Ke Akuaria : panik seorang ibu
Hari Jumaat tu kemain berfikir mana nak pergi hujung minggu, nak menghabiskan cuti sekolah. Mulanya kami merancang nak pergi ke tempat yang sikit jauh, nak bermalam kat mana-mana. Tapi, tiba-tiba saya teringat yang saya kena menghadiri Karnival Pandu Puteri Kebangsaan di Putrajaya pada pagi Ahad. Mana boleh nak pergi jauh kalau macam tu, kan? Kan menangis pulak murid saya tu, tak ada orang yang nak pergi menghantar dan bawa dia balik dari karnival tu.
Jadi, kita pergi dekat-dekat sajalah, pagi Sabtu tu juga baru buat keputusan. Papa N kata, " jom bawa Naim Nazif ke Akuaria, bagi budak-budak ni tengok ikan". Ingatkan tak ramai orang masa cuti sekolah ni, kononnya menjangkakan orang banyak keluar dari KL. Pukul 11 baru kami bertolak keluar dari rumah.
Dah sampai tu, kami letakkan kereta di tempat letak kereta yang berdekatan Akuaria. Mudah jelah macam tu, jalan sikit dah sampai Akuaria pun. Masuk je ke Akuaria tu, mak aii.. ramaiiinya manusia. Bukan CH je beratur panjang nampaknya..Dua barisan panjang. Barisan untuk belian tunai memang panjang sangat, dah sampai ke kawasan medan selera orang beratur tu dan barisan untuk pembelian tiket dengan kad kredit pun boleh tahan panjang. Jadi, bukan kami sahajalah masyarakat sekitar Lembah Kelang yang bercuti dalam Lembah Kelang.
Melihat macam tu ramai orang, saya cadangkan kami makan dulu, dah terisi perut tu, saya harapkan mudah kami berjalan kat dalam sana nanti. Jadi, menapaklah ke KLCC. Dah hancur lemak kat situ. Penat nak sampai tu.
Naim mulalah buat teruja jumpa air. Mencari ikan, agaknya dia ingatkan kat kolam kecil tu nak tengok ikan. Maklumla, baru kali pertama pergi.
KLCC kan, banyaklah benda ni. Kena paw dua kali main. Mujur tak minta tukar token RM 50 lagi diorang ni. Nazif pada masa ni yang sangat beriya nak main. Dia tarik beg tangan saya, sampai terduduk melulut sambil cakap, "mama, nak wit". Sabar jelah dik. Lenguh kaki mama kamu tinjau nak tukar duit seringgit. Bukan tak nak bagi main, tak ada duit kecik tau..
Ingatkan dah kenyang semua, dah main sikit, senanglah kami masuk Akuaria nanti. Tapi, masa kami beratur nak beli tiket, masih ramai macam tadi dan pastinya kalau macam tu, lamalah nak kena tunggu.
Di sinilah terjadi satu kejadian yang buat saya nak menangis kat depan orang ramai tu. Apa pun alhamdulillah tak ada perkara yang buruk berlaku. Semua ni memang salah saya. Saya ibu yang tak cekap. Kisahnya, masa tengah beratur nak beli tiket tu, tiba-tiba ada staf yang menyuruh hanya seorang je beratur tetapi yang lain diminta ke ruangan menunggu yang disediakan. Saya pun bawalah kedua-dua anakanda ni masuk ke tempat menunggu tu.
Lama juga menunggu Papa N datang. Naim mula bosan, sementara saya sedang melayan Nazif yang seronok berjalan antara kerusi yang ada, Naim terus berlari keluar sambil kata, "Naim cari papa ya".
Masya Allah, Allah Hu Akhbar....astarghfirullah hal anzim... mengucap panjang saya masa tu. Korang bayangkan, keadaan penuh sesak orang, lampu tak terang sangat kat dalam tu, anak dah tak ada di depan. Saya ambil Nazif, keluar cari Naim.
Saya dengan tak malunya, menjerit masa tu. Tak kira dah ramai orang pun . Naim, Naim, Bang.. semua nama panggilan yang biasa saya panggil dia. Mata dah mula meleleh air bila panik macam tu.
Tiba-tiba dapat panggilan daripada Papa N. Saya bagi Nazif kepada Papa N dan saya kembali cari Naim. Jauh dia jalan rupanya, saya jumpa Naim di kawasan medan selera. Dia agaknya pergi ke kolam depan esklator tadi. Alhamdulillah, lega. Hilang ketar lutut saya. Allah masih sayang, itu je yang saya fikir masa tu. Anak hilang beberapa minit di tempat macam tu macam satu mimpi ngeri bagi saya. Malah, masa menulis ni, mengalir sekali lagi air mata saya, memang terasa betapa paniknya saya pada masa tu.
Lepas tu, masuklah kami ke Akuaria..
Saya memang tak tanya atau marah apa kepada Naim. Bukan salah budak sekecil itu, mama kamu ni yang tak cekap. Jadi kami macam biasa je. Lepas jumpa dia, memang sepanjang di Akuaria, saya pegang rapat je Naim. Dia seronok sangat tengok ikan-ikan yang ada. Dia yang pegang hp untuk ambil gambar ikan. Dia minta saya bacakan papan tanda yang ada. Ada papan tanda yang sebut, "jangan masukkan tangan ke dalam air" , dia dah tahu tu, heboh dia pesan kepada adiknya supaya jangan masuk tangan ke dalam air. Memang seronoklah Naim mahupun Nazif. Berbaloilah tiket yang dibayar.
Antara paling menarik yang kami ambil semasa dalam Akuaria tu. Seronok Naim mengusik ikan jerung tu nak makan Adiknya kalau adik tak dengar mama cakap. Pandai je dia, lupa agaknya apa dia dah buat tadi.
Itu sajalah kisah kali ni. Semoga kawan kawan yang membaca jadikan kisah saya sebagai pengajaran ya. Itu yang baru beberapa minit, anak yang betul-betul hilang, entah macam manalah perasaan ibunya. Minta dijauhkan. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan hidayah Allah.
allah...boleh rasa ape yg akak rasa....
ReplyDeleteYa Allah.. walaupon sekejap kan.dh tersanya..
ReplyDeletesmga x berlaku lg di lain hari in shaa Allah
tak pernah lagi ke sana.maklum le dh tua, xda apa yg menarik buat tertarik hihi
akak,
blh tahu berapa tiket masuk dewasa?
Dewasa RM 38
Deleteitulah, bawa anak-anak seronokla, benda yang hebat bagi diorang, Naim tu balik pun duk bercerita lagi pasal ikan-ikan yang dia tengok....kita ni biasa je kan tengok ikan, biasa je perasaan..
alrigjt.tenkiu :)
Deleteakak yg membaca ni pun dah bergenang airmata dibuatnya,membayangkan jika akak ditempat aisy,taktau lah mungkin menangis juga...bukan tak pernah terjadi,pernah juga, tp budak2 ni klu ckp nk pergi kat papa,terus je dorg pegi...kita yg mmg kalut ni,taktau la nak ckp apa...minta dijauhkan dr perkara2 yg tidak baikkan..
ReplyDeletebkn aisy tak cekap, tp kdg2 anak2 ni dia taktau keadaan sekeliling yg boleh mendatangkan bahaya atau tidak kan
itulah kan kak, budak ni boleh boleh duduk diam, nak sabar di tempat orang ramai tu, payah bagi diorang.. lega sangat Naim ni tak jalan jauh.. dia nak kembali pada saya juga rasanya, kalu tgk muka dia tu macam tengah cari mamanya..
Deleteminta tak berulang lagilah..
Assalam AN. Masa kami ke aquaria awal tahun hr tu pun sama, beratur panjang.
ReplyDeleteSeronok tgk ikan, tapi aimy takut ngan ikan.. hehe..
Kalau ira disituasi yg sama, ira pun menangis jgk. Skg ni kalau berjalan, rela dukung aimy dpd lepaskan dia. Tp biasa la budak kan, mana nak duduk diam. Semua dia nk explore.
Pernah juga mengalami perkara yg sama. Bukan kat mall, tapi kat sekolah anak2 di sini…
ReplyDeleteMasa tu tuhan jer yg tahu perasaan kita, kan? Dalam kepala saya, bukan takut anak hilang (sbb tahu dia tak pegi jauh)… Tapi takut kena marah dgn abah sbb tak jaga anak dgn betul. Aisyah dah menangis bersungguh-sungguh bila adik dia hilang tu. Kes yg sama, dia pergi cari abah dia tapi dia tak tahu yg si abah dah balik rumah.
Ramai yang ada pengalaman macam ni ya. Apa pun mujur tak ada apa2 kan.
DeleteMasa Amy pergi dulu pun kena beratur panjang jugak.
ReplyDeleteNasib baik dia tak jalan jauh. Masa ni lah adventure time bagi dia org.
Ya Allah.... suspen membacanya.
ReplyDeleteKalau I pun mmg tak akan pedulik apa org sekeliling akan kata..
mmg akan menjerit sekuat hati as long budak tu bleh dgr.
Itulah kan. Saya mengharapkan cepat jumpa Naim tapi masa yg sama dah fikir bukan2 dah. Itu yang jerit je. Tapi rasanya tak ramai yang perasan saya menjerit, sebab keadaan sesak dgn orang ramai masa tu, memang fah bising. Bila saya fikir balik, dasyatnya kalau betul2 hilang. Orang sekeliling buat tak tahu je..
Deletesuspen betul!nasib baik takde pape..bab anak hilang ni mmglah benda yg tak boleh dipandang enteng.apalagi skang ni macam2 kes yg tak sanggup kita nak sebut sadisnya..lg2 dalam keadaan org ramai yg bersesak2..sesaat je leka anak dah kemana.apa pun pengajaran yg baik supaya lepas ni kita semua tak leka..
ReplyDeletesubhanallah!bijak sunggh AN mengolah ayat sampai akak pun dpt merasai bgaimana bila ank hilang walau sekejap..kat tol batu 9 dan batu 11 pun ada gambar budak hilang..xtau la nak ckp
ReplyDeletebila ank hilang dan x ditemui tu!!
Akak ni... ada pulak ya bijak gitu. Saya ceritakan je pengalamna saya.
DeleteSaya dah mengulang 2 kali di Aquaria ni. Nasib baik tak berjumpa last week ya, AN. Si Abang ajak juga tapi saya malaslah. Dah agak mesti crowded tempat macam ni. Aduh, seriaunya saya dengar kisah Naim hilang beberapa minit. Kalau saya jadi AN tak tahulah macamana berdebar nak pecah dada ni mencari anak. Boleh terhenti nafas rasanya. Jauh juga tu sampai ke medan selera. Lagi-lagi kalau orang ramai, dengan paniknya kita hilang anak, tak tahu mana nak mula mencari. Minta dijauhkan Allah perkara macam ni terjadi lagi pada AN dan juga pada kita semua.
ReplyDeleteSebab itu kalau berjalan, anak-anak semua dengan saya. Dua-dua saya pegang kiri-kanan. Kalau semeter je perginya, mahu saya jerit. Tak pedulilah orang tengok ke apa. Anak kita, tanggungjawab kitakan ...
Nasib baik tak berjumpa ye? tak sudi ke jumpa kita?
Deleteitulah, benda yang saya memang jadikan pengalaman dan peringatan tuk diri. Lepas ni dah tak boleh nak pegang hp atau aa apa kalau di kawasan orang ramai macam tu. Tumpu kepada anak-anak je..
Hahaha....nasib baik tak berjumpa bukan tak sudi jumpa! Alahai siapalah saya nak memilih-milih siapa yang patut jumpa. Bukan selebriti, bukan isteri pak menteri pun :)
Deletenauzubillah..semoga Allah melindungi kita dn ank2 kita..saya pergi masa ain sorang lagi..hehe..budak dua ni blm pergi lagi..memang agak gelap kan kawasan dia..ee.tak blh byg..sama2 kita amik iktibar..tnggulah boboi ni besar dulu..tak pun pergi bkn time cuti sekolah kan!kurang sikit orang..
ReplyDeletePernah jugak sampai Akuaria ni ....tp dah lama sangat le... mmg berbaloi kalau prrgi masa budak kecik kecik AN.. .Kalau dah baye TLBD baru nak pergi apa barang? Hehe....
ReplyDeleteMau tak panik anak hilang.....hanya seminit penjenayah dah boleh bawak lari tau....Okje dapat bayangkan macamana perasaan awak time tu AN. Moga lepas ni tak berlaku lagi yeh...takut tau!
Alhamdulillah... syukur tak jadi apa².. kdg² kita memang alpa, bila sekali Allah test macam ni, bagus juga as reminder utk kita. Saya pun sama Aisy.. selalu jugak terlalai bila dengan anak² ni...
ReplyDeleteMMG SGT MENCEMASKAN
ReplyDelete