Naim's First Field Trip

Ai, nampaknya pagi Sabtu yang agak membosankan buat mama, papa dan adik. Abang pagi ni ada lawatan ke Farm In The City di Seri Kembangan dengan kawan-kawan dan cikgu sekolah tadikanya. Mulanya mama dan papa ni nak pergi ke mana-mana sambil tunggu abang balik tapi akhirnya terjelepok kat rumah je. Rasa tak sampai hati nak berjalan-jalan kalau kami tak bawa abang sekali. Lagipun kalau ke mana-mana bimbang bergegas sebab kena jemput abang balik selepas tu. Jadi selepas bersarapan kat luar, kami melepak sahajalah sepanjang pagi ke tengah hari di rumah.

Naim seronok betul nak ke FITC ni. Masa cikgunya mula-mula bagitahu pasal lawatan ni, tiap-tiap hari dia ingatkan papanya supaya bayar kepada cikgu. Bila dah semakin dekat tarikhnya tu, mama berkali-kali mengusik dia dengan berkata nak ikut dia ke FITC, tapi dia beriya cakap yang lawatan ni untuk murid sekolah dia je. Mama pulak disuruh pergi ke sekolah mama.

Adik pula seronok betul dia tak ke sekolah. Dia ingatkan abangnya saja yang kena bersekolah. Masa hantar pagi tu, Nazif ni sengaja buat-buat tutup mata seolah-olah sedang tidur. Mama memang faham, jadi bisik kat dia, " Adik mama jaga ya?" Terus Nazif senyum. Amboi, sukalah tu ya. Sampaikan sepanjang ketiadaan abangnya selama enam jam setengah tu, dua kali je Nazif bertanya tentang abangnya. Berlainan sungguh kalau Naim ni. Pernah kami hantar Nazif je, sebab ada hal, Naim ikut kami selesaikan hal tu, memang tak senang duduk dia, dalam sejam pertama memang berpuluh kali disebut pasal adik dia tu.

Bila abang dah balik, mama cepat-cepat tanya pengalaman dia. Jawapan ringkas je mula-mula Naim sampai tu,
             " Naim tengok animals"
Lepas beberapa minit barulah dia bercerita pasal kura-kura, ikan dan lain-lain. Kemudian dia bercerita pasal naik bas dengan kawan-kawan. Sempat juga dia bagitahu, " Tapi kan, tadi Naim masuk toilet girls, teacher suruh!" Ayat tu diceritakan dengan nada sedih. Haha, si abang ni memang akan masuk tandas lelaki je, agaknya sebab suruhan cikgu dia masuk jugalah dengan malunya..Apa pun lega bila banyak yang Naim nak bercerita. Tanda seronoklah tu ya, alhamdulillah. 

Lega kami Naim balik dengan selamat. Papa N pun makanlah nasi dengan aman pada pukul 2 petang. Kalau tidak rasanya tak makan. Papa ni kan, setakat ni kalau anak dia tak ada, contohnya masa Naim pergi ke kelas mengaji Al-Quran pun dia memang tak nak makan dulu. Kena ambil Naim dulu baru makan. Jadi, memang lewatla makan malam kami sekarang, iaitu 9 malam biasanya. 

Muka mengamuk masa dihantar pagi tadi, tak sabar nak masuk ke dalam bas, mama suruh senyum pun dah tak nak. 

Comments

  1. seronok ya nai ikut lawatan Sekolah..pengalaman pertama naim ke?sukalah tu nazif,Abang takde dia sorang je boleh berkepit dengan mama.hehe..aiman ngan Afia ni dua2 pun klu salah orang takde mesti mencari punya!

    penyanyang sangat papa ni.syg betul kt anak.anak tak makan,papa pun tak selera makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa.. ni kali pertama ni.. mujur dekat je tempatnya dan masa tak lama...

      Delete
  2. Seronoknya naim tengok animals
    bila ank2 banyak bercerita..kita sebagai ibu senang hati sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau balik kerja penat pun tengok kemeriahan anak2 bercerita memang rasa lega sangat..

      Delete
  3. anak2 memang seronok kalau dapat ikut serta rombongan sekolah..

    ReplyDelete
  4. Wah seronok naim ye tengok animals...
    sukalah nazif dapat bermanja dgn mama sorang2 ye..comey sangat dia buat2 tido tu ye,pandai sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dia tak tahu abang lagi best boleh pergi jalan2 dengan kawan2 tengok macam2..

      Delete
  5. tak sabar nak naik bas.muka macam tu skali.haha
    excited dia nak pi jln2 ngan kwn2

    ReplyDelete
  6. maybe nazif kecil lg sbb tu dia xrasa kehilangan lg mcm y abg naik rsakan bila adik xde..

    pgalaman y bagus sgt buat naim.. dpt sertai trip dgn kwn2..
    maybe msk ke toilet prempuan tu sbb ckgu y iring tu pompuan... jd, knalah folow cikgu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kot.. nazif ni kecil lagi ya.. tapi naim sejak kecil pun jenis nak semua orang ada dengan dia.. masa pantang nazif, naim baru 2 tahun 6bulan, kami balik kg, papa keje kat sini, dapat jumpa hujung minggu je, naim memang sebut nama papanya sepanjang 2 bulan lebih tu..

      Yang pasal toilet tu, rasanya cikgu sekali gus suruh semua masuk ke tandas.. jadi cikgunya perempuan, suruh masuk girls toilet jelah kan.. lojiknya.. haha.. entah apa kisah sebenarnya..

      Delete
  7. Wah, dapat lepas juga Naim pergi lawatan tadika ya! Seriously ni AN, anak saya si Abang tu, tak pernah dapat ikut lawatan tadikanya dulu. Mommynya ni kalau anak orang lain yang bawa, mulalah dia punya berdebar boleh bawa pitam tau! Hahaha...

    Entah bilalah boleh berubah sikap yang satu ni....

    Seronoklah Naim dapat tengok banyak haiwan di Farm in the City. Saya ingatkan AN dan Papanya nak tunda bas sekolah tu dari belakang. Kalau sayalah, memang saya buat begitu tau. Kalau tidak, memang tak tenang hati ni. Satu kerja pun tak boleh buat sampai anak selamat pulang. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kemain kalau nak ikut naim ke sana ya..haha, padahal saya pernah bagi cadangan gitu pada suami, tapi papa n cakap, biarlah anak pergi dengan kawan2, kita tunggu je kat rumah.. diam jelah saya.

      Abang tak bagi? Kalau masa si adik nanti macam mana pulak? Bagi tak?

      Delete
  8. Papa sama lah cam saya. Klu ank x balik mmg sy susah hati. Qila dulu tiga kali g zoo tiap tahun dr 4-6 tahun mmg g zoo masa kat pasti. Dh balik umah pkl 3-4 tu baru sy blh telan nasik

    Tiketnya mahal sgt la.. Padahal farm tu sblh je ngan umh saya. Ank ramai ni berkira gak la nk masuk situ

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1