In the house

Ai semua. Assalamualaikum..
Meriah nampaknya entry kawan-kawan sepanjang saya balik kampung hari tu. Niat di hati nak balik lama, memang tak cukup 3 hari je. Tapi, suami tak boleh cuti lama, dan mengenangkan kertas soalan yang belum lagi habis ditanda, maka kenalah juga balik ke sini.

Sampai sini petang semalam, saya diserang gastrik. Petang masih manja-manja rasanya. Sempat lagi melayan anakanda berdua berkaraoke dalam kereta. Masa lagu abc, abu ada ayam, ok lagi mamanya. Bila diorang nyanyi lagu sandiwara cinta, makin menjafi sakit perut tu. Tapi, lepas disuapkan dengan gula-gula, sakitnya hilang pula.

Sampai kat rumah, ingatkan dah baik. Seronoknya mengemas dan menonton cerita korea. Kat kampung memang tak sempat nak hadap tv, asyik makan dan sembang je.  Menjelang tengah malam, sakit perut menyerang lagi, hampir berguling-guling jadinya. Dah lama tak kena gastrik teruk macam ni. Akhirnya pukul 3 pagi baru saya dapat melelapkan mata, itu selepas menelan dua biji ubat tahan sakit. Memandai sendiri, ubat angin atau gastrik dah lama tak ada, tak tahu nak buat apa, ubat tahan sakit jadi gantinya.
Hari ini pula, kepala berdenyut-denyut. Dugaan lagi. Lepas lena sekejap, sambung menanda kertas soalan.

Anakanda yang gembira sebab tak dihantar ke sekolah hari ni. Lepas dibawa ke taman, masa balik ke rumah, Naim makan nasi sampai habis. Bila diberitahu mamanya sakit kepala, Naim suruh saya tidur. Naim tak bising, katanya.

Terharu ......

Comments

  1. La ... padanlah senyap aje rupanya dah selamat balik kampung dan balik ke rumah semula :) So, dah ok ke belum ni? Kalau tak sihat kenalah rehat. Bagus Naim ni tahu dia mamanya sakit, tak mahu buat bising. Siapa tak sayang emak, ya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok sekarang. Tulah pasal senyap. Tapi balik pun kejap je. Tak puas hati .

      Delete
  2. semoga baik2 saja hendaknya..

    ReplyDelete
  3. Lambat makan ke Aisy sampai termasuk angin tu?
    I pernah kena sampai teruwek2.. mcm org pregnant..
    Org kata... painkiller tu yg jd penyebab gastrik (sbb I pernah makan
    masa sakit gigi).. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam agaknya dalam perjalanan balik tak makan sangat perut jadi masuk angin. Biasa makan non stop masa di kampung.. rasanya mmg penyebab gastrik ni ubat3 yang pernah saya makan.

      Delete
  4. Assalam AN..acik pun dah 2 hari diserang gastrik..tapi ubat gastrik memang sentiasa ada.
    Cepat pergi cari ubat ye AN..moga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ok Acik. Kena standby ubat kan. Kalau sakit tengah malam macam semalam tu taklah sengsara.

      Delete
  5. sy pon bru blk dr kg kak.kebetulan mak mertua ikut ke mari jga.seminggu jga x berentry n bw..

    oo akak ada gastrik ye..
    jaga makan ye kak..smga cpat baik..

    bagus naim.. :)

    ReplyDelete
  6. ada gastrik ke??tak leh makan pedas2 la kalau gitu..susah jugak ye.nak mengawal selera lagi2 time makan ramai2 masa berjumpa.

    ReplyDelete
  7. Terharu bila ank faham bila kite tak sihat , sy Esok nak follow up kt Klinik kesihatan pulak sebab Mlm je demam menggigil

    ReplyDelete
  8. ok dah tu AN,walau blk kg dua tiga ari je,mkn pun sedap smpai xnyempat layan tv tu!
    Oic..ada gastrik lak?jg la mkn ya..

    ReplyDelete
  9. hehe..... dah balik rupanya......
    So pagi ni dah elok ke belum perut tu...kalau belum baik, pergi klinik jangan dibiarkan gastrik tu. Makan ubat yg betul...kan dah.... mak dah membebl hehe....
    Ingatkan tinggal kampung dulu...Tapi tulah susah jugakkan...takkan Papa N nak ulang balik ambik pulak.... Sian Papa N balik Kelate sorang sorang pulak ek.... Cukuplah tu terubat dah mak kat anak pompuan dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baik ..alhamdulillah. itulah, kejap sangat saya balik. Harapnya hujung tahun nanti sempat balik lama drp ni

      Delete
  10. alahai kesian AN,tak terbayang camna sakitnya org yg ada gastrik ni.sy klu bab2 sakit ni mmg tak berapa tahan..nak menelan ubat pun tak berapa suka.hehe..

    sekejap je balik kmpg oklah dr tak dpt baliklangsung ye tak..selamat menanda diucapkan.hehe

    ReplyDelete
  11. alahai baiknya naim..tahu mamanya tidak sihat ye, kalu akak pun pasti terharu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?