Nami Island

 Kalau ke Korea tapi tak ke Nami Island, orang kata tak sah. Jadi, antara tempat yang kami tuju pada hari kedua di Korea ialah Nami Island. Bukti pernah ke Korea kata orang. Sebelum datang ke sini, saya tak ada apa-apa pengharapan, sekadar ingin melihat tempat orang. Kalau ikutkan pembacaan saya daripada blog-blog lain, ada yang cakap pulau ni tak ada apa-apa, ada juga yang cakap pulau ni tempatnya menarik.Itu orang lain yang cakap.

 Bila dah sampai kat sini, waw.....From my point of view, memang menarik tempat ni.. Jalan kaki dah lenguh pun tak juga habis ronda satu pulau. Memang tempatnya sangat banyak tarikan dan benda yang nak dilihat tu pebagai sangat. Kiri kanan perjalanan kami ada sahaja yang menarik perhatian kami.. Pengunjung dari dalam dan luar negara pun cukup ramai pada hari tersebut.









Tengoklah antara pokok-pokok yang ada kat sini. Menarikkan daunnya dan warnanya ? Hijaunya yang hijau segar, merah, kuning warna daunnya. Nampaknya kedatangan kami pada bulan Jun ni memang langkah yang sesuai, kerana pemandangan dan cuaca cukup sesuai. Suhunya  yang terasa sejuk berangin walaupun nampak ada sinaran matahari cerah.

Antara pemandangan menarik dapat dilihat di Pulau Nami.


 Semua orang pasti kenal yang ni,kan???




Kalau nak bersolat, boleh bersolat di tingkat satu bangunan ni....Selesa tempatnya.

Comments

  1. Ke Korea rupanya patutlah senyap je.....
    OKje dapat tengok gambar pun jadiklah AN...hehe
    mana muka tuan blog? Belum cukup bukti tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nati ye... muka tuan blog kena pilih gambarnya sebab sini panas, dah merah jadinya kulit

      Delete
    2. Tuan blogkan putih melepak haruslah gitu....untung dapat kulit putih ni...cantik!

      Delete
  2. dah sampai kat winter sonata gitu..tp bkn time winter lak

    bestnyer..bila akak nak sampai ke korea nih..hehehe berangan je la dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa, dah bersalin nanti akak boleh buat plan ye.. mesti boleh tu..

      Delete
  3. Melihat gambar-gambar yg Aisy captured pun kakak dpt rasakan punyalah nyaman. Kalau lalu bawah pokok pun sejuk sebab anginnya sejuk. Bestnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak.. pokok yang rimbun dan angin nyaman betul walaupun cuaca kat luar panas terik.

      Delete
  4. Lawanya.. Wah siap ada tmpt solat lg ye

    ReplyDelete
  5. leh wat rujukan -- tunggu Nami Island

    ReplyDelete
  6. Nami Island antara pulau yg saya teringin nak pergi... tempat penggambaran winter sonata, best nyerrrr!!!
    boleh feeling kayuh basikal dgn hubby... hihihihi, berangan aje la dulu :)

    ReplyDelete
  7. Indeed, perfect timing for ur visit.

    ReplyDelete
  8. nyaman sangat tgk view dia…tetiba teringat citer citer korea..winter sonata..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts