Umpan ikan bakar dapat baju

Orang kata kalau memancing kena guna umpan yang sesuai baru hasil tangkapannya besar, kan?
Haha.. saya bukan pergi memancing pun..  ini kisah semalam, niat di hati nak pergi ke sebuah butik di Wangsa Melawati kononnya nak cari baju. Anak buah punya hal ni, dia hantar alamat web suruh saya tengok. Katanya baju-baju dan jubah kat situ lawa. Mak sedara ni pun mulalah tertarik. 

Tengah hari semalam, kami keluar, kononnya nak keluar bawa Naim main boling. Walaupun dalam hati mengharap nak pergi ke kawasan utara sebab duk teringatkan jubah yang dilihat dalam website tu. Tiba-tiba saya tersebut pasal buku yang MIL pesan beli. Buku ni saya kirim pula dengan anak buah yang kebetulan pergi ke Pesta Buku PWTC pada minggu lepas. Terus Papa N teringat ikan bakar sedap di Keramat. Saya apa lagi, macam tetiba ada bunyi 'ting' dalam kepala. Terus saya iyakan dan menambah sikit kesedapan ikan pari bakar yang memamg kegemaran suami saya. Pernah beberapa kali kami ke Keramat semata-mata nak makan tengah hari dengan ikan bakar ini.


Dua orang budak kecil yang seronok dapat makan ABC. PK dan MD agaknya tak hairan keadaan ni, ada anak kecil, kan? Biasalah tu kecomelan dan kecomotan kalau makan . Tak sampai separuh nasi mak paknya makan, habis comot baju diorang. Itu yang bila sampai ke rumah mak ciknya, memang dengan baju comot. Perasan tak Naim tu berambut pendek? Baru dipendekkan pada hari Buruh hari tu.

Di kedai ni macam-macam ada. Nasi campur, lauk pelbagai jenis dan rasa, nasi ayam, mee celop, nasi kerabu dan semalam kali pertama kami pesan rojak buah. 

Sedap sangat rojak buah ni. Kekenyangan makan nasi pun masih lagi kami laki bini melantak rojak buah ni sampai licin. Terbayang lagi rasa sedap sos rojak ni.




Inilah dia ikan pari bakar yang menjadi umpan untuk ajak suami ke Keramat ni. Kuahnya yang pedas dan cukup rasa memang tak jumpa lagi di tempat lain. Itu belum lagi cuba ikan bakar yang Okje buat, mana tahu rasanya lagi best daripada ikan bakar di tempat ni? Haha..Kalau tak ada aral, bila diajak suami saya memang tak tolak nak ke sini. Rela perjalanan selama 30-40 minit semata-mata nak makan ikan bakar ni.

Macam panjanglah pula entry ni. Kemudianlah saya cerita pasal baju yang dibeli tu. Rasa letih pula cuci tong-tong air tadi. Dah tak ada catuan air ni, kenalah pulangkan semula tong pinjaman kepada MIL. Apa yang penting semalam tu, hasrat hati dah tercapai. Cik Zilla macam mana? Mesti baju u lagi lawa daripada baju i kan?

Comments

  1. sedapnyeer ikn pari bakar tu AN!comei la bojeng Naim..!!hihi
    xsbr nak bc citer bj ni..tetiba bersambung lak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. comel kan..saya mmg suka Naim rambut pendek, nampak kemas. Dia kecoh cakap dia hensem bila dah potong rambut. Layankan jelah budak nk..

      nati saya rajinkan diri menulis lagi ya. Penat basuh tong air besar tadi..

      Delete
  2. jalan2 cari maka ye...

    mesti rojak tu sdp sgt..sampai teringat2..
    ikan bakar tu wuh..terliur teman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Minggu ni jalan jalan yg dapat makan..
      mmg sedap sangat rojak ni.

      Delete
  3. Alamak!. Rojak itu mengiurkan la Aisy... sib baik ada selonggok jambu batu dlm peti ais, yg dibeli semalam....harus akan I buat sesuatu nanti.

    ReplyDelete
  4. Assalam AN..acik pun suka ikan pari..masak ke..masak asam pedas ke..memang sedap kan..
    acik suka tengok orang pakai jubah..tapi acik tak berani nak pakai..sebab badan telebih berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan pari bukan ukan kegemaran saya biasanya. Tapi masakan di kedai ni mmg cukup sedap sampaikan saya akan makan setiap kali pergi Keramat.

      Samalah kita Acik. Saya tak berani pakai sebab rasa nampak lemak di perut.. haha.. ini saja beli sebab nak pakai masa jamuan sekali sekala.. kalau pakai biasa tidakla nampaknya..

      Delete
  5. Alamak..kecor lah pulak air liur tenguk ikan pari bakar tu...akak pun memang suka pari bakar drp lain2 ikan...rojak tu pun nampak mengancam!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum AN..nampak sedap ikan pari bakar tu...mkn dgn nasi panas2 mmg best tuh!

    ReplyDelete
  7. tabbaik tau telan2 liur ai. Sedapnya pari bakar... kat malaysia jer boleh dapat ikan ni, hmmm mana nak cari kat sini ni... melelehs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. lupa lak ada geng ibu mengandung sini

      Delete
    2. haaaa canner ni... belum dapat lagi ni hihihi.

      Delete
  8. hish..baju tak dop lagi..baru bayangan baju je ada..

    ReplyDelete
  9. best nyer dok KL byk tempat makan sedap2.
    kat melaka ni ada satu la tempat ikan bakar lunch yg best.
    rasa malas masak ~ zooom ke ikan bakar malim :-)
    and buah tu, best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BMelaka pun banyak jugala ... saya yg jarang ke Melaka rasa kat sna pun best..kalau nak makan makanan laut

      Delete
  10. AN, ikan bakar ni kat area Pasar Keramat tu ke?

    So, bila agaknya nak keluar entri dengan baju hasil rembatan terbaru tu? Comel aje Naim berambut pendek tapi tak berapa nak nampak sangat dalam gambar. Setakat comot makan budak-budak ni memang dah tak heran AN. Saya sekarang letak satu beg pakaian spare untuk mereka berdua. Siap dgn baju renang plus towel lagi. Manalah tahu tengah jalan-jalan kat KLCC tetiba mereka nak berenang kat park tu...Baiklah saya selamatkan maruah anak-anak dengan pakaian spare :) Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni di Jalan AU3/ berapa tah.. saya bukan tahu sangat. Tapi yang pastinya kedai ni dekat dengan masjid AU3 tu.. pun tak ingat nama masjid.. haha..

      memang saya rasa Naim lebih kemas bila rambut pendek.. bagus la MD, selamatla anak2 kalau comot pun..

      Delete
  11. tgk dari gambar yng ditepek kat sini pun dah terasa kesedapannyer hehehe

    ReplyDelete
  12. Bj punya pasal guna umpan ikan ye.

    ReplyDelete
  13. Pergghhhh terliur tengok rojak buah tu..
    Telan liur ha ;D

    ReplyDelete
  14. akak, keramat belah mana ni?
    acaner saya tak tahu pon akak ke mari. hihi
    dh dekat dgn rumah sy tu.

    mmm, kedai ni belah ye kot2 sy tak perasan.
    area pasar keramat ke atau sebelah lain?

    cer kabor..

    ReplyDelete
  15. haha..tak dan lagi nak citer pasal jubah tu..dok tengok ikan pari bakar tu,terliur pulak..

    ReplyDelete
  16. kalau bab ikan bakar memang suka tp kt sini byk sgt kedainya sampai xtau nk pilih. nmpk sedap rojak tu.. nyum2

    ReplyDelete
  17. anak kecik masa makan pun boleh jadi complicated kan AN..lagi2 awk yg dua2 pun anak masih keciln ebih kurang sebaya..macam Aiman dah boleh diharap..makan pun dah boleh behave tak comot..cik pia tu je semua nak dcapainya..:)

    ikan pari selalu juga sy makan..tp klu yg kedai punya lagi sedap..:)

    tak sabar plak nk tggu nk tgok baju hasil rembatan.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?