Petua melancong ke Korea
Selepas balik dari Korea ni, ada beberapa rakan saya yang bertanya, macam mana keadaan kami semasa di sana, memandangkan kami bergerak sendiri tanpa ada khidmat pemandu pelancong khas. Ramai yang sedia maklum, di Korea payah nak dapatkan makanan halal dan juga warganya tak ramai yang faham Bahasa Inggeris, bahasa kita lagilah payah. Jadi, kat sini saya bagi sikit tips setelah melalui sikit pengalaman semasa ke sana. Pertama, kena ada persediaan yang lengkap. Kalau main redah je, memang tak sesuailah. Kumpulan kami hari tu 14 orang yang semuanya ahli keluarga suami. Antara yang ikut tu, inilah dua orang yang banyak betul menjayakan perjalanan kami. Abang Man dan isterinya Kak Sal, yang telah buat kajian beberapa bulan sebelum. Diorang ni gigih tengok blog rakyat Malaysia yang pernah ke Korea. Tak cukup dengan tu diorang ni juga tengok blog berbahasa Jepun juga. Tak cukup dengan tu, diorang ni juga update dengan blog pelancongan Korea untuk mengetahui acara yang menarik yang sesuai d...