Pencetus semangat nak ke sekolah
Dua hari lepas, saya mengeluh cepatnya habis cuti sekolah. Didengar pula oleh suamiku tersayang. Mulalah kena bebel, katanya kalau dah cuti panjang macam itulah, sedangkan gaji dapat. Dush.. tajam menikam kata-katamu itu. Tapi betullah, gaji sebulan walaupun bulan ni kerja berapa hari je. Tapi sebelum korang mengutuk, sambung komen tu, sila pertimbangkan kerja lebih yang dibuat oleh para guru anda ya. Okeh?
Pagi ni, gosok baju cepat, cuba hiburkan diri sambi fikir bagus ke sekolah ni. Mana tahu yang saya bayarkan duit kursus, kawan akan bayar balik. Mana tahu duit belian tudung halfmoon secara online kawan akan bayar juga. Mana tahu duit saya tolong bayar bowler untuk murid Pandu Puteri, murid tu bayar hari ni. Haha.. tapi itu duit di tangan orang kan, tak pasti betul akan dapat hari ni.
Yang betul-betul pencetus semangat saya nak ke sekolah hari ni ialah hadiah daripada MD ni. Dah tahu sampainya masa cuti sekolah lagi, jadi hari ni dapatlah tengok apa bendanya.
Terima kasih MD, macam tahu je sejak dua menjak ni saya suka warna ungu ni. Lawa hadiah ni, sebab ungu kan, saya suka sangat. Make me feel like on the top of the world gitu. Bukan selalu dapat hadiah daripada kawan blogger kan? Thanks.
cantiknya...comelnya..
ReplyDeletesuka ungu?...akak masa pregnantkan adelya pun suka kan kaler ungu..hehehe
ReplyDeleteHaha.. itulah, dulu saya suka coklat, lepas tu saya suka oren, sekarang ni suka hijau dan ungu.
Deletewahh..pencetus semangat nak kesekolah tu dapat hadiah dr MD... hehe.. suka gak purple ni... bila dah lama cuti, pasti mood tu sedikit "tak semangat"....hehe
ReplyDeletesaya pon bru pergi ambik hadiah dri MD di PPL sbb dpt surat cinta kan..
ReplyDelete*akak, tu la dok nampak fradoo ABC kat seksyen 2 tu. smlam dh dpt Abc kat chow kit, bolehla makan tapi blom puas hti sbb xda eskerim.hihihi.
Ha..lain kali ke shah alam pula. Mesti puas hati nanti.
DeleteOf courselah kita pun rasa macam on top of the world bila AN pun suka pemberian kita. Alamak, lupa nak buat pesanan penaja jangan ditayangkan surat cinta tu :)
ReplyDeleteNi tengok takda komen dah lulus, kenalah komen cepat-cepat. Nanti ada je jiran sebelah menyebelah yang happy sesaja nak sound kita kata refresh 18kali nak tengok komen orang lain. Keh3x.
Lega, semua dah sampai ke destinasi. Orang terakhir dah tentulah besan sendiri :)
Haha. Siapa yang tak bgi pesanan awal? Saya jenis ikut arahan, kalau bg arahan memang saya tak tunjuk gambo surat cinta ni.
DeleteHaha. Siapalah jiran tu ya?
Moga murah rezeki MD ya. Banyak tu bg hadiah ld kawan2 semua.
nak ikut hati SB,cuti 2 minggu mmg tak cukup..hihii..sunyi je pepagi ni bila cik hubby awal gi sekolah hari ni,..
ReplyDeleteDah terbiasa suami ada 2 minggu lebih kan?
Deletealhamdulillah..rezeki..
ReplyDeletemood ok aje..sunyi sikit rmh..
Haha, ini nampak macam umi suka anak bersekolah kembali ya..
DeleteAN..walaupun cik gu cuti..tapi masih kerja jugakan..tanda kertas tu kerja juga kan AN
ReplyDeleteBetul2 Acik. Siap hantar murid ke dua acara lagi cuti hari tu. Kosong tangki sebab sesat jalan.
DeleteWahh cantik. Tu salah satu buat hati bunga2 pd hari pertama sek kan?
ReplyDeleteBiasalah.. Nk mulakan hari pertama mmg mcm tu
blh buat letak syiling tu
ReplyDeletewaah...pencetus semangat gitu!!hihi...
ReplyDeleteComel dan anggun!.
ReplyDeleteMcm ni Aisy mmg kena selalu dpt hadiah biar makin
tambah semangat nak gi sekolah.
Dia suka ungu dia bagi orang ungu....tapi dia bagi kita kunen....nasib ada munge orkid ungu kat situ hehe...Tapi mak pun suka jugak warna kunen.....
ReplyDeleteBestnya dapat hadiahkan AN....
Tulah tu....Okje teringin jugak nak bagi AN hadiah.... rasa hutang belum tertunai ni....tapi tulah tu nampaknya kena membanting tulangl empat keratlah ni hehe....barulah rasa puas bagi hadiah dengan hasil mahsul peluh sendiri.
comelnya.. suka bunga pepel tu.
ReplyDelete