Korea yang subur tanahnya ;Suncheon Bay Garden Park

Masih lagi bersiaran dari bumi Korea. Daerah Suncheon ni nampaknya memang telah dibangunkan untuk tujuan pelancongan agro. Suncheon Bay Garden Park yang kami kunjungi hari ni memang sangat luas dan cantik sangat.

Perjalanan dari Danim Guest House yang kami menginap ni ke taman ni cuma mengambil masa 10minit menaiki bas. Bayaran untuk bas bernombor 200 ni ialah 1100 won. Seronok naik bas yang selesa tanpa berebut dengan orang lain. Maklumlah, keluar pada pukul 9.15 pagi, di saat pekerja dah masuk ke pejabat.

Bayaran masuk ke taman ini ialah 13000 won untuk seorang. Pada awalnya saya rasa bayaran ni mahal. Kalau kira duit Malaysia tak ke sekitar RM 38. Tapi, bila dah masuk barulah tahu betapa besar dan bestnya taman ni.

Ada taman indoor dan juga taman outdoor. Konsep kat sini ialah binaan taman mengikut negara. Antara taman yang buat saya teruja ialah taman Jepun, Holland, Spain dan British. Boleh dapatkan idea untuk hias taman di rumah sendiri sambil cuci mata menghirup udara segar dan pemandangan yang tak membosankan langsung..

Kat sini saya kongsikan sedikit gambar yang diambil dengan hp. Terasa sayang sangat tak bawa kabel atau notebook untuk buat entry dengan gambar daripada kamera.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Comments

  1. oo..dh sampai korea....syok nye. Ada beli ole2 utk kawan2 blogger tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Belum ke tempat shopping lagi.. Empat hari ni tgk keindahan korea dulu. In shaa Allah kalau sampai..

      Delete
  2. memang subur dan cantik2 bunga dia kan ...
    x macam di malaysia lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, mmg lawa. Kami semua bawa kamera, kebanyakkan kamera habis bateri sebab asyik ambil pelbagai gambar bunga dan taman yang cantik.. Hp jadi backup..

      Delete
  3. Lovely!!! Mahal pun worth it, alang2 dah sampai sana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Tgk benda yang tak ada di tempat sdiri...

      Delete
  4. Seronoknya... kakak tumpang tengok gambar jadilah Aisy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan cuaca cerah tapi tak rasa berpeluh panas, mmg seronok ronda kat taman luas ni kakak..

      Delete
  5. teringin nak g jugak tapi bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..mitak cuti sekarang..musim tgh sesuai ni..

      Delete
  6. bestnya...ntah bila akak dapat pegi korea nih..jeles nih..hihihi

    ReplyDelete
  7. Serius.. cantik sgt2..!!

    *mAk saya yg org trg :)

    ReplyDelete
  8. Emm... memang cantik.... Tak pelah pakai HP pun cantik jugak apa AN..

    ReplyDelete
  9. seronok kan g jalan2 tempat orang dan asing dari negara kita

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1