Pengalaman sesat di Korea

Ai, nasib pelancong backpackers macam kami ni hari ni malang sikit. Tau ajelah rakyat Korea ni yang tak mahir berbahasa Inggeris ni. Payah nak berurusan kalau tak kena caranya. Lagi lagi kami sekarang berada di kawasan selatan, yang jauh dari Seoul.

Al kisahnya petang tadi kami 6 orang daripada 13 ahli rombongan ni berhasrat nak ke Suncheon Bay untuk melihat matahari terbenam yang dikatakan lawa pemandangannya di sana. Dengan yakinnya kami naik bas bernombor 67. Tapi, rupa rupanya kami terlepas perhentian yang sepatutnya. Mujur pemandu bas tu baik hati membantu kami pergi semula ke tempat yang sepatutnya tanpa bayaran.




 
Cantikkan pandangan semasa di perkampungan semasa kami menunggu bas membawa kami ke tempat yang sepatutnya..seronok rasanya dapat melihat pemandangan ni sambil menghirup udara segar kawasan kampung pertanian.
 
Ini ha, pemandangan saujana mata memandang dengan hanya menggunakan kamera hp tak canggih, bayangkan kalau guna dslr.. Tempat ni memang cantik.
 


Alhamdulillah berjaya juga melihat dan merakam pemandangan sunset walaupun agak sesat kerana masalah komunikasi. Lenguh kaki berjalan jauh dari hentian bas ke dalam taman ni terasa berbaloi bila melihat pemandangan yang lawa berserta angin yang bertiup sejuk.

Yang kelakarnya masa perjalanan balik pula, kami telah sekali lagi ada masalah ni disebabkan salah faham. Tempat sepatutnya Suncheon Station, tapi kami turun di perhentian sebelumnya yang bernama Suncheon Bas Station. Jalan kakilah kami sikit. Bertanya kepada orang tempatan sekali lagi bermasalah kerana orang yang ditanya tidak faham bahasa kami. Akhirnya sampai juga ke rumah tumpangan kami dengan selamat.. Tak apa, buat pengajaran.

Comments

  1. Hihi... susahkan bila ada masalah komunikasi. Time shopping, xyah cakap. Main tunjuk2 je angka kt kalkulator

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..mmg pun. Masa beli barang tunjuk dgn kalkulator je baru dia faham..

      Delete
  2. cantik nya.....rugi datang jauh kalau tak pergi ke tempat2 menarik.

    ReplyDelete
  3. BESTNYA DH SAMPAI BUMI KOREA
    SY MASIH BERANGAN2 LAGI..^_^

    ReplyDelete
  4. cantik pemandangannya..

    wah sampai juga aisy ke korea ye,seronoknya jalan2

    ReplyDelete
  5. org korea memang payah nak berbahasa inggeris , mereka suke bahasa ibunda mereka lagi .. so kalau ke korea nie kena fikir masak2 lah ;)
    kalau bukan dgn rombongan atau kenalan , x yah lah cuba2 huhuh
    silap hb jadi pendatang asing lah kiteee huhu

    aah cantiknyee dik permandangan tuu
    kalau dslr nie .. perghh !

    ReplyDelete
  6. susah kalu ada mslh komunikasi camni.. tp nsb teror gak.. jumpa kt umah semula :)

    ReplyDelete
  7. Yang hijau tu apa ain? Pokok padi ker? Love the sunset!

    ReplyDelete
  8. Baiknya pakcik bas tu, memang dorang sana baik2 ek? Takper sesat sekali sekala, lebih manis your journey, something to remember ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, boleh sama2 gelakkan bila balik nanti

      Delete
  9. Hei AN....kenalah tersesat. baru best! kalau tak sesat kat negara orang mmg tak sah le hehe...

    ReplyDelete
  10. sebenarnya bila kita dilanda masalah dan kita berjaya selesaikan , nanti2 kemudian hari bila kita pi lg kita dah tau dah sebab kesilapan tu memang akan memberi satu ingatan pada kita selepas tu kan..eh apa yg akak bebelkan kat sini..hahaha.s.orry ain

    ReplyDelete
  11. baiknya pemandu bas tu Aisy..jadi kenangan manis la pengalaman sesat ni kan Aisy..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1