Menu buka puasa hari pertama


Terima kasih kepada MIL dan Mak Su Rok sebab berikan perencah nasi beriani masa saya ke Melaka pada minggu lepas. Saya mulanya melawak je pada masa saya ternampak banyak paket produk Iman dalam peti sejuk di rumah Mak Su. Pada masa tu, MIL dan Mak Su sama-sama cakap, " kalau nak ambillah". 

Haha.. apa lagi? Mula besar biji mata menengok apa yang ada. Masa saya nak balik petang Ahad minggu lalu, MIL yang masukkan ke dalam plastik lalu dihulur kepada saya untuk dibawa balik. 

Jangan ada yang nak komen, hebat masak nasi beriani tau..tak ada yang luar biasanya oun, sebabnya memang mudah sangat bila guna perencah jenama Iman ni tau. Saya rendam beras basmathi setengah jam. Nak masak tu, tumis serbuknya ikut arahan pada paket, masuk air yang telah disukat, bila mendidih air saya masukkan beras. Tak sampai setengah jam dah masak nasinya. 

Bab lauk tu, atas permintaan Papa N, saya buat ayam merah. Kemudian disebabkan tergoogle resepi kaki ayam, tak jadi saya nak masak kari kari kaki ayam, jadi kaki ayam masak kicap. Cuma derhaka, resepi asal kena goreng dulu kaki ayam tu, tapi saya rebus dengan preasure cooker dan buat kuah lalu masuk je kaki ayam tu ke dalam kuah sampai kuah kering sikit. 

Alhamdulillah selesai puasa hari pertama. Hari kerja entah macam mana kaedah memasaknya. Esok lusa baru tahu. Alhamdulillah juga, walaupun berbuka puasa di rumah, saya bersolat magrib dulu sebelum makan nasi. Lega, walaupun perubahan kecil, namun lebih baik rasanya. ALLAH JUA YANG MAHA TAHU SEGALANYA. Terkenang rancangan tentang penghijrahan Zilla Jalil pada masa menunggu buka puasa tadi. Kalau Allah nak bagi hidayah, sekejap je kita boleh berubah. Semoga Ramadan kali ni, ada sedikit sebanyak perubahan ke arah kebaikan untuk kita semua ya..

Comments

  1. senang ada serbuk segera lagu tu.. mula la rasa nak suruh adik pos ke sini... brand Iman eh? Cer letak gambar sikit nak tgk... boleh?
    Insya Allah, semoga kita istiqamah dalam perubahan2 kecil tu... walau kecil, tapi besar impaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. nati saya buh gamba pembalutnya, ada simpan lagi rasanya, saya pun nak cari juga nanti. Setakat nak makan sendiri anak beranak, dah sedap lah tu. Kalau nak yang lagi sedap kena belajar guna rempah betul2 la kan?

      insya Allah, sikit demi sikit apa yang boleh kan.. asal ada berubah..insya Allah lama2 boleh lagi banyak

      Delete
  2. alhamdulillah.
    dpt juga memasak utk bbuka pada hari pertama kan.kebetulan jatuh pada hari ahad

    jgn lupa akak, menu kedua apa citer pulak k.. saya tunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..hari kerja ni, masak mudah je kot.. tengok hari ni dapat baliknya pukul berapa, harap tak jam jalan nanti..

      Delete
  3. waah...permulaan yg bagus ni AN!!menyelerakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. hari tak keje kak. Lagi pun amik semangat mula puasa.

      Delete
  4. sedapnya.....
    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. Berjayalah kita semalam memasak je tanpa menjenguk PARAM :) Kira itu pun dah satu perubahan besar, bagi sayalah AN...

    Saya pun biasanya makan sikit dulu lepas Maghrib baru sambung makan lagi...Maklumlah waktu Maghrib pun tak panjang mana sekarang ni. Kenalah dulukan apa yang perlu. Lepas tu baru boleh sambung bersilat dengan anak-anak.

    Nampak sedap, tapi kat mana nak cari brand ni kalau teringin masak quick and easy cam ni, AN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik su kata ada di Tesco. Try tgk.

      Itulah, makan dgn anak2 ni, memang mencabar kan. Hari ni entah macam mana ..

      Delete
    2. Betul ke ada di Tesco? Kalau macam tu bila free nanti saya pun nak juga menjenguk tengok mana patut. Kalau masak cam ni senang. Tak payah nak berlauk pauk bagai. Jimat masa mak-mak yang sibuk entah apa-apa nih :)

      Delete
  6. Alhamdulillah...sedap jer nampak nya...sekarang ni senang...dah banyak rempah2 segera nasi beriani dijual...

    Tak lah susah2 macam dulu lagi..semuanya all in one..memudahkan surirumah macam bunda juga..

    ReplyDelete
  7. sy tak pernah msk nasi beriani tau AN..nti nak kena cuba jugak la..sekarang ni mmg mudah,sbb semua rempah dah siap sedia..yg penting ada duit.hehe tp rempah yg ni special la kan..sbb free!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. pandai PK. Sebab percuma tu yang special sgt ni.. hihi..

      Delete
  8. Inilah hasilnya perencah Iman tadi yeh...Nasib tak tanya kat entri sebelum ni hehe...kalau tak sure dah kena penampau hehe....
    Nampak mcm prolah nasi tu AN....bolehlah buat open house Raya ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nasi jelah. Lauk ikan masin je boleh? Hihi

      Delete
  9. moga ramadhan kali ini lebih baik buat kita inshaAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts