Posts

Showing posts with the label Akuaria KLCC

Ke Akuaria : panik seorang ibu

Image
Hari Jumaat tu kemain berfikir mana nak pergi hujung minggu, nak menghabiskan cuti sekolah. Mulanya kami merancang nak pergi ke tempat yang sikit jauh , nak bermalam kat mana-mana. Tapi, tiba-tiba saya teringat yang saya kena menghadiri Karnival Pandu Puteri Kebangsaan di Putrajaya pada pagi Ahad. Mana boleh nak pergi jauh kalau macam tu, kan? Kan menangis pulak murid saya tu, tak ada orang yang nak pergi menghantar dan bawa dia balik dari karnival tu. Jadi, kita pergi dekat-dekat sajalah, pagi Sabtu tu juga baru buat keputusan. Papa N kata, " jom bawa Naim Nazif ke Akuaria, bagi budak-budak ni tengok ikan". Ingatkan tak ramai orang masa cuti sekolah ni, kononnya menjangkakan orang banyak keluar dari KL. Pukul 11 baru kami bertolak keluar dari rumah. Dah sampai tu, kami letakkan kereta di tempat letak kereta yang berdekatan Akuaria. Mudah jelah macam tu, jalan sikit dah sampai Akuaria pun. Masuk je ke Akuaria tu, mak aii.. ramaiiinya manusia. Bukan CH je beratur pan...