Shopping time- di Korea

Bak kata penulis blog Pondok Ajip,kalau dah namanya rakyat Malaysia, takkan lepas dari bershopping walau ke mana pun pergi. Jadi, mengambil pinjam ayat dari Pondok Ajip kali ni, disebabkan kami semua memang rakyat Malaysia, jadi terpaksalah kami bershopping di Korea ni.

Bab shopping, jangan cakap, masa kalau janji 2-3 jam memang terasa singkat aje. Yang hebatnya, ahli jamaah rombongan kami ni, kalau bab shopping memang hebat, kecuali saya lah kot. Semuanya tiga hari terus menerus pergi membeli belah di Namdaemon, antara pasar yang terkenal di Seoul ni. Tak cukup dengan ini, ada lagi yang singgah ke Myeondong, Insadong dan juga sekitar kawasan Ehwa University yang kami tinggal tiga hari terakhir ni untuk menambahkan lagi barang yang nak dibawa pulang...Akibatnya, maka terpaksalah beli beg yang baru atau tambah kadar barangan dalam tiket masing-masing. Tak termasuk saya, yang memang alhamdulillah dapat mengawal diri, beli apa yang sepatutnya aja dengan wang yang dah diperuntukkan.
 Kedai-kedai di Namdaemon ni nampak macam kawasan uptown tempat kita, tapi korang boleh jadi hilang stress terus bila sampai kat kawasan ni. Besar jauh dari kawasan uptown atau Wakaf Che Yeh. Macam kami semua pada hari pertama ke sini haritu. Pada hal masing-masing penat sebab baru mengunjungi   Gyeongbokgung  Palace. Naik turun tangga dan jalan kaki semasa meronda kawasan tu kononnya penat, tapi bila sampai aja di Namdaemon Market ni, semua segar mata. Haha, jangan tak tau, korang pun sama kan?  


kedai menjual biskut daripada madu. Yang seronoknya tengok proses uli kuih ni sehingga menjadi  rerambut halus
                                   

 Penjual di kedai cenderamata yang sangat baik hati, banyak mengurangkan harga dan mahir cakap Bahasa Melayu..
 Yang ni dalam bangunan tiga tingkat, semuanya jual dan buat kerongsang, perhiasan dan macam-macam barangan yang bisa buat rambang mata.

Ramai betul rakyat Malaysia yang kami jumpa semasa bershopping kat sini. Memang ramai yang mengakui pasar Nandaemon ni menawarkan harga yang paling murah dan berpatutan. Ai, nampaknya kena buat rancanangan lain nak ke Korea ni.. hihi

Comments

  1. Korean skang dah jadi malaysian spot kan, very nice. I myself kalau travel memang jarang sangat shopping. Kalau pegi dalam group, tengk orang shopping sakan, I jer tercongok layan kopi nunggu dorang. hihi

    ReplyDelete
  2. Akak kalau travel mmg jarang shopping, lebih kepada menghargai pemandangan tempat orang.. snap2 gambar yg nampak cantik pada pandangan... tu pun dah cukup rasa puas bila tgk balik gambar2 hasil tangkapan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. itu yang saya pergi beli sikit aja mana yang patut.. cikgu rok champion, banyak yang dibeli

      Delete
  3. Haa....kan dah terpaksa kena shopping..:)

    ReplyDelete
  4. Kalau dah pergi tempat orang tapi tak bawak cenderahati memang le tak sahkan AN....Banyak ke beli souvenir tu?

    ReplyDelete
  5. wah..mmg best tgk barang2 yg dijual,tp akak ni mmg tak pandai sgt kalu bab nak bershopping nih

    ReplyDelete
  6. Patutla hari tu baca entry ain kata cam berangan ke korea..upernya betol2 g sana..best timba pengalaman di negara orang…akhirnya dapat jejak kaki ke sana..kak intan pon x pernah sampai lag ke sana…

    ReplyDelete
  7. pandai dia ckp bahasa melayu..penjual tu dr malaysia ke Aisy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, orang Korea.. Dia ada belajar katanya.. Mmg dia pandai cakap..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1