Tilam emas, cadar intan

Pagi ni sambil saya buat kerja, dihiburkan dengan lagu-lagu Tuk Ti. Angin ke situ hari ni. Itu yang tetiba bila terdengar lagu Cindai, rasa tertarik pula dengan liriknya.

Tilamku emas, cadarnya intan, berbantal lengan tidurku....

Kebetulan pagi tadi masa saya sembang dengan mak, hal ni juga mak saya cakapkan. Syukur apa yang kita ada, kalau mewah sangat pun, belum tentu kita bahagia. Patutnya ada sikit, sedekah sikit, jangan tunggu nak kaya.. memang takkan jadi kalau dah fikir gitu..

Sesungguhnya ganjaran di akhirat yang patut kita kejar... kebetulan saya terbaca kisah manusia ajaib, nak kongsikan di sini.

MANUSIA AJAIB.

Suatu ketika sedang Nabi s.a.w bersiap untuk ke medan perang Uhud, seorang lelaki bernama Amar bin Tsabit bin Waqsy Ashaly datang menemui baginda. Beliau terus meminta Rasulullah menerimanya masuk Islam dan terus ingin ikut serta berperang bersama Nabi dan kaum Muslimin.

Nabi menyambut kehendak Amar dengan gembira, lebih lagi beliau rela akan maju bersama Nabi ke medan perang membawa bersama pedangnya yang terkenal tajam. Peristiwa ini terjadi tiba-tiba dan kaumnya masih belum mengetahui kejadian itu kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan.

Di medan perang Uhud yang hebat itu, Amar memperlihatkan keberaniannya. Maju ke depan sebagai mujahid, maju dan terus maju sampai saatnya beliau terkena pukulan musuh dan terjatuh lalu pengsan.

"Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul, kerana itu aku berperang". - ayat terakhir Amar sebelum meninggal dunia.

Ketika berita kematian Amar sebagai pahlawan syahid sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w, baginda terus berkata
" Amar itu akan berada di syurga".

Demikianlah dengan kehendak Allah, seorang manusia ajaib yang terus masuk ke syurga tanpa beliau pernah solat, puasa dan lain-lain.

Semoga memberi sedikit ilmu untuk semua.. petikan daripada buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah- saat kelahiran sehingga kewafatan.

Comments

  1. saya pun suka dengar lagu dato ct.Especially kesilanpanku keegoanmu.Comel sangat ct masa ni.Kalau lagu etnik kurik kundi.
    Aah.Saya selalu cakap dengan anak2 walaupun rumah kita kecik dan tak mewah tapi kita bahagia kan!

    ReplyDelete
  2. betul tu...tilam yg buruk pun susah nak bangun solat tahajud...yg empuk entahlah..

    kena mantapkan iman lgi..
    untung org yg soleh terdahulu dr kita..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah syukur dengan apa yang kita ada kan AN

    ReplyDelete
  4. subhanallah..camner agaknya tu kalu tdur bertilamkan emas n bercadarkan intan!!!
    best citer tu..nama Ammar ni sama ngan yg mati syahid tu..teruskan perkongsian ilmu ni AN..

    ReplyDelete
  5. eh tok ti penyanyi pujaan abag sy..so dr kecik mmg membesar dengan lagu2 beliau.abg dengar adik pun tumpang sekaki la kan..hehe

    bertuahnya amar menjadi manusia ajaib..syurga tempatnya..:)

    ReplyDelete
  6. Salam nak tumpang lalu jap ...

    Namamu kuseru. Silalah jawab bila ada peluang nanti tanpa paksaan. Hehehe ...

    http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  7. n3 yang bermanafat ni , sesautu utuk kita sama2 fikirkan

    ReplyDelete
  8. Ingatkan Tuk Ti mana…. bila baca lirik tu, mcm familiar pulak… Pernah juga minat Tok Ti ni masa muda2 dulu.. dah tua2 ni, lain pula halwa telinganya… hihihi
    Sikit2 lama2 jadi bukit…
    Perkongsian menarik… Mampukah kita jadi seberani Amar?

    ReplyDelete
  9. lagi kaya lagi pening kot duk risau pasal duit duit duit jer kan, yang penting syukur dengna apa yang ada dan manfaatkan sepenuhnya, wah kalau komen jer tak agak2 i ni... hhihihi

    ReplyDelete
  10. kisah tyg menarik.

    lagu tokti my peberet.. hihi..

    ReplyDelete
  11. btol la. banyak duit pun susah hati jugak. baik la beserhana kan.

    ReplyDelete
  12. Lagu TokTi ni best kalau sesekali dengar. Dengar banyak kali pun best gak sebenarnya sebab suara merdunya tu tak sama ngan suara kita di rumahkan ...

    Pada saya hidup biar berpada,kalau kaya-raya pun tapi hati tak senang, tak guna juga segala harta yang melimpah ruah. Bersedekah ikut kemampuan. Mana yang mampu diberi, kita berilah. Kalau tak mampu nak dibuat macamana ...

    ReplyDelete
  13. minat juga dgn lagu2 tok ti ni

    ReplyDelete
  14. Tok Ti dahlah come....lagu pulak sedap sokmo....kan ....
    Untunglah jadi mujahid Amar dah tentu kehidupannya di sana, nasib kita ni macamaalah agaknya kan....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?