Nak berkilat masuk muziumlah

Dah berapa lama tak sertai perkhemahan rasa gayat lah bila nak kena pergi secara tiba tiba. Ayat kononnya terkejut...haha.. padahal saya dah tahu pasal ni minggu lepas lagi, tapi dalam hati yang tak rela nak pergi ni, mengharapkan tak jadi.. Menjelang Jumaat ni, macam-macam rasa bermain di fikiran. Tak macam masa remaja, kalau dapat peluang pergi perkhemahan memang seronok, dah tua tua ni, rasa tak seronok pula... Lagi-lagi macam dipaksa pergi..

Nak kena tidur dalam khemah? Nak kena makan makanan yang budak-budak masak? uniform pun tak ada lagi, bila nak pergi beli uniform Pandu Puteri ni? Mess tin siapa nak sponsor?macam mana Nazif dan Naim tiga hari dua malam  ni nanti?   Jauh juga nak ke Jalan Gasing tu, bawa budak-budak lagi...Alamak, kereta cikgu dah berapa lama tak dihantar cuci? esok entah sempat tak nak hantar cuci sebab kena ke sekolah awal, ada aktiviti kokurikulum....adoi.....

kereta berkilat ada di muzium.... ayat-ayat orang malas


Tetiba saya terfikir, kalau tak sempat nak hantar ke kedai cuci kereta, halal jelah bawa budak-budak naik kereta cikgu yang kat luarnya boleh ditulis tu. Bukannya kereta yang dipamer di muzium, kan? Yang penting sampai dengan selamat ke tempatnya....

Comments

  1. Be happy Aisy.... walau bakal tido dlm kemah, sila bayangkan seolah2 kat 5 star hotel. :D.... Sedap mkn ramai2 dlm kemah...

    p/s : zmn skrg ni alhamdulillah uniform pandu puteri dah berkonsepkan islamik... klu dikenang2 zmn dulukala, malu pun ada.. .. ada ke patut dipaksa pakai skirt?.


    ReplyDelete
  2. Hahahah ayat orang malas ek tu. Ala, bukan u malas pun, dah memang tak sempat, kan.

    Terpaksa bercamping ker pulak, mmg time skolah dulu2, best sunggoh, la ni nak tinggal anak2 macam berat sangat hati kan.

    ReplyDelete
  3. Betul cikgu..keta i pun sama..dari balik kg hari tu tak sempat nak cuci pun..slmt bercamping yea:)

    ReplyDelete
  4. ok lah tuu dik
    akak nie seminggu sekali aje basuh keter ..
    kalau rajin lahh .. kalau tidak sebulan sekali kekek ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, keter saya tu rasanya saya cuci paling last pd awal mei.... lg teruk

      Delete
  5. Aisy pergi berkhemah nak bawa dua-dua anak ke? Perkemahan Jln Gasing tu ke hutan ke apa? Harap tak ada apalah pada anak-anak kan..

    Ala... soal kereta kalau Aisy nak tahu kadang kereta kakak sebulan tak bercuci kakak bawa aje... budak-budak bawah kakak punya kereta lagi berkilat tau..

    ReplyDelete
  6. Wah! Teringat zaman belaja. Pegi camping. Klu jdk cikgu, merasalah lagi camping. Heheheheh...camping ramai2 sonok.

    Haih....harimau kumbang sy tu pun, kelabu je rupenye...mmm...

    ReplyDelete
  7. Hehehehe...ayat org malas ek? Akak ni seminggu sekali jer basuh kete.

    ReplyDelete
  8. Hehehe.. Wahhh mkn masakan murid2.. Mesti bertambah nnt kot?

    Kereta berhabuk tu tanda ia digunakan. Relaks laaa

    ReplyDelete
  9. Saya kete basuh bila btl2 kotor je sebab basuh sendiri hehe

    ReplyDelete
  10. Hahaha... saya basuh kereta sekerap yg mungkin. Bukan sbb selalu kotor, tapi terikut papa adam kot. Kereta dia selalu berkilat, jadi malu la kereta saya berdebu =)

    ReplyDelete
  11. erkk kak intan pon da lama x cuci keta...siap leh buat lukisan atas keta tu..hehe..apapun harap enjoy ya camping tu..

    ReplyDelete
  12. seronoknya pergi berkhemah,akak suka juga tp dulu2 la klu sekarang ni memang payah sikit la

    ReplyDelete
  13. kalau Okje pun kurang suka pergi berkhemah ni AN... maklum le bukan berjiwa adventures...berjiwa sentimental haha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts