Benci betul kalau tak boleh tidur

Korang ada mengalami simptom macam saya tak? Saya ni kalau ada hal penting esoknya, malam tersebut tu memang payah nak lelapkan mata. Tadi asalnya saya dah tidur lebih kurang pada pukul 1.20 am tapi disebabkan terkejut, ni dah mula segar mata dan pusing kiri, pusing kanan pun tak ada mood nak teruskan tidur..baru pukul 3.40 am..

Cepatlah berakhir debaran untuk hari esok.. Semoga acara akhir esok berakhir dengan baik.. Nak letak jawatan sebagai guru ketua rumah sukan dengan jayanya untuk tahun ini... Semoga rumah sukan saya masih lagi juara bertahan untuk tahun ni.....cikgu pun berdebar woooi... masa jadi pelajar, tak minat bersukan pun, dah jadi cikgu tak boleh tidur masa hari ada sukan tahunan pulak... adoi...

Comments

  1. Excited punya pasal, tak sabar nunggu hari esoknya sampai tak leh tidur, selalu jadik jugak. Selamat berpesta sukan yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat walaupun ada hal panas td...

      Delete
    2. panas??? jeng jeng jeng.

      Delete
  2. Ketua rumah yg baik je biasanya tak leh tido..ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang lain yang sesuai dgn gelaran tu..u pun tahu siapa kan?

      Delete
  3. Owhhh... perkara biasa. Dari kecik lg mcm tu. Mmg seksa. Hahhaha....

    Saya minat sukan. Masa sekolah, semua nak masuk. Badan pun slim je.

    Lepas kahwin, makan aje... x exercise langsung. Badan pun, COMEL. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel? Bestla macam tu.
      Kurus kering tak cantik pun..

      Faham kn keadaannya? Stress tul..

      Delete
  4. itu stress namanya.. good luck

    ReplyDelete
  5. amboi kemain semangat nk bersukan ye cikgu

    ReplyDelete
  6. I pun tak minat sukan masa sekolah.

    *Jarang insomnia kecuali malam raya (sbb dok tak sabar nak jumpa sedara mara esok paginya).... sudahnya elok2 pakai baju cun muka cengkung sbb tak cukup tido.. haha.. dh mcm budak2 je I ni kan?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..yeke tak sabar jumpa sedara mara? Ke tak sabar nak pakai baju baru...haha

      Delete
  7. saya pernah juga kena macam tu... tapi mostly, saya ni jenis mudah tidur... letak jer kepala, terus lelap hingga ke pagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kalau hari biasa mmg mudah tdo...tp klau tgh tak senang hati mmg jadi tak lena

      Delete
  8. aida ni sejak beranak pinak senang tido.
    pantang baring, bukan anak tido dulu, ibu zzzz dulu...
    but, if ada perkara yg menyusahkan hati ~ yes, tak bleh tido!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...ni tandanya orang yg bahagia..

      Delete
  9. Salam..saya selalu hadapi terutama bila esoknya nk jalan atau ada majlis penting

    ReplyDelete
  10. sama la kita...memang kalu ada benda yg hendak difikirkan, tido pun bole terganggu

    ReplyDelete
  11. Hehe...macam anak Okje AN...kalau sok dia nak jalan, sah-sah malam tu dia susah nak tido haha...
    Alah senang je ubat dia tu hehe...

    ReplyDelete
  12. akak pernah tau ain..kadang2 sampai rasa nak nangis sebab xleh tidur..pusing kiri salah..pusing kanan salah..uhhhh stress nya masa tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts