Rempah segera yang memudahkan saya


Atas permintaan Nur, inilah dia gambar perencah segera yang saya guna buat masak nasi beriani semalam. Teknik gambarnya buat tak nampak jenama, tapi kedua-dua paket ni jenama sama, iaitu Iman. 

Paket nasi daging saya belum cuba.Yang beriani tu, bagi saya dan Papa N, dah sedapla. Naim dan Nazif pun makan ok je, ikut kata Papa N, kalau Naim boleh makan habis tu kenalah dengan selera dia yang sememangnya tak gemar makan nasi. 
Semestinya sesuai untuk ibu bekerja dan tak pandai masak macam saya. Dalam setengah jam dah siap nasinya. 

Ok, selamat mencuba ya.. 

Comments

  1. Terima kasih AN...
    Nanti nak minta tolong adik carikan...
    Lap u so much... terharu pun yer :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh! Sy klu nak bertungkus-lumus msk nasi ni time keje...rs mcm tak dpt je. Nak2 dgn dak ketul sorang tu. Asek nak melekat dgn mommy je. Hehehe!

    ReplyDelete
  3. Nasi Bukhari, Nasi Bryani, pilaf/pilov lebih kurang ajelah AN. Saya pun masak pilov je semalam. Itupun ada lagi tak habis makan. Tak pernah pulak dengar jenama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk bumiputra ni MD, takla mudah jumpa sangat. Takpun kita tak biasa guna, jadi tak oerasan kalau terjumpa pun

      Delete
  4. rasanya ada kat tesco kan kak.
    nak try cari la. sy pon x pernah masak nasi beriani. setakat berdua makan boleh pakai rempah segera je kan.lgi berbaloi..
    thanks kak berkongsi :)

    ReplyDelete
  5. akak biasa guna jenama ni jugak kalau buat nasi briyani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. bagua ya kak. Saya baru kali pertama cuba ni..

      Delete
  6. nak kena cari jugak ni..
    lya bru je google cara buat nasi beriani..
    kebetulan sungguh..kat pasaraya biasa ada kan?


    Salam Ramadhan dari Lya

    ReplyDelete
  7. NS pon ade rempah nasi briyani tu..tp xguna lg..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba tu.. sedap juga..lagi2 kalau org pandai buat lauknya. Saya masak ayam merah je. Nak mudah dan tu je pandai.

      Delete
  8. Selamat berpuasa AN..acik rasanya tak masak nasi2 ni..teringat nanti ngan hero bongsu yang paling suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam tu pulak ya. Alahai. Tak boleh nak telan pulak ya kalau dah teringat anak.. takpe Acik masak lain je ya..kalau Aimy balik baru masak banyak2 bagi dia makan.

      Delete
  9. Knor juga petnah guna jenama, boleh tahan rasanya

    ReplyDelete
  10. sedapnya kan buat sendiri, mesti puah hati :)

    ReplyDelete
  11. hehe..nak kena try gak ni..sesuai sgt wat org yg xberape rajin cam akak ni AN!!

    ReplyDelete
  12. Kelate ke Perak mari tu? Hehe.....
    Yelahkan sekarang ni mmg senang sangat nak masak janji ada kemahuan....

    ReplyDelete
  13. saya klu nasi beriani ni kurang sket..sb lidah kelantan

    ReplyDelete
  14. pernah buat nasi briyani tp dh lama,dah ada rempah mcm ni best juga dicuba lg

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1