Peminat jagung

Dulu ingatkan Naim je minat dengan jagung. Bila ada Nazif ni, nampaknya Nazif pun jadi suka makan jagung rebus juga. Tapi Nazif ni nampaknya lebih gemar makan jagung. Sampaikan 1 batang setengah boleh habis dia makan dalam masa sekejap. Syok pula tengok dia makan, tokak jagung tu sampai tak tengok kiri kanan dah. Kalau boleh dia memang nak gigit setongkol macam tu je, tak macam Naim, yang makan separuh-separuh yang dipatahkan. Memang lagi juara makan jagung daripada abang nampaknya ni.

Ha, jadi korang, kalau nak bawa buah tangan ke rumah kami, belikan jagung rebus atau jagung kukus jelah ya.. lagi banyak lagi bagus..

Comments

  1. Penuh perasaan Nazif mkn jagung. Gengla kita ye Nazif..wan pun suka mkn jagung..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mmg nampak penuh perasaan.. mcm sedap sangat jagung tu

      Delete
  2. berseleranya nengok nazif tokak jagung tu!pandainya nazif mkn cenggitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, nampak jagung besar pun berselera dia makan..

      Delete
  3. Tetiba teringat jagunv Cameron Highland...huhu sedapnya....
    Okje nak kata penggemar jagung tu tak jugaklah rasanya ikut musim dan tempat kot ......Kalau berjalan kat CH mcm terliur pulak tgk jagung haha...kalau kat pasar malam sini taklah pulak nak beli pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. budak bulat ni, setakat ni jagung apa pun dia memang belasah je

      Delete
  4. hihihi.. suka jagung... cik azue kurang suka.. tak leh juga la berbuah tangan kan jagung ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau gitu cik azue bawa ais krimla kepada nazif ni..

      Delete
  5. tengok nazif makan jagung terus teringat
    eh lamanya akak tak pernah beli jagung
    kalau gi cameron tak miss beli
    jagung dia manis :)

    ReplyDelete
  6. Anak2 saya pun hantu jagung.. Kalo ternampak org jual jagung mmg saya belikan.. X pyb fikir dah nak bg dorang makan apa.. Hehe.. Nampak bersungguh betul si nazif ni mkn.. Terliur auntie.. Hehe..

    ReplyDelete
  7. haha..bukan setakat naim nazif..saya pun peminat jagunh dari zaman kecik merebak ke u sampaila ke tua ni..anak2 pun ikut.

    ReplyDelete
  8. anak-anak saya pun suka makan jagung
    agaknya memang budak suka makan jagung kot...hehe

    ReplyDelete
  9. nanti kita jumpa acik beli jagung banyak2 ye..hehe

    sedap apa makan jagung,akak pun suka jagung rebus,bubur jagung

    ReplyDelete
  10. sama petrn dgn kaka asya ni..
    suka mkn jagung jgk..pi psr mlm,,wajib tapau jagung

    ReplyDelete
  11. Nazif minat jagung ya? Ni kalau jenjalan kat Shah Alam, haruslah bawa bekalan jagung bakar mahupun jagung rebus ya. Yalah, manalah tahu terserempak, boleh juga hulur jagung tu kat Naim Nazif. Mamanya tak payah... kenyang dah sibuk bergosip di alam nyata nanti. Hahaha!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1