Tahan jelah, tadah telinga

Semalam saya ceritakan yang saya kehilangan resit bayaran pendaftaran kursus yang saya hadiri hujung minggu lalu. Hari ni, bila cari kabel kamera pula, tak juga jumpa..Adoi, Papa N dah bising cakap yang saya ni tak berhati-hati. Apa taknya, bila hilang barang atau tak jumpa cari barang, dia yang akan disuruh tolong carikan bendanya.. Suami saya ni kalau bab cari barang, selalunya dia akan jumpa, kecuali yang memang betul betul dah hilang. Mungkin jenis buat kerja teliti kot..

Saya kalau biasanya, memang tahu diri ini jenis macam gitu, saya selalu hati hati. Barang-barang saya saya akan letak di tempatnya, walaupun tak kemas, tapi saya tahu. Contohnya, kalau balik dari sekolah, kunci kereta saya terus letak dalam beg tangan dan beg tangan saya terus saya simpan dalam almari. Kalau balik kampung, tahu je lah, ada ramai orang, barangan saya dan anak anak saya, saya akan letak setempat, lepas guna terus masuk ke dalam beg yang dibawa. Alhamdulillah, kalau buat macam tu, saya tak kehilangan atau tertinggal barang.

Habis, dua benda yang hilang ni macam mana ni? geram tul la.. 

Comments

  1. kadang2, barang ni lagi dicari lagi tak jumpa... relaks dulu, ambil masa utk ingat semula... ada tu, cuma belum jumpa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, nak kena rileks dulu kot..,harapnya jumpa semula

      Delete
  2. Benda tu nak main sembunyi-sembunyi tu Aisy.. Pelan-pelan cari insya-allah jumpa. En. N lebih teliti kalau dia tolong akan jumpalah asal jgn Aisy tertinggal di sekolah memang En N tak dapat nak tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya, saya langsung tak ingat mana saya letak... tu yg redha je kena nasihat oleh Papa N (En Azwan)...

      Delete
  3. insha Allah jumpa nanti tu,cari dgn tenang ye

    ReplyDelete
  4. Biasalah tu. Sy pun ada hubby yg kuat bebel gak. Klu ilang ke ape ke, sy rela diam. Hahahaha. Tapi tuhlah, mslh sy ni - pelupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, banyak urat putus masa bersalin kot ...

      Delete
  5. bila kita cari sst dalam keadaam kelam kabut atau stress..kita takkan jumpa brg tu...cuba tgk kalau kita tak nak..tiba2 muncul depan mata ajer

    ReplyDelete
  6. Kut ada dlm h.bag tu..terselit kt mn2..istighfar byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Tanda2 bukan rezkilah tu...apa nak buat

      Delete
  7. hehe kes sama ngan OKjelah ni yeh...yelah AN... bab ni Okje mmg cuia sikit...sebab tulh anak2 pun ada mengikut gak tau!

    ReplyDelete
  8. KAlau masa mencari kita nak sungguh2, mmg benda tu pandai sembunyi. Pelan2 cari, nnt mesti jumpa :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1