District 21: my kid's excitement

          Seronok sakan diorang... kejadian lepas si abang balik dari FITC. Jalan-jalan sekitar sini je sebab keluar pun dah lewat petang.
Tujuan asal saya mengajak datang sini untuk bermain boling. Kononnya nak melepaskan tekanan kerja. Rasa nak baling je bola boling kuat-kuat sebagai protes ganti tak boleh lepas stress terang-terangan. Tapi bila datang sini, penuh sesak dengan orang, siap dapat lane dengan menunggu panggilan lagi, memang tak mencapai hasrat mamalah jawabnya. Minta dua lane tapi dapat satu lane je kena kongsi. Abang ni pula kalau main boling dia tak reti sabar, asyik dia je nak membalingnya.  Giliran dia pun dia baling, giliran mama pun dia baling, giliran papa pun ada masanya dia juga yang buat balingan. Nazif dan mamalah yang bosan jadi penyokongnya. 

Akhirnya adik mengajak mama keluar. Dah menangis-nangis jadi nak tak nak kenalah mama keluar ikut dia ni. Jalan ke kawasan District 21, Nazif minta nak naik kereta api. Kus semangat, panjang barisannya dik oi.. tapi demi anak, tahanla juga, beratur sambil mendukung si adik ni dengan sabarnya. Memang sabar sangat masa tu. Tapi apa kan daya, setengah jam berdiri, bila sampai giliran kami, keretapi dah depan mata, tayarnya pancit pulak. Maka, kenalah batalkan hasrat ni. 
Nazif bergambar di sebelah keretapi jelah ya.. tak dapat naik pun takpe.. lain kali ya dik.. 
Maka bermulah keseronokan dua beradik ni. Duit untuk naik keretapi tadi tu ditukar dengan main kereta kecil ni. Rezeki koranglah ya, biasanya kalau ke IOI Mall ni memang kami elakkan kawasan District 21 ni, bimbang lambat nak balik nanti. Dah tak nak rugi duit tadi tu, relakan je budak berdua ni main kat sini malam tu. 

Naim jugalah yang paling seronok, main kereta ni sampai 4 kali. Sampai dia dah buat muka bosanlah yang pusingan terakhir tu. Ha, ingatkan bila muka bosan gitu dah tak nak datang lagi, tapi dalam perjalanan balik dan kat rumah, berkali-kali dia cakap , "Esok kita pergi main car lagi ya.. Naim suka sangat main kat situ !"

Walaupun saya hanya bermain satu balingan je boling, tapi balik semalam tu dah hilang stress yang ada. Korang mesti tahu apa sebabnya, kan?

Comments

  1. seronok naim dapat main yea.hehe..comel jea diorg .

    ReplyDelete
  2. amboi kemain seronok main boling ye naim,.tak kasi chance mama lontar bola
    langsung..stress kenapa tu AN..hal Sekolah ke?

    yg si nazif tu kesiannya takda rezeki naik train..lebih kesian ke mamanya penat menunggu sad ending.haha..dpt naik kereta 4kali?untunglah..janji anak2 happy kan,..kita pun happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, hal sekolah yang tak pernah habis ni.. ai, selagi makan gaji ya.. kena ikut jelah

      Tulah.. bila anak2 happy depan mata, hilang giti je stress sendiri..

      Delete
  3. Seronok je kan tengok budak2 main.. kite pun rse thibur.. hiii

    ReplyDelete
  4. haha.. gitulah klo lyn xtvt dgn anak2 kan.. kdg2 kt kna lah mgalah dah.. hihi..

    tp curlass la naim nazif.. kecik dh main boling... aunty seumur hdp bru skli tau main boling..msa umo 18thn dulu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mama naim nazif ni kan guru boling sekolah, tu yang bawa anak main boling dari kecil, kononnya melentur buluh biar dari rebung.. haaha..terpengaruh dengan peserta MSS yang mak ayah mmg ajar main boling sejak kecil.. hihi.. apa2 yang elok kalau anak suka, kita galakkkan ya..

      Delete
  5. Btl tu time stress kita mesti nk buat sesuatu yg boleh lps kan tekanan tu ... Saya pun dah Mls nk stress mtk tukar , p turun naik jpn ppd bagai ... Balik rumah terkejar3

    ReplyDelete
  6. Kalau dapat bola bowling time stress, haruslah rasa macam nak retak seribukan aje lantai tu ~_^ So, kiranya balik rumah dah kurang sikitlah stress tu. Nak watpa stress sangat pasal kerja, AN... nanti berkerut muka. Kita juga yang rugi cepat tua nanti. Benda yang buat kita stress atau orang yang menjadikan kita bertambah stress, rileks je.

    Untunglah dapat main kereta banyak kali. Lepas ni kena rajin-rajin bawa mereka ke IOI Mall. Kalau ada hajat nak suruh anak jadi pemain bowling negara, kenalah latih dari sekarang. Manalah tau nanti-nanti Naim ke, Nazif ke, adik mereka ke (eh, eh.eh...lelebih pulak....*_*) bakal mengharumkan nama negara. Mama juga yang senyum lebar tak reti nak tutup mulut nanti ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. niat di hati sebelum pergi gitulah, tapi naim je yang dapat baling, mamanya pasrah jelah.. mmg kena betulkan niat dulu agaknya ya.. Haha

      Tahla, saya tak lah ada hajat yang spesifik lagi setakat ni.. ingat nk tgk dulu ke mana minat anak2 dan sokonglah nanti bila tgk ada bakat tu.. kot dipaksa2 kan xjadi pulak..kalau jadi kenyataan memang senyumla mama.. jadi pengurus anak pulak, resign keje cikgu..

      Delete
  7. district 21 ni dah masuk dlm wishlist saya sejak hujung thn lps..menunggu masa & rezki je nak smpai sana hehe (kena tunggu cuti panjang sket, buleh balik rumah mak kt KL, harusslah singgah ioi city mall kejap)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha. Dekat je dr subang ni.. leh datang ya nanti bawa anak2..

      Delete
  8. Tempat-tempat macam ini memanglah aim hero-hero Aisy.
    Mana tak meraung kalau tak dpt apa yg diidamkan. Mesti rasa seronok kalau dah duduk di dalam
    Membayangkan macam dah besarlah tu:)

    ReplyDelete
  9. Syoknya....kalau kami ada pi ke sana, tolong bawa ke situ yer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, ada macam-macam kat District 21 ni.. yang bahagian orang dewasa lagi best.. boleh je kami bawakan, InsyaAllah... bulan 6 ni ya? ada nak datang sini kan?

      Delete
  10. wah best lah dua beradik ni,dapat berjalan dan bermain-main ye.

    ReplyDelete
  11. Samalah macam zarif...kalu dah dapat main tempat2 macam ni melekat....susah nak balik....mau menanges kat situ...

    ReplyDelete
  12. Satu balingan saja? Errrrr.. Terkedu jap. Tp takpe lah. Masa berkualiti dgn anak2 tu dh cukup utk lepaskan tekanan tu kan?

    Sabarnya awk beratur lama camtu last2 x dpt naik gak keretapi tu. sobsss

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1