Pencuri jahat.. kesian Intan Payung

Benda kalau dah nak jadi macam tu, memang sebabnya ada saja, kan? Uncle Intan Payung( adik Papa N) semalam kehilangan seluar berisi beg duit, telefon bimbit dan kunci kereta semasa sedang solat isyak di sebuah masjid di Seksyen 27 Shah Alam. Padahal bukannya dia tinggal di kawasan tu pun. Katanya sengaja singgah di masjid tersebut untuk mengikuti kuliah selepas solat magrib.

Tak pelik ya kes ni.. saya pun pernah juga hilang beg berisi barang-barang semasa sedang solat di dalam masjid, kira-kira 13 tahun lalu.

Zaman sekarang, orang jahat mana takut Allah atau takut polis kan? Kat rumah Allah pun boleh buat bisnes lagi. Bila adik ipar tu bagitahu AJK masjid yang ada, tentang kehilangan barang, diorang segera bawa adik ipar saya ni meronda kawasan luar masjid. Memang jumpa, seluar adik ipar yang berisi kunci kereta. Beg duit dah lesap, tinggal seluar jeans, telefon cap ayam dan kunci kereta je. Pandai tul, telefon pintar diangkut sekali. Telefon yang lagi satu dia tak nak ambil.. ai.. mengikut kata ajk masjid tu, selalu jumpa sebahagian barang yang dicuri di kawasan tepi masjid tu, memang diorang akan ambil beg duit sahaja biasanya. BIASAnya? Ai, ayat biasanya tu macam dah selalu sangat berlaku macam tu. Nak buat ibadat pun berisiko dah sekarang ni ya?

Benda dah jadi, kan? Jadi pergilah kami beramai-ramai buat laporan polis di balai polis berdekatan. Nak buat satu laporan pun ambil masa lama. Polis tanya macam-macam. Polis yang sama tu juga cakap macam-macam. Yang paling tak tahannya, polis tu cakap yang masjid tu sememangnya banyak kali berlaku kes kecurian. Pernah satu ketika polis kena menjaga di kawasan parking masa waktu solat magrib dan isyak kerana kes pecah kereta berleluasa. Katanya lagi, sekarang pula musim pecah rumah. Tau apa berlaku bila polis tu cakap ayat musim pecah rumah tu? Saya tanya kepada dia, boleh ada musim gak ya, abis polis buat apa?? Haha.. berani betul ya. Tanya gitu pulak.

Polis tu jawab, bilangan polis taklah ramai, jadi polis tak boleh ada di semua tempat. Lojik juga jawapannya. Kita pun kena hati-hati dan jaga barang kita dengan baik. Sudahnya pukul 11 malam baru kami boleh keluar dari balai polis.

Dua orang budak yang seronok di balai polis semalam. Lari sana sini macam kat taman permainan. Bila saya larang diorang supaya diam, diamnya kejap je selepas tu sambung berlari lagi. Ai, budak-budak.

Comments

  1. nasib baik dia tak ambil kereta sekali..sabar jelah ye.moga Allah ganti dengan rezeki yang lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kata polis yg buat gitu biasanya budak2 sek men.. nak duit n hp je.. kereta xambil biasanya..

      Delete
  2. agaknya kat masjid kena pasang CCTV ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada cctv tp bukan banyak.. tapi dh orang jahat.. mana takut apa pun..

      Delete
  3. Kak an..abah Sya pun pernah kena.. dia tunggu org Kat tandas masjid..dulu kan x byk fans as masjid yg ada penyangkut benda mcm seluar ke beg ke.jd org letak atas pintu, jadi bila pencuri ni nampak, dapatlah Kat dia.
    Yg kes adik akk ni, patutnya dah tau tempat tu byk kes, polis x.pyh la tunggu, tp rajin²kan meronda..ajk masjid pun kena peka.nanti dah org x nak dtg masjid tu.lg payah kan..
    tgk, komen panjang ni sbb bengang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La..sian gak abah Sya ya.. tulah kan banyak kena di masjid ni.

      Adik ipar ni xtahu masjid ni banyak kes.. dia baru je singgah solat di masjid ni beberapa kali katanya.. bukan dia tinggal situ pun.. benda yg nak jadi kan..

      Tapi bab ajk masjid tu akak mmg setuju.dgn sya.. patut ada tndakan lebih tegas.. jangan buat berlarutan orang jadi mangsa

      Delete
  4. alahai sekarang ni macam2 kes kan,dalam masjid pun orang dah berani mencuri, taktahulah kenapa.. bila dah tahu biasa berlaku kecurian sepatutnya ambilah langkah2 keselamatan yang mungkin boleh dibuat oleh ajak surau terbabit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah nak jadi kan. Agaknya ada hikmah tu..

      Delete
  5. ye aisy...skrang ni takleh nak ckp...dlm masjid pun org buat kerja...ade lieya tgk vidoe kat fb tu....area perempuan...henbeg letak depan sejadah tu...pada kite dah cukup selamat kan....mamat perompak ni sanggup pakai telekong pastu time jemaah sujud die langkah rembat henbeg2 yg ade...haa bygkan so mmg kene hati2.... tak selamat dah rasenye nak bawak henbeg masuk...nak letak dlm keter pun tak selamat gak kan...adoiiii...tak tau le nak buat camne....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terfikir benda yg sama mcm Lieya.. kalau kata nk tinggal dalam kereta pun, ada risiko juga.. kat mana2 pun bahaya sekarang ni..

      Delete
  6. buat apa ada polis kalu keselamatan xterjaga!terima gaji buta la kot...

    ReplyDelete
  7. mmg penjahat sekarang ni mana takut Allah..rumah Allah pun jadi kerja..mesti byk duit yg hilang tu ye..

    budak2 kan macam tu lah.lagi pulak budak2 Sekarang, polis pun tak takut dah.hehe

    ReplyDelete
  8. Haha.. sampai tahap tu ya.. kesianla pulak .. tp kalau dh macam tu kesnya kan.. kena fikir langkah yang dapat membendung benda ni drp berlarutan

    ReplyDelete
  9. bru ni tbaca di blog kak nadia. cermin keta kena pecah dlm masjid masa singgaj solat di pahang..
    selepas ikut rombongan pengantin

    ReplyDelete
  10. kat masjid pun, leh mencuri huhu (akhir zaman)

    kna hati2 dimana2, kann?

    ReplyDelete
  11. Kalau ya pun suka mencuri, kawasan masjid tu janganlah letak dalam senarai. Melampau pencuri sekarang ni, terlebih educated dah ni!

    Dulu pun saya pernah baca juga kes kecurian yang berlaku di masjid. Pernah sekali kot jadi viral yang jemaah sedang solat tetiba budak lelaki ni dok curi barang masa mereka sujud. Sungguhlah melampau. Dah tak kenal dosa pahala lagi!

    Kesian kat intan payung kehilangan barang-barang. Eh, AN.. .ni nak tanya kenapa nama gelarannya intan payung? Lelakikan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. intan payung ni ambil nama sempena intan payung( Ihsan) dalam cerita Upin Ipin tu.. haha.. intan payung ni naimla yang bagi gelaran.. uncle ni pada suatu masa dulu badan agak besar..

      Delete
  12. Pernah tengok tak ada satu video tu...pencuri pakai telekung ambik bag org masa jemaah pompuan tgh sujud. Mmg kurang hasam sungguh. Dah nama pun pencuri....mmg tak de peri kemanusiaan sungguh.

    Uncle Intan Payung tu dukngan awak ke AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dia tinggal sini.. tapi dah pindah.. barang dia ada lagi sikit kat sini.. yang hari tu entah macam mana dia boleh ke masjid tu..benda nak jadi kan...

      Delete
  13. Amboiii.. Tp tu lah, klu kita yg pompuan ni letak dpn kita pun dorang blh je ambik time kita sujud

    Hurmm hp cap ayam xmo pulak dia ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1