Kumpul resepi

1. Ayam masak lemak cili padi
2. Ikan percik
3. Ayam percik
4. Sup tulang
5. Ayam belado
6. Nasi ayam
7. Ikan taucu
8. Ikan asam pedas kelantan
9. Kari ayam
10. Ikan goreng
11. Kuzi ayam
12. Sup ayam
13. Nasi ayam
14. Nasi tomato
15. Ayam masak merah
16. Ikan bilis kicap
17. Daging gulai kicap
18. Ikan masak tempoyak
19. Kerang masak kicap
20. Tomyam
21. Serunding ikan bilis

Jenuh memikir senarai menu yang boleh disediakan untuk sepanjang bulan puasa. Itu je yang saya dapat fikir, yang mana saya rasa gagah nak masak. Yang hebat-hebat nanti, bukannya biasa masak pun. Takpun, mungkin dengan ramai kawan blogger buat entry nanti, dapatlah tambah ke dalam senarai tu. Yang penting, udang ke sotong ke ketam ke, tak masuk dalam senarai. Kalau teringin beli je yang siap di kedai.

Kalau ke Pasar Ramadan tu, biasanya hari pertama kedua je lalu, lepas tu dah tak berapa nak telan. Masakan biasa di rumah juga yang paling sedap dan bermakna rasanya. Paling tidak kalau ke Pasar Ramadan tu untuk beli kudapan. Itu pun selalunya banyak yang makan tak abis. Aa, kena fikir menu desert atau kuih pulak la. Alahai, saya memang reti sejenis dua je.

Alah, kalau dah tak ada idea atau malas nak masak menjelang hujung bulan tu, makan je kat luar atau buat mee goreng, bihun goreng atau pesan pizza je. Perut dah biasa, biasanya ok je makan macam tu. Tambahla dengan buah-buah lepas tu.

Dah mula pesan biskut raya ke?

Comments

  1. awal prepare resepi ye?
    saya belum apa2 persediaan lg
    posa ke raya semua takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari yg mana mudah n reti masak je. Kumpul jenis masakan sebenarnya

      Delete
  2. semangatnya..knor pun tak sabar ni..tapi bergelumang dengan tempahan..entah sempat msk ke idak..alamat singgah kedai ajelah nmpaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang meniaga memang sibuk sangatla ya bulan puasa ni.duit pun masyuk

      Delete
  3. Amboi AN..panjang senarai.acik muda2 dulu macam AN juga..siap ngan kuih dan bubur...dah tua2 ni kurang dah..masak yang mudah2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kuih n bubur tu ikut mood acik. Tak buat hari2 pun.

      Delete
  4. tahun ni puasa kami suami isteri dah rancang tak nak makan banyak..hidangan hari2 yang simplae dan banyak kan buah je...nak kurus dua2..hahahah..tengok la nanti berjaya ke tidak impian kami nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kami pun masak sejenis dua je sehari. Mmg xsempat kalau balik kerja pun pukul 5.30..sampai dah kul 6 biasa. Mmg menu simple je.

      Delete
  5. bagus btul idea AN ni...akak pun terpk gak nak wat kuih apa wat berbuka coz dah lama xbuat kuih!Skrg ni pun tgh ganti puasa asyik bli jer kuih..lompt tikam,akok dan kasui..

    ReplyDelete
  6. wee ha.. chaiyok2.. cik azue dulu time kerja sampai umah standard jam 6.20 @ 6.30 ptg.. masak macam tak cukup nafas.. sudahnya, lepas sahur, siap masak dulu apa nak masak half-cook then simpan peti yes, balik, panaskan lauk tu n tambah perasa atau santan mana perlu.. tapi lauk satu dua jer.. kikiki...kadang kalau tak sempat,,, buka dgn kueh dulu.. beli? jarang sgt.. kikiki.. skrg dah kerja sendiri harap anak dpt buka dgn lebih sempurna hendaknyer..

    ReplyDelete
  7. wow terbaik laa aisy...nanti leh lieya tiru...lieya pun jenis masak sendiri menu berbuka..simple2 pun takpe asalkan masak sendiri...kuih2 beli jek...tapi wajib beli tepung pelita laa heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boleh je nak tiru. Saya belum tentu masak semua tu. Kalau berdisplin tahun ni, insyaAllah

      Delete
  8. ish ish... kena plan awal2 jugak nih, takde ler masuk bulan pose dok fikir pasal nk masak apa jer kan. dah ada dalam jadual gitu hihihi

    ReplyDelete
  9. Nak kena pikir jugak nih hihii. selalunya time puasa boleh balik awal skit. sampai rumah kul 5.30, so memang takdelah nak pikir pergi param... pergi pada hari pasar malam jer, untuk restock barang dapur.

    ReplyDelete
  10. Wag byk nya menu.. Hihi. Saya mmg masak lauk bln puasa sbb sy ni malas nk masak pagi2. Lauk sahur tu sy mkn dr yg masak utk berbuka tu

    ReplyDelete
  11. wah resepi dah berjela-jela….
    Kami masak jer mana sempat… baru teringat nak minta adik pos serunding daging utk bukan puasa nanti bila tgk entry ni….
    tempah biskut raya? Huhuhu, sendiri bikin aje la nampak gayanya… tu pun kalau sempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. harapnya jangan saya ni hangat2 tahi ayam pulak ya. Tapi kalau ikut tahun lepas, mmg jarang beli, banyak masak sdiri.

      Delete
  12. Wow Adey Manis.... sudah kumpul resepi nampaknya....hehe...Dah tak sabar nak masak ke?...Nampaknya ayam masak lemak cili padi
    jadi pilihan pertama ....Tau dah okje menu hari pertama puasa jiran sebelah..
    Macam okje ni nak pesan dgn siapa AN.....pesan dgn diri sendiri ajelah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Masak lemak cili padi ni mmg kegemaran suami. Masaklah 3 kali seminggu pun dia makan je. Itu yg masuk dalam no 1.

      Haha.. pesan diri sdiri lagi sedap tu. Saya masak ikut suka hati saya je.

      Delete
  13. masak sendiri puas hati
    pastu boleh proceed ke sahur
    kalu yg beli kadang cepat basi

    ReplyDelete
  14. wahhh..seronok nya dah ada list nak masak sepanjang Ramadhan... hehe.. boleh lah nak copy sikit2.. :)

    ReplyDelete
  15. ingatkan resepi apa la yg dikumpul,ruoanya resepi utk ramadhan nanti...hehehe
    akak taktau la bole memasak ke tidak dgn bidadari kecik yg manja tu..skrg ni pun dah jarang2 memasak

    ReplyDelete
  16. No. 16 tu mmg favorite.... sedap tu utk menu sahur.
    Kalau utk buka pulak.... I ikut mana yg hubby suruh masak...
    menu2 simple je.

    ReplyDelete
  17. dah siap menunya ye kak.saya tahun ni in shaa Allah memasak kembali la kot.tahun lepas ikut mana dan aje.sbb meniaga kat bazar ramadhan kan.. cik abe pon makan biasa2 aje last year. nasib memahami.

    biskut raya...mmmm.. blom lagi.. tapi dh bhajat nak makan almond london sepuasnya ni..

    ReplyDelete
  18. Oh, dah siap senaraikan apa nak dimasak! Saya memang menunggu senarai daripada kawan-kawan alam maya tahun ni. Barulah datang idea nak masak apa untuk berbuka. Hajatnya kali ni memang tak mahu beli di PARAM. Mesti mahal dan muak. Rasa pun belum tentu sedap mana. Masak yang simple-simple aje di rumah. Macam masak dinner biasa. Tapi nak juga top up dengan kuih-muih. Itu yang saya fikir camna nak buat. Balik kerja dan ambil Abang, mahu 6 petang sampai rumah. 1 jam tu harap sempatlah buat persediaan berbuka...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?