Tak beli tak kena, beli pun tak kena

Kereta mainan yang Naim beriya iaya nak beli ni nampaknya tahan lasak juga. Dah lebih tiga jam Naim main, kereta ni masih lagi dalam keadaan baik. Kereta kawalan jauh dengan kuasa lima biji bateri AA ni taklah mahal pun harganya.

Koleksi kereta mainan Naim memang cukup banyak. Tapi, antara banyak banyak tu boleh kira bilangan yang cukup sifatnya, sebab selalunya Naim memang akan 'repair' kereta yang dibelikan tu. Ada yang tak ada tayar, ada yang tercabut pintu, ada yang tanggal pelekatnya dan macam macamlah yang jadi..

Tu yang kagum sangat tengok kereta ni masih lagi dalam keadaan baik, sedangkan dah bermacam gaya Naim cuba. Dia letak kat atas meja dan gerakkan kereta tu jatuh ke bawah, buat gaya stuntlah nampaknya.
 
Mula mula tadi dia buat gaya langgar sana sini berkali kali. Bila langgar je dinding, kaki mama atau kaki adik, dia gelak seronok.. Mamanya pula yang macam tarzan asyik jeritkan Naim supaya main elok elok.. Adoi, memang bikin panas tul.. Bak kata Mama JJ, kena jadi tarzan bila dengan anak-anak..samalah kita nampaknya..
Nampak mahir juga Naim kendalikan kereta ini. Budak - budak kan? tahu aja permainan dia, tak diajar pun tahu nak kendalikan...

Comments

  1. wahhh... naim suka kereta ye? abg adam pun suka =)

    ReplyDelete
  2. Kalau anak Okje yg sulung tu dulu-dulu, kalau dia tak mintak ayah dia yg suka beli....
    Samalah AN...mcm-mcm jenis kereta ada hehe....budak lelaki ni memng suka pomen keta jadi rangka haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..bagusnya ayah yang beli..anak sulung katakan ...semua nak belikan ye...

      Bab pomen tu yg tak tahan kan?

      Delete
  3. Pandai dia main.. ank saya m3ncicit lari bila abi dia main kete cntrol.. hehe.. jiwa ank pmpuan kn... mna la sma dgn ank llki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa naim kecip dia pun macam tu, takut...bila lebih besar dah mula suka. Ikut budak kot, nazif walaupun baru 10 bulan dia tak nampao takut pulak..sama rebut dgn abgnya..

      Delete
  4. pandai Naim usik mama... dia nak ajak mama main sama la tu, ekekekek
    Good job Naim... jaga kereta tu baik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya bukan kali ni je.. Hihi agknya dia teruja kali pertama dapat kereta macam ni, canggih sikit daripada yg biasa beli..mahal sikit dari dua seringgit kata papanya.

      Delete
  5. Hahhaa mana tak tarzan nya, kalau cakap elok2 bisik syahdu mana dorang ambik port. Bagus ni keta kalau lasak gitu sekai still elok. Sesuai untuk JJ dan papa nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tahan lasak nampaknya, dah nak masuk tengah malam pun masih baik keadaannya.. Catat rekod betul ni...

      Direkomen utk JJ dan papa...

      Delete
  6. Haa..naim macam mama dia..kecil molek..muka pun sama.sejuk perut ibu mengandung

    ReplyDelete
  7. salam aisy..budak2 mcm tu la,kdg2 mcm2 dia buat dgn mainan dia kan,sama la dgn adam ni..

    yg bab jadi tarzan tu sama la kita..hehehe

    ReplyDelete
  8. X belikan lagi kete mcm ni utk ydin. Nak beli gaklah. Mst die suke. Hehehehe...

    ReplyDelete
  9. Koleksi azhad syafiq yg jahanamkan:(

    ReplyDelete
  10. yg last sekali tu aida setuju.
    diorang tau dgn sendiri je nak main.
    aida ni kekadang elak jadi tarzan kat umah.
    anak-anak perempuan plak tu.
    bergaduh jugak!!!
    terpaksa jadi tarzan juga akhir nyerrr...

    ReplyDelete
  11. Sama la ni macam si Shashal.. minat sgt dgn kereta..
    Dulu masa kecik2 suka nangis guling2 kat shopping complex
    kalau sengaja tak dibelikan... (padahal kat rumah dah sebakul). :D

    ReplyDelete
  12. buat anak tu kreatif nanti..malah sentiasa menasihatnya dan membimbingnya agar apa yang dibuatnya mempunyai nilai tersendiri...kekadang bagi mereka ia betul walaupun sebenarnya salah...

    ReplyDelete
  13. Anak zaman moden permainan n gadget semua cepat je mahir

    ReplyDelete
  14. memang betul tu dik, budak2 tak payah ajar pasal mainan dia orang....tahu jer dia orang kendalikan..kadang2 terlebih kreatif pulak...

    ReplyDelete
  15. syok naim main ketacontrol ya..huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts