Masa kita nanti siapa yang tahu apa keadaannya?
Teringat perbualan saya dengan kawan tentang keadaan kekurangan guru yang sangat mencemaskan sejak kebelakangan ni. Macam-macamlah sebabnya. Ada yang cuti tanpa gaji sebab sakit. Ada yang cuti bersalin. Eh, jom tengok gambar bayi comel dulu.. sejuk hati tengok bayi yang comel ni kan?
Ini bayi paling muda setakat ni, seorang rakan baru bersalin hari Jumaat hari tu. Mommynya kata belum tetapkan nama lagi sebab ikut kepercayaan orang cina kena jumpa tukang tilik untuk pastikan nama bayi tu elok. Ini amoi, leng , aii? Comel lotelah katanya, maminya asal cina kelate, keceknya pun dah macam orang Melayu Kelate..
Ini pulak bayi rakan tinjau kawasan saya. Mamanya ni kaki jalan, jimat duit saya sejak mamanya mengandung sebab dah kurang jalan-jalan sebelum masuk waktu sekolah. Bayi lelaki ni namanya Muhammad Adam Zikri. Budak baik ni, setakat dua minggu usia ni, mamanya kata banyak tidur je, tak penat pun jaga.. amboi kau Nisa, sukalah anak banyak tidur je, macam mana nak kurus gitu?? Haha
Selain daripada ni ada lagi dua orang rakan lain yang juga cuti bersalin. Ada lagi dua guru lain yang ditukarkan ke sekolah lain, jadi dalam jadual relief setiap hari tujuh nama dah wajib ada. Kalau tambah pula dengan rakan-rakan lain yang kebetulan sakit atau kena berkursus kat mana-mana, memang sengsaralah kami.
Tapi kerja sepasukan ni kenalah bertolak ansur ya. Masa orang ni kita kenalah faham dan sabar. Mana kita tahu bila masanya kita pula yang akan kena bercuti. Bagi yang produktif lagi tu kalau masa ni sibuk nak mengata atau mengeluh itu maknanya tak sedar diri. Kang esok lusa awak pulak cuti bersalin, apa yang orang lain nak kata pasal awak? Kalau yang dah habis tempoh tu masuk gak dalam kes ni maknanya lupa diri. Masa muda-muda dia cuti bersalin dulu tu agaknya dia cuti seminggu je kot.. lain-lain dia tak menyusahkan kawan-kawan kot.. ai.. pelik manusia kan?
*sekali sekala entry mengeluh yang mana ssya cuba elakkan buat entry jenis macam ni. Maaf ya..
Comelnya baby adam.... seindah namanya... Semoga baby adam membesar sebagai anak yang soleh dan khalifahNya...
ReplyDeleteguano ter?jom cuti 3 bln..ee tak sabarnya nk cuti ni walaupun kelas f 3 ada 3 kelas...haha.. hari ni hr kita..esok lusa kita tak tau kan!
ReplyDeleteHaha.. tk sempat dah tahun ni kalau i nak join pun.. i tolong relief kawan2 dulu skrg.. cik wan takpe, cemerlang sokmo, takde masalah tu nak cover balik kls f3 tu..
Deleteeh dok tempek pic baby je ni ada apa2 ke AN?!!!tp apa salahnya muda2 ni la beranak ramai2..hiiii
ReplyDeleteSetakat ni belum ada apa2 lagi kak.. budak2 macam ni memang semua comel kan?
DeleteBetul tu Aisy. I pun kalau ada kwn2 ponteng dan perlukan pertolongan (i.e : mintak tunjuk ajar), I fikir benda yg sama.." ini masa dia".
ReplyDeletemoga sentiasa ada mind set macam tu ya.. peringatan untuk saya juga.. jangan mudah lupa diri atau tak sedar diri....
Deleteadoi baby..suka!
ReplyDeletetulah kan dah namanya manusia..pentingkan diri sendiri..dia kira nk komen nak protes org ja.fikir masalah dia ja tak fikir orang lain.lebih kurang sama kt tempat kerja sy pun AN..cuma situasi ja beza..
sesekali apa salahnya luahkan perasaan..amik prngajaran dr sifat manusia yg terlalu aneka ragam
Tulah kan.. bila difikir2 pasal orang ni memang takkan senang hati kita. Jadi doa jelah banyak2 agar kita tak buat macam itu jugak kan?
Deletesesekali perlu juga luahkan perasaan kan, kalau dipendamkan makan hati pulak hehehe... yang suka mengata tu biarlah dorang, inshaAllah lepas ni aisy pulak cuti 3bulan ye..akan doakan tu,moga2 dapat gigirl lak kali ni ye
ReplyDeleteHaha.. insyaAllah.. amin
DeleteNama pun rakan sepasukan, satu sekolah gitu kenalah give and take. Masa orang kita tengok dan tolong dan harapnya bila tiba masa kita, orang pun buat yang sama; tiada yang mengumpat lebih-lebih. Oh, susah juga ya bila tak cukup cikgu ni. Banyak yang nak kena cover. Samalah juga bila bekerja di pejabat ni.
ReplyDeleteBab meluahkan perasaan tu, kalau boleh memanglah kita nak mengelakkan tapi adakalanya kena luahkan juga kalau tidak boleh jadi stress dan angin satu badan menanggungnya. Saya ni pun AN ada satu staff di pejabat yang dari awal saya masuk sampailah sekarang ni, langsung takda berubah menjadi lebih baik. Hati dah tertutup agaknya nak berubah. Entahlah... Kalau dok luah perasaan, tak cukup kotak komen ni. Satu entri kat blog pun tak cukup nih!
cantik blog AN..
ReplyDeletemudah2 turn AN pulak thn dpn ye..
semoga dpt baby girl..
sama2 kita berusaha.. hehehe..
comelnya baby2 ni.. semoga adam menjadi anak yg soleh.
ReplyDeleteTahniah buat mommies yg baru bersalin...conel conel babynya. Udah mengumpul gambo baby tu.....maknanya nak berbaby lew tu hihi....
ReplyDeleteMengeluh tu biasa AN....nama pun manusia.
Ada masa kita terlupa ....