Ini baru sikit, tinggi harapannya
Hati yang berbunga-bunga melihat pokok cili yang sedang membesar di laman sendiri. Pokoknya cuma satu. Baru ada 7 biji cilinya, tapi seronok hati tuan rumahnya ni macam ada sekebun cili..
*perumpamaan untuk kegembiraan ibu dengan kejayaan anak-anak. Kejayaan kecil, pun dah cukup menggembirakan hati ibu.
cuba kira, dapat tak tujuh biji cili....
Beberapa hari yang lalu, ada murid saya menyanyikan lagu ni. Mulanya saya nak marah, sebab Daniel ni menyanyikan lagu ni masa saya bertanyakan kerja rumahnya, seolah-olah nak main-mainkan pertanyaan saya. Macam-macam karenahnya anak-anak 13 tahun ni.
Tapi bila balik, saya tertariklah pula dengan lirik lagu Hazama yang ni, penuh bermakna rasanya untuk dikaitkan dengan anak-anak. Dengan kesibukan kerja mama dan papa ni, anak-anaklah penghibur utama kami.
Lirik Lagu Malaikat - Hazama
Tuhanku Kamu tolonglah
Hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya
Bila ku tiada
Tunaikan semua
Permintaannya kerna
Ku cintanya
Sungguh-sungguh
Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana
Tuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata
Paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela
Lihat senyumanmu
Ini sahaja waktu ku
Di dunia menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa
Untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah
Hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya
Bila ku tiada
Tunaikan semua
Permintaannya kerna
Ku cintanya
Sungguh-sungguh
Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana
Tuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata
Paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela
Lihat senyumanmu
Ini sahaja waktu ku
Di dunia menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa
Untuk kamu
amboi dah bertani pulak cikgu kita..memang..dpt bayangkan kegembiraan tu camna..suka tengok org bercucuk tanam ni tau..hasilnya tanpa bahan toksid
ReplyDeletelor ada jugak anak murid yang macam tu ye..menghiburkan pula dengan lagu malaikat.klu sora sedap nak marahkan pun tak jadi.haha
Haha.. setakat sepohon tak dikira bertani Cik PK.. tapi seronoknya, tiap-tiap hari pergi tengok pokoknya.. ni macam nak makan pun sayang agaknya..
DeleteHaha.. Si Daniel ni budaknya hyper sikit, mmg tak reti duduk diam.. boleh dia macam melawak masa saya tanya.. disambung pulak dengan lagu2... suara taklah sumbang sangat..dia ni marah pun dia buat tak tahu je..
klu Bukan bertani tu apa word yang sesuai?hehe..
Deletejadi cikgu ni memang kena byk sabar kan
Haha.. bertani la juga ya.. takkan nak panggil berkebun pulak kan? Biarla hasilnya sikit je..
Deleteperasaan bila pokok yg ditanam sendiri berbuah, mmg priceless...dpt 7bj cili macam dpt 700 bj ^^
ReplyDeletemmg mendalam maksud lirik lagu hazama tu..
Kan? Bila baca liriknya jatuh hati pulak.. mmg mendalam dengan keadaan sentiasa sibuk ni.. memang mengharap sangat anak2 terjaga baik..
DeleteKita ni usia aje meningkat tapi kalau ada perkembangan positif (walaupun kecil) untuk sesuatu yang kita suka buat atau pada orang yang kita sayang, memanglah berbunga-bunga riang hati ni. Rasa nak melompat kegembiraan aje tapi terbantut bila mengenangkan usia yang tak berapa nak muda lagi...
ReplyDeleteSaya pun baru berangan-angan semalam dok borak dengan kawan-kawan, nak cuba bercucuk tanam. Mereka suruh mulakan dengan tanaman yang mudah- cili ke, daun saderi ke, pandan ke... Tapi tahu ajelah saya ni, asal nak buat sesuatu memang 'THINK BIG' memanjang lepas tu separuh jalan mengecut jadinya. Hehehe....
Saya cuba mencari cili yang ketujuh tapi tak nampak pulak kat mana :)
P.S. Wah, header baru lagi ke ni.....
Header sementara je kot.. rasa tak berapa happy tu yang buat kerja selain kerja sekolah..
DeleteTersembunyi kot cili yang ketujuh tu. Haha.. saja je tanya..
Rahsia tau ni, cili ni saya tak tanam, tapi tiba2 ada anak cili di laman saya, masa mak saya datang hari tu, mak saya gemburkan tanah dan cabut rumput.. saya pun sambung usaha mak saya tu.. agaknya pokok yabg benihnya dibawa oleh burung kot.. atau jatuh drp sampah yang dibuang. Haha.. mcm2 teori saya buat tentang asal cili ni.
Itulah kan, kalau pasal anak ni, mmg tak payah hal besar, yang biasa pun dah boleh buat senyum lebar..
Yang utube UAI saya tengok rasanya UAI kata yang kalau niat nk doakan untuk orang yang kita sayang ok je..
ReplyDeleteHaha.. harap2 xla disambar burung cili2 saya ni.. hari2 tengok ni..
Berbudi kepada tanah memang tak sia2..anak2 saya pun suka lagu ni..peminat hazama dlm umah ni
ReplyDeleteseronoknya pokok cili dah berbuah,bolehlah digunakan nanti tu ya, tak sabar juga akak nak menanam begitu nanti...hahaha berangan pula.
ReplyDeletebetul tu kejayaan yg kecil pun sudah cukup untuk membuat hati kita kembang setaman,apatah lagi jika kejayaan itu berkaitan dengan anak-anak.
wah..dah berubah wajah juga blog aisy ni ye,sweet dan ceria nampak
hepinya bila kembali membaca n3 diblog ini.seronok kan bila bercucuk tanam dan membuahkan hasil.tapi tgn akak org ckp panas bila tanam je pokok apa2 today...esoknya dah mati!hehe...best kan lagu tu...
ReplyDeleteWahh blh tanam cili merah pulak pasni AN. Serai byk2 tu ada lg? Sy br nk hidup lepas pupus dikerjakan siput babi aritu
ReplyDeleteSerai dah xda LM.. silap sendiri.. saya tarik dn tanam semula tp yang tanam semula ni mati pulak.. kena tanam yang lain yg baharu agakny
DeleteCili kitorang plak dah mati.. Aisy, so sad. Kwn I pesan...
ReplyDeletePastikan jgn petik ketika tgh period, haba panas dr bdn kita mungkin buat pokok tu x sihat.
Wallahualam. Entah betul entah Tak..
perasaan bila jd petani ni kan akak masa dh tuai hasil dan makan. hehee.
ReplyDeleteOhhhh ini kisah si Danial tadi yeh.
ReplyDeleteHebatnya menjadi guru ni.....sangat tabah menghadap peel anak murid. Tahniah AN!
Mau tak bangga hasil tanam tangan sendiri.
Nak buat apa ngan 7 biji cili tu?