskan yang Naim ni nak masa lebih dengan mamanya. Segera saya buat janji. "Bang, apa kata abang pergi ke sekolah kejap, kejap je tau, pergi pagi ni jawab soalan yang teacher bagi? Tengah hari mama ambil Naim dan bawa Naim ke sekolah mama, nak tak?"

Dengan yakinnya saya buat janji untuk pujuk Naim. Masa tu, Naim tengok muka saya dan tak lama  tau, dalam beberapa saat je, dia terus setuju dan mudah je Naim masuk ke dalam kereta. Selamat satu episod, lega saya dan sempat tulis entry semalam.

Lepas tu, sambil saya siap-siap nak ke sskolah, saya teringat janji saya pada Naim ni. Jadi saya singgah kat kedai runcit dan belikan air boboyboy kegemaran Naim untuk kononnya pergi lawat Naim je. Pada masa tu saya tak menjangka yang Naim akan bertegas nak menuntut janji yang saya buat tadi. Rupanya Naim memang tengah tunggu, dia terus je turun dengan bawa semua beg dia. Ha.. risaula saya. Terus pujuk dia untuk duduk je kat sekolahnya, tapi dia menuntut janji yang saya dah buat tu. Segera saya hubungi Papa N, tapi jawapannya tak membantu pun. Masa dah suntuk, saya pun angkut je Naim ke sekolah saya.

Jadi, semalam 13.10.2014 ialah lawatan pertama Naim ke sekolah mama. Mula-mula dia malu-malu. Kawan-kawan saya dan murid-murid tegur dia, dia tunduk je. Tak nak jawab pun. Bila dah lama sikit, mulalah dia lari kat sana-sini. Panjat mana yang patut. Seronok sekolah mama katanya. 

Pagi ni, korang tahu, dia buat lagi perangai tak nak ke sekolah bila saya kata tak boleh bawa dia ke sekolah saya. Tapi kali ni, tak menang dia. Malas nak layan dia, hari ni, saya terus letakkan beg dia dalam kereta, cium dua hero yang lain dan cakap, " Ha, ikut Naim la tak nak pergi sekolah ke, mama sibuk ni, mama masuk dulu". Terus saya masuk ke dalam rumah dan tutup pintu kasi kuat sikit. Haha.. elok je dia akhirnya ke sekolahm

Comments

  1. kesian naim, dia nak bermanja- manja tu AN :)

    ulam keladang tu ada storynya di sini
    http://herba-tihara.blogspot.com/2014/08/edisi-herba-ulam-keladan.html

    ReplyDelete
  2. Naim...Naim... kenapa tak nak sekolah...tak lama jer lagi...nanti cuti panjang..

    ReplyDelete
  3. Hujung mimnggu ni biar dia melekat bawah ketiak mama dia..hahah..anak mama ni.manja sangt..tapi best kan kalau anak manja dengan kita.??.hahahahah

    ReplyDelete
  4. nape naim x nak sekolah,mungkin ada ke yg dia takut tu nak ke sekolah,
    mcm anak kak nurul dulu,dah sampai dpn pintu nursery nie,berlari2 nak ikut blk,xnak masuk...
    Lepas dah lama2 tu,kak nurul tanya kenapa x nak gi sklh,rupa2nya dia ckp teacher garang sgt.

    ReplyDelete
  5. heheeheh tu laaa budak bijak.... dahjanji tuntut tuuu...budak2 skrang mmg panjang akalnye kan.....

    sudahnye kene gak pi sekolah yek naim heheehehe....tapi lieya rase die dah rase seronk tu yg mintak nak pi sekolah mama jek tu...mujur aisy bertegas gak esokknyer kalo tak jenuh nak kene bawak pi tempat keje kite kan....sesekali ok laaa..bawak selalu takut ade plak bunyi2 tak sedap kat belakang....

    ReplyDelete
  6. Hensem naim dengan uniform sekolah... Naim memang budak bijak... Sanggup ikut mama pergi sekolah mama sebab nak spend masa dgn mama... Tapi mana boleh hari-hari... Kalau hari ni pun dia menang, mahu esok pun dia ulang benda yang sama.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Btl aisy kdg2 tu cara ank nk mtk kasih sayang dr kita , bila dah kerja Mst sibuk , adib pun selalu ckp ibu tak pyh kerja lah , dulu nape abg 4 thn ibu blh je jga abg ... Ermm dah skol dkt org asli lg la ms kurang sbb sy stay byk dkt pedlman... Nmpk deme lbh rapat dgn opah n babah nye .. ;(

    ReplyDelete
  8. alahai naim..mama bz sangat kot..tu yg nk spend masa dgn mama..hensem naim..mcm budak djh 2 dah

    ReplyDelete
  9. Kesian Naim. Nak bermanja dengan Mama tu. Anak saya yang besar tu AN nama je 8 tahun tapi perangai masih manja nak duduk bawah ketiak Mak. Kalau dia cuti sekolah, dia hope sangat yang saya pun cuti kerja. Boleh duduk rumah dengannya walaupun dia tahu saya kalau kat rumah macam singa betina dah ^__^

    Naim rasa best pergi sekolah Mamanya first time, itu yang nak ikut lagi. Tapi budak-budak ni kalau kita buat tak tahu, elok je perangai mereka. Kalau kita ambil berat, mulalah buat perangai. Dan kita ni mak-mak memang tak sangguplah kadang-kadang nak hampakan hati anak-anak.

    ReplyDelete
  10. Dah mamanya pun cikgukan ..... kalau dah namanya pelajar kenalah jawab pereksa ye dak......Mau tak seronok dapat pergi sekolah mama. Jangan AN...... budak budak memang biasanya akan tuntut janji dia, janganlah nak menipu ke apa....
    Yang OKje macam tak percaya tu.....reti rupanya adey manis ni marah yer....hihi....

    ReplyDelete
  11. pandai naim ye nak ikut mama pegi sekolah, mesti sronok duduk kat sekolah mama tu kan

    ReplyDelete
  12. Eeehhh budak2 kalau kit aberjanji, memang dorang akan tuntut, tu sebab saya takut nak berjanji apa2 hahahaha. the best thing is kena tegas la kan.

    ReplyDelete
  13. Masa sya jga anak2 tadika dulu mcm ni la juga anak2 muridnya. Tapi apa yg penting, cikgu kat tadika pun kena ambik peranan. Tp rasanya sesekali xde mslh pun kan. Sya dulu pun xnak p sekolah, ddk dlm opis abah je. Hehe.. Menyirap cikgu tgk time tu.. Kihkihkih

    ReplyDelete
  14. kekadang bebudak ni xbleh bg muka sgt..nt hari2 nak ikut mama ...haru jdnya!!

    ReplyDelete
  15. nak manja dengan mama tu!

    pujuk2 tak makan ke mama? sesekali tak apa tau Naim. kalau hari2.... nanti naim yang rugi sebab tak ke sekolah.

    ada best friend tak kt sekolah?

    ReplyDelete
  16. Naim nak manja2 dgn Naim mama tu..hehe.. tapi tu lah kekadang ada sebab knp depa tak nak gi sekolah kan... anak sy hari tu tak nak tinggal dgn pengasuh (rupanya pengasuh suka cubit dia)....

    ReplyDelete
  17. Hehehe... Dia dah dpt sekali nk la gi melawat sek mama hari2 pasni

    ReplyDelete
  18. kacak naim dengan unifoerm sekolah..macam hero korea.hehe..budak2 skang mmg la akal banyak,dh cakap mmg dia tuntut la janji..bijak betul!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?