Signature dish kedua

Nampaknya selain nasi ayam, Papa N dah temui signature dishnya yang kedua. Haha.. kaedah psikologi nampaknya memang kaedah yang sangat sesuai.

Mulanya Papa N masak sup tulang kali pertama pada hari Rabu yang lalu. Masa si isterinya tengah puasa ganti hari tu, si suami soleh ni merajinkan diri nak masak nasi dan sup tulang. Tau jelah saya kalau sampai ke rumah paling cepat pun dah hampir nak masuk magrib. Papa N pula selalunya akan balik lebih awal daripada saya. Jadi, dengan arahan ringkas dalam mesej, bila saya sampai petang tu, sup tulang dah tersedia. Alhamdulillah, lega dapat berbuka puasa petang Rabu hari tu dengan sup sedap air tangan suami tersayang ni.

Bila baca semula, terasa kelakar mesejnya. Tapi, yang penting Papa N faham. 

Mulanya Papa N tanya sup bunjut tak ada ke. Maka saya jawab yang memang tak ada dah lama. Jadi masukkan rempah yang ada di dapur je. 

Hari ni pula, sekali lagi Papa N masak sup tulang, kebetulan ada lagi baki tulang di dalam peti sejuk. Katanya nak habiskan tulang yang dibawa oleh PiL pada minggu lepas.Siap bawa sekali periuk tekanan, bagi mudahkan menantu bekerja ni masak sup dengan cepat, katanya. Rupanya anakanda abah sendiri yang masakkan supnya.. hihi..Jadi, walaupun balik dengan penuh perut sebab makan macam-macam masa hi-tea dengan rakan sekolah tadi, tetap merasa sup air tangan suami. 


Sup tulang versi Papa N, suhun goreng kena banyak, ada tambah kicap cili dan asam limau. Bawang goreng jangan lupa.

Bagus... nampaknya sangat berbangga Papa N dengan keenakan sup tulang ni, bila saya cakap lain kali kalau terasa nak makan sup tulang, Chef Wan yang masak, tak ada bantahan kat situ. Siap merancang nak beli sendiri periuk tekanan semata-mata nak buat sup lain kali katanya. 

Alhamdulillah... 

Comments

  1. alahai..comelnye.. :P Tapi memang tak tumis dulu eh rempah seme tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kami masak dgn periuk biasa, mmg tumis dulu rempah biasanya. Sebab saya perhatikan kalau guna periuk tekanan, kalau buat macam tu, kuahnya jadi warna gelap, saya syak kayu manis tu turun warna sb tekanan kuat masa memasak tu.. jadi saya lembutkan daging n tulang dulu, baru campak rempah selepas itu. Itu jelah alasannya. Nak kuah warna cantik..

      Delete
    2. Owh.. ingat resepi lain. Tetibe teringin nak makan sup yang mak buat. Nasib baik hujung minggu ni dah nak balik kampung. Btw, kalau kitorang masak sup pun, kuah tu akan jadi gelap dan pekat. Tu y buat umphhh tu. :P

      Delete
    3. Haha.. selera masing2 kan.. kita buat ikut citarasa kita. Kami gelapkan juga akhirnya, sebab masuk kicap pedas dln sup tu.cuma rasa lagi suka tgk sup dlm mangkuk besar warna cerah sikit

      Delete
    4. Betul. Sebab kita yang nak makan.. hehe :P

      Delete
  2. Terngat pulak zaman acik jeje shif AN..suami acik tak suka mesej2 ni..terus telefon je tanya..sampai sekarang dia pandai masak..kecyali rendang acik kena sediakan bahan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. acik.. masa tu sebenarnya, syaa dlm kelas duk tengah jaga budak exm.. hihi.. sempat bg arahan memasak ya..

      Delete
  3. heeehe..pandai papa N..tetiba rasa nak mkn sup tulang.kena gi pasar nampak gayanya ni

    ReplyDelete
  4. zmn skrg sumer dah senang bila ada bantuan periuk2 canggih ni..asben akak pun suka msk sup tulang,terutama bila semua ank2 ada kat umh..

    ReplyDelete
  5. Nmpk sedap. Siap ada soon ala ala soto lagi. Mkn lak dgn ambl kicap. Perghhh terasa mcm ada kat johor!!! Nyummmm

    Resepi mudah si
    Isteri bagi. X yah suh tumis2. Rajin sungguh papaN masak. Berbunga2 hati mama mkn kan? Ngeeeee

    Bahagia tu tak susah nk cari. Dgn cara ni pun kita blh bahagia kan?

    Mesti ank2 mkn byk klu masakan dari rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aksesori tu macam gaya kami makan sup di rumah MIL.. mng kena ada suhun, kicap pedas, asam dan bawang goreng..
      Haha.. saya tak sangka Papa N masak dua kali. Papa N lak tak sangka sedap hasil tangan sendiri.
      Nazif yang makan banyak. Sekali sedut dia sebut , "sedap".. maka berkali-kalilah dia sebut sedap, yang buatkan papanya senyum lebar..

      Delete
  6. Nape tak ajak sekali okje menikmati sup tulang yg dah semestinya sedap tu.....tambah nasi himpit jadi soto kan AN....Alahai bilalah okje nak rasa sup tulang tangan Papa Zir pulak ni...huhu...
    Masak ni sebenarnya senang jerkan AN.....arahan guna message pun dah jadi sup meletup hehe......cuma malas dengan tidaknya ajekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. La... Okje kan gi Perak.. mana nak makan kat selangor lagi.. makan best la dgn anakanda kat sana tu...

      Betul, rajin dan tidak je jawapannya

      Delete
  7. Dah lama tak buat sup yg bersoon oon mcm tu.... rasa mcm nak buat la nt.
    Org lelaki masak sup selalunya jd lebih sedap!. Cthnya abg ipar I... sedap, dia
    "tumis darat" - means sup tu dia masak dlm periuk lain.. then bwng2 halia sume tumis kat kuali lain sampai garing, then baru campak kat sup tu. Yummy!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau mak saya, tumis darat tu kami buat utk gulai daging..

      Delete
  8. ok juga kaedah psikologi jalan.klu isteri yg kna psiko lagi teruk.hakhak macam komen utk diri sendiri je.huhu..untung AN dpt juga merasa air tangan papa N..sup tulang tu..mmg hebat!

    mmg agak busy sikit AN..TQ ye sudi bertanya khabar kemana menghilang..hehe

    ReplyDelete
  9. Alahai, bagusnya Papa N. Lain kali kalau teringin merasa air tangan Papa N kenalah guna kaedah psikologi selalu. Lepas ni bolehlah PapaN take over tugas memasak di dapur dengan alasan, air tangannya lagi sedap gitu :)

    ReplyDelete
  10. Allhamdulillah..burp. saya yang terasa kenyang baca cerita ni, ha ah comel la mesej arahan memasak sup tu, hihihi. Tapi lain kan makan hasil tangan suami, depa ada usaha nak buat tu pun dah lebih dari cukup kan.

    ReplyDelete
  11. sedap nampaknya tu sup tulang papa N,dah taraf chef wan tu rupanya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?