5 before 5

Ingat lima perkara sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah masih sempat lagi menulis di ruangan ini. Memang marathon dan kelam kabut rasanya kehidupan harian saya sejak Khamis lalu. Dua hari keluar awal pagi sebab berkursus di luar sekolah dah mengambil masa dan tenaga. Sabtu pula bergegas balik ke kampung sebab mak sedara saya meninggal. Itu pun bergegas juga sebab di awal pagi sangat tiketnya, mujur kami bertiga sempat berlari sebelum gate ditutup pada pukul 6.10 pagi tu.

Hari ni pula marathon lagi memandangkan banyak lagi tugas belum selesai. Kertas peperiksaan yang menanti nak ditanda nampaknya bukan sikit tu. Nak jimatkan masa, makan ini sajalah untuk tengah hari ni. Bolehla isi perut sementara otak masih lagi boleh terima jawapan yang ada. Dah tepu nanti bolehla buat aktiviti masak memasak. 


P/s: kita tak bawa harta banyak, rumah besar, anak hebat, anak kesayangan dan lain-lain kebanggaan kita ke kubur. Eh, nantilah buat entry pasal kesedihan dan kematian ni.. babai u alls..

Comments

  1. Sihat sebelum sakit
    Muda sebelum tua
    Kaya sebelum miskin
    Lapang sebelum sempit
    Hidup sebelum mati

    kata-kata azimat

    ReplyDelete
  2. takziah aisy..moga rohnya dicucuri rahmat...

    betul tu sentiasa ingat 5 perkara itu sebelum dtg 5 perkara,harta kekayaan semua akan ditinggalkan..sedekah jariah,anak2 yg soleh kita tinggalkan takpe...huhuhu sedih

    cukup ke alas perut dgn megi je tu?

    ReplyDelete
  3. Yang ni pun kenyang jugak..asal kan perut tak kosong dah la.nanti masuk angin [ulak lagi susah..

    ReplyDelete
  4. Bila senyap je tu tahulah cikgu sibuk. Yalah murid-murid sibuk exam. Ni lepas exam, nak kena tanda kertas pulak. Take your time, AN. Blogging ni kerja sampingan je. Ada masa nanti pulunlah habis-habisan. Aih, makan Mamee cup aje? Haruslah tak cukup kalau bagi kat saya :)

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat arwah... Semoga rohnya dicucuri rahmat...
    Makan megi pun jadilah dari buat keje dgn perut kosong...

    ReplyDelete
  6. sedap jgk susu hl..tp saya suka perisa coklat jerr :)

    ReplyDelete
  7. Takziah.
    megi ni sangat membantu di kala tepu kan. hehe

    ReplyDelete
  8. betul tu 5 benda ni klu kita pegang Isnyaallah selamt dunia akhirat..:)

    alahai kesiannya makan maggi cup je..sibuk sgt ye smp nk mkn nasik pun tak sempat,patut la slim.hehe

    ReplyDelete
  9. sihat sblom sakit..mkn la makanan yg berkhasiat ya cikgu!tp susu pun dah ok tu...

    ReplyDelete
  10. sibuk juga. tapi... menyempat2 kan diri. sementara mood ada <3

    ReplyDelete
  11. Adoi sajakan suka tinggalkan statement tergantung cenggitu.....
    Itulahkan AN ....Pak Jilap selalu cakap bila dia ternampak org tua yang dah tak berapa nak larat kat masjid..... alangkah ruginya kita kalau masa muda kita ni kita sia siakan...huhu
    Melihat dalam diri sendiri jugak

    ReplyDelete
  12. amal ibadah dan juga doa anak2 yg penting akak.. nina pun kena marathon publish entri. sedap x mee indo tu? xpenah try lg

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?