Status bukan penentu segalanya

Cepatnya dah bulan April kan.. bulan ni dua kawan baik saya di sekolah bakal bersalin, ai, kuranglah kawan nak bersembang dan mengadu masalah nanti ya.
Ok, meh terus ceritakan apa yang sepatutnya. Berkaitan status bukan penentu kelancaran hidup sepenuhnya. Hari Jumaat hari tu, saya ternampak jari seorang anak murid yang kelima-lima jarinya mengelupas teruk dan ada kesan berdarah. Adoi.. sedih saya, saya pernah mengalami keadaan macam tu masa saya remaja, jadi saya memang sangat bersimpati dengan keadaan murid ni walaupun saya pernah mengalami keadaan mengelupas jari tu tidaklah seteruk murid ni
Hari ni murid yang sama telah berjumpa dengan saya atas sedikit urusan kelab. Saya pun berikan sedikit nasihat sambil saya hulurkan losen yang saya pakai yang mengurangkan keadaan  tangan yang menggelupas teruk tu.
Selepas murid ni beredar saya pun segera bertemu dengan guru kelasnya. Saya pun bagitahu yang saya bersimpati dengan keadaan anak murid ni. Kawan saya ni segera bagitahu yang dia pun memang terkejut pada mulanya. Tapi agaknya murid ni memang jenis ekzema teruk sampai begitu jadinya. Yang lebih mengejutkan saya, mengikut kawan saya ni, murid ni latar belakangnya memang hebat. Saya pun apa lagi, segera intai borang yang telah dihantar oleh murid tu. Oh, benar rupanya. Hebat sangat rupanya. Pasti dah berjumpa doktor pakar kalau macam ni.
Jadi, bila dah tengok macam ni, status seseorang sama ada kaya atau miskin bukanlah penentunya. Tak kisahla, orang tu kaya sangat sekali pun, kalau dah nak diduga dengan sesuatu tu pasti kena juga kan... jadi, kenalah sentiasa bersikap positif dan tabah menghadapi dugaan hidup kita ni..
*** Buat Puan J, buka pintu hatimu, lapangkan dada dan cuba tenangkan fikiran. Doa banyak -banyak untuk keredhaan Allah, pasti semua masalah akan dapat diatasi, sama ada cepat atau lambat nanti.

Comments

  1. ditempat acik pun ada sorang..tangan dan muka..kalau ikutkan kan latarbelakangnya..mesti mampu jumpa pakar kulit dan mampu bayar mahal..tapi tu la kan AN..dugaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan acik.. dugaan mmg tak memilih latar belakang, semua ada... cara je berbeza kan..

      Delete
  2. sian ekzema teruk mcm tu sekali kan aisy....dayyan ade ekzema gak...mmg 2-3 pakar pergi....beratus gak berabis.... alhmadulillah..berkat mencari dan terus mencari pakar terbaik ekzema dayyan dah okey.....asalkan tak berpeluh n duk tempat berekon okey laa....dulu jari dayyan sampai tahap nak nak bengkok pun sakit kulit2 gelupas...die plak suke menggaru....bygkan sampai mcm tu sekali....skrang syukur sgt dah okey.....

    ReplyDelete
  3. ujian n dugaan mmg dlm pelbagai cara..tp ujian dlm bentuk kekayaan n kemewahan lebih menakutkan..

    ReplyDelete
  4. tu yg org kata sakit ni tak Kira kaya miskin.kalau dah diberi dugaan sakit,duit banyak pun tak guna!perumpamaan je ye..Kesian jugak pada murid tu sebab situasinya lebih kurang en suami.masalah menggelupas yg hampir sama, tapi en suami allergic sabun basuh pinggan..cuma tak berapa teruk sangat kot macam anak murid AN tu..

    ReplyDelete
  5. Ala sedihnya...
    semoga adik tu cpt baik dr pnyakitnya...
    kaya miskin dugaan ttp ada...ujian tk knl siapa ..

    ReplyDelete
  6. Sakit mana pernah mengenal usia, darjat mahupun harta yang ada. Kalau Allah nak duga kita, memang tak dapat nak lari ke mana lagi dah. Mungkin juga ibubapa murid tu dah berusaha cari ubat tapi masih belum memberi kesan yang baik pada penyakit anaknya.

    ReplyDelete
  7. setiap orang lain dugaannya.

    ReplyDelete
  8. salah sorang anak sy pun ada ekzema..mmg fhm sangat bagaimana peritnya bila kna ekzema teruk..semoga keadaan murid tu dipermudahkan & cepat sembuh hendaknya ...amiin

    ReplyDelete
  9. mungkin parents dia dah berusaha bawa dia berubat
    walllahualam..
    moga dia cepat sembuh
    kesian kan sampai berdarah-darah..

    ReplyDelete
  10. Betul Aisy... belum bertemu 'jodohnya' utk budak tu. Cuba Aisy cadang budak tu beli losyen macam yg Aisy bagi dia cuba tu. Keluarganya org berduit rasanya dia pun risau dan kalau tahu mungkin dia pun nak beli..

    Memang kesian kalau sampai teruk. Nak menulis pun tak selesa. Nak makan lagi... alahai..

    ReplyDelete
  11. Kesiannya sampai berdarah...semoga dia cepat sembuh...dugaan tiap kita tak sama...sedey lah pulak..

    ReplyDelete
  12. setuju dgn akak.. semoga anak murid tu cepat berjumpa doc.

    ReplyDelete
  13. Setiap penyakit ada penawarnya..semuga keluarga anak itu berusaha mencari penawarnya..

    ReplyDelete
  14. kak.. suruh dia try sapu n makn vco..baru je sepupu sya bg kat anak dia..alhamdulillah. dah ok..teruk tu sampai berdarah,kesian budak nak makan, nak menulis..

    ReplyDelete
  15. Hai Adey Manis....ada sihat ka? Hihi....
    Gitulah AN... Allah tu menguji setiap hambanya jika Dia mahu, tak mengira kaya atau pun miskin.
    Yang kaya walau diuji lebih bernasib baik sebab ada duit....kalau miskin, bergantung padanasib jerlah...

    ReplyDelete
  16. kasihannya...mungkin cikgu kena jumpa parents dia dan inform, takut diorang tak perasan atau ingat condition dia tak teruk sangat.huhu

    nikmat sihat memang lagi berharga dari nikmat duit

    ReplyDelete
  17. Salam AN..

    Kes tgn mengelupas, kulit jari sgt nipis smpi berdarah mmg sy alami sejak kecik lg. smpi kan bila bercinta dulu sy siap ckp kat en z yg sy ni x kuat sabun. Bkn smua sabun sy blh pki. So jgn marah klu kawen sy xmo cuci pinggan pki sabun murah atau sabun fab buku ke apa cam org2 selalu pki. Byk bla bla bla sy duk cerita kelemahan sy ni

    Dh kawen kurang dah . Cuma x blh kena sabun jenis merepek je lah. Dan.. Syafiq ada ekzema. Dulu kecik2 mmg muka x pernah comel. Pipi berkerak je. Mcm rupa ruam susu x pernah licin

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1