Belum tumbuh gigi tapi dah nak gosok gigi

Ikut kalendar, Comel tak lama dah nak masuk setahun, lagi sebulan setengah je. Pergerakan dah lasak, macam orang dah pandai berjalan. Tak panjat dia menyusup, kalau terlekat atau tersepit, pandai dia minta tolong. Kalau sembang pun, macam faham je apa orang lain cakap..

Satu je yang belum, gigi malu nak tumbuh kot..Walaupun Nazif suka makan, tapi semuanya dimakan tanpa pertolongan gigi. Kalau ikutkan, seharusnya bila anak dah diberi makan, mamanya kenalah tolong gosokkan gigi anak. Bagi kes macam Nazif, kena gunakan kain bersih yang lembab untuk gosok bahagian gusi dia.

Memang mencabar untuk buat macam ni,  sebabnya dia akan meronta bila dipegang dan kain dimasukkan ke dalam mulutnya.. Tahan jelah sementara nak habiskan gosok gusi dia.. ek, ke sesuai istilahkan lap gusi?

Comments

  1. Oh, kena gosok gusi eh? Sy pun tatau la sy ade bt ke t ak. Mcm tak. Tp utk ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu daripada kakak saya. katanya ni langkah awal penjagaan gigi anak kecil..supaya gigi susu anak tak mudah rosak bila tumbuh nati..boleh dipraktikkan bila anak dah mula makan, tak semestinya tunggu ada gigi baru kita gosok gigi dia...

      Delete
  2. assalam AN..teringat pengalaman acik dulu..bila dah ada gigi..ubat gigi ditelannya..memang mencabar kan AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tul... Kalau Naim, ubat gigi dia kulum n telan macam makan gula gula... dah lbh tiga tahun pun masih cam tu

      Delete
  3. a'ah,walaupun anak tak tumbuh gigi lg tp kena jugak gosok gusi dorang dgn kain basah..ni misi yg cakap tau..

    ReplyDelete
  4. Hehe...yelah tu AN...bis tu nak guna istilah apa? ada istilah lain ke?
    Tapi okje dulu rasanya tak pernah mengelap gusi kot hehe

    ReplyDelete
  5. izzat da nak masuk 1 tahun next month 28th.
    sebaya ler baby kita.
    izzat da 3 batang gigi!
    suka sgt dia gigit jari and isap jari.
    ibu jari aida sekali di hisap nyerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sebayalah tu.. Nazif lahir 7.8

      Delete
  6. hahahaa lap gusi.

    masa JJ dulu I lap guna liquid yang rasa buah2 tu, cuci lidah sekali, skang ni dia sendiri minta berus gigi, 5 kali sehari pun boleh asal dia buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah buat pulak mcm ni,hehehe taktau pun sebenarnya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1