Sebab dah lama tak buat

Alhamdulillah selamat saya dan suami melakukan ibadah puasa hari ni..suami puasa sunat dan saya pula menggantikan puasa yang berbaki 4 hari lagi... sengaja saya ambil peluang berpuasa sementara sekolah bercuti. Bukan sengaja nak melengahkan ganti puasa.

Serik saya untuk berpuasa kalau sibuk dengan banyak kerja dan pelbagai aktiviti di sekolah. Bukan sebab tak boleh, tapi sebelum ni pernah terjadi kes yang melibatkan murid murid saya bergaduh. Saya pada hari tersebut puasa setelah lama tak berpuasa. Sekitar jam empat petang saya mula rasa tak larat, lalu di kelas yang diajar tu saya pun duduk. Budak budak ni, kalau cikgunya duduk, diorang mulalah ingat macam tak ada guru dalam kelas. Ada yang buat bising dan ada yang mula pindah ke tempat rakan untuk bersembang.  Jadi, bila dah makin terasa segar badan yang pada sebelumnya macam nak rebah, saya pun bangun dan mula mengarahkan murid kembali ke tempat masing masing. Melihat keadan kembali stabil saya pun mula mengajar. 

Tapi, tak sangka betul saya. Keadaan yang sunyi, kedengaran saya mengajar tu dengan tiba tiba berlaku kejadian yang tak disangka. Tiba-tiba kedengaran suara bergaduh. Murid saya bergaduh! Awww.... terus saya bergerak ke tempat diorang untuk meleraikan dua budak lelaki yang jauh lebih tinggi daripada saya  yang sedang bergomol. Salah seorang menarik kolar baju rakannya dan sorang lagi memukul bahagian belakang rakan itu. Berkali kali saya minta diorang saling melepaskan tapi tidak diendahkan pun arahan saya itu. Yang lebih parah lagi, tiba-tiba salah seorang daripada diorang tu, mencapai pensel tekan lalu mula menikam bahagian belakang kepala, atas kolar baju. 

Terus saya mengarahkan diorang ke bilik disiplin. Selepas sejam baru saya mendapat perkhabaran yang murid yang telah ditikam dengan pensel tekan tu ada sedikit berdarah di bahagian rambutnya.. Tapi taklah banyak darah yang keluar.

Seriusnya, saya rasa fobia dengan kejadian tersebut. Jadi, sejak hari tersebut, iaitu setelah hampir dua bulan lebih berlalu saya cuma akan menggantikan puasa pada hujung minggu yang tiada apa apa hal. 

Menu buka puasa kami hari ni ialah sup tulang, ayam kicap, kailan ikan masin dan air fresh orange. Kuih pula, bubur sagu dan kek karamel... semua dimasak sendiri kecuali kek karamel...

sedap kek ni.. berbaloi beli dengan harga RM 10.

Comments

  1. Ya Allah boleh bergaduh tikam2 dengan pensel gitu, marah betul nampaknya. Itu la kan bukan senang nak puasa bila dikelilingi ramai orang, sangat mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali dlm sejarah perkhidmatan saya.. Tak lena tidur mlm tu tau.. Mmg risau. Mujur mak ayah dia tak panjangkan hal tu...

      Delete
  2. Untungnya Aisy dpt posa arini. I mlm tadi tak larat nak masak sahur sbb letih sgt baru
    balik kg.

    Takutnya dgn situasi pergaduhan tu. I rasa I tak mampu la jd Cikgu. Ngerii... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Belajar dr pengalaman.. Kalau dah ada di tempat tu, sesiapa pun boleh atasinya. U too... Saya rasa kalau jadi cikgu, Cikgu Sam ni akan jadi guru yang popular....

      Delete
  3. Nakalnyaaaa blh gaduh camtu sekali. Huhuhu

    Wahh sedapnya menu berbuka dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. LM, budak nakal ni mmg unpredictable.. Ni kira kes kecil.. Pernah di kls cikgu lain ada pelajar panjat beranda tgkat 1 dan jatuh ke bawah... Tepi kelas saya je waktu tu, terus tgk...risau tul, mujur tak apa apa..

      Delete
  4. Sampai macam tu sekali mereka bergaduh.... besar betul cabaran cikgu2 zaman skrang...
    Alhamdulillah, saya dah ganti siap2 musim sejuk hari tu.. siang pendek sikit.... skrang siang sgggt panjang...

    ReplyDelete
  5. Scary nya baca kisah ni cikgu. Budak2 skg ni, nekad je nak bt apa pun kan? Ikutkan sgt darah panas diroang. Klu mrh, nak membunuh pun dah tak kisah. Aduhai...mintak dijauhkan...seriau n sedih lak rasa.

    Cikgu jaga diri baik2 ya? Jgn push badan sgt. Eloklah amik musim cuti je pose. Kat skolah tu, mcm stress sgt je.

    P/S - TQ atas hadiah yg diberi. Sy mmg suka sgt!! Lmbt ucap terima kasih pulak. Heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome...hadiah biasa je ..

      Tahla, ada risiko tapi tulah cabarannya...

      Delete
  6. Kalau baca menu.... Ni memang betul betul berpuasa ni AN hehe
    Hish... tak takut dah dia dengan cikgukan...siap bergaduh macam tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tidak betulnya okje, haha... ni betul betul punya, sebab suami pun sama puasa, masak lebih sikit

      Delete
  7. Kagum saya dgn insan bergelar guru ni... memang stress kan? Banyaknya menu... boleh share resepi plak nanti... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kina lagi pandai daripada saya, tak payahla resepi lagi

      Delete
  8. owhhh... saya pulak, posa hari kerja. xde sapa nak gaduh kat opis =)
    sibuk buat kerja, sedar2 nak berbuka puasa dah. kalau weekend, hari untuk makan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu bestla, boleh puasa bila bila, cepat habis

      Delete
  9. berani budak2 sekolah zaman sekarang ni kan,masa akak dulu jumpa cikgu tengah jalan pun rasa nak lari sebab takut dgn cikgu,budak2 sekarang selamber je gaduh depan cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun, kalau jumpa cikgu yang tak ajar diorang, jarang yang bagi salam...budak sekarang, ni belum lagi anak anak kita yang lagi 10 tahun, entah macam mana situasinya

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1