I masak ikan patin?
Haha. Penangan masakan ikan patin sedap masa di Temerloh tengah hari semalam. Selama ni saya tak pernah masak sendiri ikan patin di rumah. Kalau pernah ada ikan patin yang dimasak di rumah ni, MIL yang masak. Bukan geli,entahla, sebab memang masa membesar saya tak pernah makan. Tahu ikan kembung, ikan aya dan ikan yang biasa-biasa je. Dah besar dan merantau ni baru belajar makan ikan keli, patin dan ikan sungai yang lain.
Dah sedap sangat makan nasi dengan lauk ikan patin masa singgah di Temerloh, saya ingat lagi kedai tepi sungai tu yang bernombor C10, Papa N pun tanyalah pada tauke kedai tu, mana nak beli ikan patin. Terus kami ke Kg Bangau, beli ikan patin dan bawa balik ke rumah.
Nak kena google resepi masak tempoyak yang sedap la nampaknya. Saya masak tempoyak ikut selera saya selama ni. Tapi bila makan yang betul-betul sedap macam semalam tu, barulah rasa faham kenapa selama ni ramai yang gemar masakan tu.
Anakanda berdua tu tak bangun lagi, pastinya penat lagi disebabkan mandi air, bolehla mama kamu mula projek masa ikan patin masak tempoyak. Sedap ke tak nati?
dah lama tak makan ikan patin nie
ReplyDeleteDh lama rasanya x mkn ikan patin tempoyak....skrg susah nak dapat ikan patin yg xde bau lumpur...selalu dpt yg berbau bila dh di masak...
ReplyDeleteikan patin sungai sedap...
ReplyDeleteKalau sy blend bawang kunyit lengkuas cili api n tempoyak sampai halus... Then rebus bhn blend.. Dah mendidih masuk ikan bunga kantan n daun kesum... Perasakan... Siap........
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesyabas wat AN..akak pun dah lama xmsk ikn patin ni..
ReplyDeleteSaya pun tak pernah masak ikan patin..
ReplyDeletesama kot, jenis tak berapa suka rasa ikan patin… tapi yg peliknya, keli boleh makan pulak
Seumur hidup tak pernah makan lagi ikan patin..
ReplyDeleteapatah lg memasaknya.
Org kata... nak masak tu kena
ada skill, terus rasa tak confident plak jadinya. Nt kalau yr MIL ada
turunkan tip2, jgn lupa share Aisy.
pernah msak ikn ptin tpi sy tak makan.hihi
ReplyDeletejust buat untuk cik abe.
sama la kak saya hnya kenal ikan kembung dan ikan kecik kecik je.
kalau balik kuala kangsar mmg menu ikan sungai sokmo.huhu.
ikan loma la, rohu la, lampan la, semuanya saya blh nk telan..
ikan patin glemer di temerloh,en.azmi org temerloh tp dia tak gemor makan ikan patin...hehehe
ReplyDeleteLepas ni akan lebih keraplah masak tempoyak ikan patin dek penangan kesedapan gerai No C10 tu ya, AN. Tak nak pos ke rumah jiran ke? Walaupun tak makan, dek kerana menghormati jiran tetangga, pasti saya cuba calit sikit-sikit. Hehehe ....
ReplyDeleteOhhh...sampai nak beli ke Tanjung Bangau...mmg sudah jatuh cintalah tu namanya...OKje beli kat Tg Tesco ajos hehe
ReplyDelete