Apa lagi yang menarik di Korea

Banyak betul perkara yang nak diceritakan tentang Korea ni. Tapi nak mengarang ayat banyak-banyak terasa malaslah pulak. Jadi, kali ni saya gabungkan beberapa peristiwa, tempat dan kejadian menarik yang berlaku ye. Senang hati, kalau dah siap ni.

 1. Banyak papan info yang boleh membantu anda semasa di Korea. Pergi kat mana-mana akan ada papan info, pondok informasi atau jurupandu bergerak yang akan dapat membantu anda untuk bertanya arah. Jadi, tak risau kesesatan kat sini. Rujuk je kepada diorang ni dengan tanpa segan silu ye.

.                                  
 2. Masyarakat kat sini bagi saya agak peramah yang suka menolong. Walaupun agar sukar kerana masalah bahasa, namun ada beberapa kali kami ditolong dengan jayanya dengan menggunakan bahasa isyarat dan tulisan orang lidi dan nombr. Memang terharu betul ketika di Geokseong hari tu.Ahjumma yang dalam gambar kat atas ni pun peramah, macam-macam dia nak cuba terangkan semasa perjalanan kami ke Pulau Nami.


 3. Perkara baru bagi saya, kat mana-mana jalan subway, ada disediakan laluan untuk basikal.

                                     
 4. Gambar di Pulau Nami. Ketika ni kami berkelah, makan magee dan nasi di bawah pokok. Burung unta ni suka betul kepada termos spongebob yang saya bawa. Banyak kali dia cuba patuk termos tu. Kak Intan, termos akak jual ni dah sampai ke Pulau Nami tau...
 5. Antara hiasan unik menggunakan buka yang saya nampak di Pulau Nami.


 6. Sotong kurita ni banyak betul dijual di Korea ni. Memang binatang kegemaran diorang kot....
 7. Kagum saya tengk ikan yang dijual dah siap siang dengan bersihnya dan dah dipotong .....balik boleh basuh dan letak garam kunyit terus...Kalau sayur pula, semasa kami di selatan hari tu(Sincheon), sayur hari semalam dijual dengan harga diskaun, berbanding sayur hari ini. Hebat rasanya jualan macam tu.. taklah kita beli sayur yang lembik.
 8. Yang ni semua orang kagum. Papan info ni memang ada di semua hentian bas di Korea rasanya. Banyak membantu sebab dipaparkan bas berikutnya akan tiba dalam masa terdekat. Ada maklumat berserta rakaman suara lagi....tak risau kita nak tunggu bas macam ni. Model ni, kalau korang nak kenal inilah Cikgu Rok. Sesiapa yang baca blog ni tentu tahu siapa beliau kan, hihi......

Comments

  1. AKhirnya dapat kenal dengan Cikgu Rok, ke sana bersama beliau rupanya :)
    Banyak pengalaman bila berjalan ke negara orang, kan? Macam2 kita boleh belajar :)
    Macam mana Aisy baca papan tanda dalam bahasa korea tu? Saya ke Paris pun dah rasa pening nak baca papan tanda, apatah lagi kalau dalam bahasa korea... lagi la mencabar, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak faham papan tanda dia.. faham yang nombor nombor aje...mujur ada banyak nombor, haha.. yang lain hentam ajelah..

      Delete
  2. Haaaa confirm Cikgu Rok.. hahaha
    Bersih jer nampak kat sana, facility pun sangat mesra pelancong. Nak kena letak dalam my to-go-list Korea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jalan kat sini mmg puas hati..

      Delete
  3. Glemer auntie tu dapat masuk blog AN hehe....kalau OKje gi Korea harus mencari auntie ni haha

    ReplyDelete
  4. bagus betul ada info mcm tu kat setiap bus stop,malaysia bole juga buat mcm ni.eh ke kat malaysia pun dah ada,cuma akak je dah lama tak naik bas..heheheh

    ReplyDelete
  5. wah ain..bestnya ..upernya ain ke korea,anosayur,..keh keh…(main hentam ja tulish) owh tu la cikgu rok eh…yg kenalkan ain dengan husband tu eh

    ReplyDelete
  6. hamboiii syoknya rupanya g korea yer.... :)

    ReplyDelete
  7. bestnya Aisy..
    bagus kan ada papan info dsemua hentian..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1