Posts

Showing posts with the label Korea

Petua melancong ke Korea

Image
Selepas balik dari Korea ni, ada beberapa rakan saya yang bertanya, macam mana keadaan kami semasa di sana, memandangkan kami bergerak sendiri tanpa ada khidmat pemandu pelancong khas. Ramai yang sedia maklum, di Korea payah nak dapatkan makanan halal dan juga warganya tak ramai yang faham Bahasa Inggeris, bahasa kita lagilah payah. Jadi, kat sini saya bagi sikit tips setelah melalui sikit pengalaman semasa ke sana. Pertama, kena ada persediaan yang lengkap. Kalau main redah je, memang tak sesuailah. Kumpulan kami hari tu 14 orang yang semuanya ahli keluarga suami. Antara yang ikut tu, inilah dua orang yang banyak betul menjayakan perjalanan kami. Abang Man dan isterinya Kak Sal, yang telah buat kajian beberapa bulan sebelum. Diorang ni gigih tengok blog rakyat Malaysia yang pernah ke Korea. Tak cukup dengan tu diorang ni juga tengok blog berbahasa Jepun juga. Tak cukup dengan tu, diorang ni juga update dengan blog pelancongan Korea untuk mengetahui acara yang menarik yang sesuai d...

Trick Eye Museum

Image
Destinasi lawatan terakhir kami hari ni sebagai hari terakhir sebelum balik ialah ke Trick Eye Museum. Yang kali ni cadangan saya. Tak ramai yang berminat pergi. Kami berempat aje yang naik subway, turun di hentian Hongik University dan berjalan kaki sikit untuk sampai ke muzium 3D ni.   Bayaran masuk ialah 13000 won. Seronok masuk ke muzium ni. Gambarnya menghiburkan hati. Jom tengok sikit ye.. Lukisan dia nampak betul, kan? Maklumlah kali pertama saya jumpa muzium macam ni, memang penuh jakun menengok lukisan yang ada.  Gambar atas dan bawah ni ialah gambar kegemaran saya. Nampak mencemaskan betul, kan?  Nilah gaya Mak Su balik dari Namdaemon Market... Memang dah nak sama.... haha  Rompak peti besi bank....  Eh, gambar gila glamer ni pun saya suka jugalah..... Merasa berjalan atas karpet merah?                       ...

Apa lagi yang menarik di Korea

Image
Banyak betul perkara yang nak diceritakan tentang Korea ni. Tapi nak mengarang ayat banyak-banyak terasa malaslah pulak. Jadi, kali ni saya gabungkan beberapa peristiwa, tempat dan kejadian menarik yang berlaku ye. Senang hati, kalau dah siap ni.  1. Banyak papan info yang boleh membantu anda semasa di Korea. Pergi kat mana-mana akan ada papan info, pondok informasi atau jurupandu bergerak yang akan dapat membantu anda untuk bertanya arah. Jadi, tak risau kesesatan kat sini. Rujuk je kepada diorang ni dengan tanpa segan silu ye. .                                    2. Masyarakat kat sini bagi saya agak peramah yang suka menolong. Walaupun agar sukar kerana masalah bahasa, namun ada beberapa kali kami ditolong dengan jayanya dengan menggunakan bahasa isyarat dan tulisan orang lidi dan nombr. Memang terharu betul ketika di Geokseong hari tu.Ahjumma yang dalam gambar kat atas ni pun pera...

Shopping time- di Korea

Image
Bak kata penulis blog Pondok Ajip,kalau dah namanya rakyat Malaysia, takkan lepas dari bershopping walau ke mana pun pergi. Jadi, mengambil pinjam ayat dari Pondok Ajip kali ni, disebabkan kami semua memang rakyat Malaysia, jadi terpaksalah kami bershopping di Korea ni. Bab shopping, jangan cakap, masa kalau janji 2-3 jam memang terasa singkat aje. Yang hebatnya, ahli jamaah rombongan kami ni, kalau bab shopping memang hebat, kecuali saya lah kot. Semuanya tiga hari terus menerus pergi membeli belah di Namdaemon, antara pasar yang terkenal di Seoul ni. Tak cukup dengan ini, ada lagi yang singgah ke Myeondong, Insadong dan juga sekitar kawasan Ehwa University yang kami tinggal tiga hari terakhir ni untuk menambahkan lagi barang yang nak dibawa pulang...Akibatnya, maka terpaksalah beli beg yang baru atau tambah kadar barangan dalam tiket masing-masing. Tak termasuk saya, yang memang alhamdulillah dapat mengawal diri, beli apa yang sepatutnya aja dengan wang yang dah diperuntukkan. ...

Rail Park : tempat singgahan

Image
Masih lagi cerita kisah hari kedua kami di Korea. Baru jumpa orang yang nak bagi pinjam card reader. bolehla buat entry dan tunjuk gambar menarik yang ada. Sebelum ke Nami Island, sebenarnya kami ke depan dulu iaitu kami singgah ke Chuncheon. Menaiki kereta api yang selesa, perjalanan lebih satu jam tak terasa bosan. Tambahan pula dengan badan yang masih lagi penat dan tak biasa dengan perubahan waktu, kami tidur sebahagiannya dan sebahagian lagi menjamu mata dengan pemandangan menarik di sepanjang perjalanan. Memang keindahan alam nampak masih terjaga. Kali pertama bangun tidur dan solat awal, apa taknya sini waktu subuh lebih kurang 3.30 sebab dah mula waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam. Kalau kat Malaysia, pasti masih lagi berselimut di katil.. Sini, pukul 6 pagi kecerahannya semacam pukul 8 lebih. Replika buku buku yang pernah ditulis oleh sasterawan agung Korea ni. Tempat rehat dan untuk minum yang disediakan di tepi kawasan ni. Pameran lukisan y...