Apa yang tak best bila cuti lama..

Ada ke yang tak best bila dah cuti lama ni? Naim tadi, bila saya bagitahu yang esok dia kena ke sekolahnya sebab saya dipanggil ke sekolah, dia mula mengeluh tak nak.

"Naim nak mama je jaga. Tak payah hantar Naim. Kita sama-sama ya mama?" Gaya nak bodek pun ada tu. Siap minta saya janji dengan jari lagi. Sabar jelah.

Mestilah bagi dia best sangat cuti lama macam ni,sebabnya dia dapat main macam-macam sepanjang cuti ni.

Mama bawa ke taman.

Ikut mama bershopping. 

Pow mama beli mainan dan main beberapa permainan yang dijumpai. 

Kalau kena gaya pujuknya, sehari dapat ke taman dua kali. 

Mama yang tak best.. korang main kuat, magrib dah tidur, tapi lepas isyak bangun lagi, nati berjaga sampai pukul 2-3 pagi.. mengantuk woo...

Comments

  1. bestnya..mana ada benda yg tak best klu dpt bersama anak2 AN..kalaulah setiap hari selama detahun boleh camni kan best..mesti naim tambah suka.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Memang best..Banyak duit boleh je. Tak kerja memanjang dan jaga anak kan.. insan marhaein ni payahla.

      Delete
  2. laa berjaga malam ye anakanda ni,
    jenuhlah mama dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. harapnya dah buka sekolah nati kembali macam biasala..

      Delete
  3. hihi..rutin lari ckit la sejak ct ni AN..!xpe la AN,at least bleh luangkan byk masa bersama ank2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari banyak rutinnya kak.. mesti jenuh nak kejutkan Naim bila kembali sekolah Isnin ni. sekarang dia bangun pukul 10..

      Delete
  4. Sebelum komen berkaitan entri ya, nak tanya - mana pi entri yang tajuknya keluar kat sidebar blog saya? Hehehe...tertekan publish lepas tu tarik balik ek.....

    Ok, meh mengomen tentang kisah dalam entri pulak :)

    Of courselah AN, siapa tak suka cuti panjang. Sedangkan kita pun suka, inikan pulak budak-budak. Bestkan kalau dengan pujuk rayu, renungan sayu boleh melembutkan hati mama. Macam-macam dapat pow gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tarik balik sebab risau kot Pn Lina tu tak izinkan saya publishkan idea dia. dia meniaga juga tu...

      Delete
  5. Budak pun dah cerdik Aisy, dia tahu membandingkan rasa bahagia bila bersama mama. Kalau boleh memang nak sentiasa bersama kan.. kadang rasa sayu hati bila anak kata nak selalu dgn kita betul kan..

    Raut wajah-wajah ceria ketika cuti bersama mama nampak jelas dari gambar-gambar yg Aisy tepek.

    ReplyDelete
  6. Cerianya...

    Bila mama dpn mata melayan dia mmg lah dia suka ye.

    ReplyDelete
  7. Yelah....Mama yg jaga dengan cikgu taska yg jaga kan lain AN...Kalau dgn cikgu taska mana boleh pergi shopping....hehe
    Mama tak main gelongsor sekali ke.... maklum aje le kalau dah 2x sehari pergi taman tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mama tak main, kontrol ayu. Kalau xramai orang, main buaian je.. hihi. Kalau ramai, mamanya tengok je buat2 jadi ibu prihatin

      Delete
  8. pukul 2-3 pagi baru tido??? kalau akak dah tersengguk dah tu..huhuhu

    ReplyDelete
  9. hihi..
    suka bayangkan saat ibu2 berdialog dgn anak2. so suwit.. bahagia kan bila anak2 dah blh teman kita ke shoping complex, jln2..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?