Kedai buku murah dan banyak pilihan di Shah Alam

Sebelum ni,  satu dilema bagi saya. Nak beli buku untuk anak-anak bawah 5 tahun ni. Nak mendedahkan anak kepada dunia yang penuh cabaran ni dengan penuh persediaan azamnya. Tapi bila beli, hayatnya tak lama. Buku noddy yang suka sangat Naim baca tu pun sekarang dah ada yang jadi arwah. Ha, macam mana tu? Tak belikan pun tak kena juga, kan?

Jadi, bila ada kawan mengajak pergi ke kedai yang kononnya murah, apa lagi, saya cepat-cepat setuju mengikut. Ai, nak beli untuk guna masa cuti sekolah nanti. Naim ni jenis tak boleh buat sesuatu benda lama-lama. Jadi, kena ada banyak bahan untuk melekakan dia.

Bila dah sampai sana, rambang mata jadinya. Memang puas hatilah pergi memborong buku kanak-kanak di kedai ni. Tiga tingkat kedainya, kat dalam tu macam-macam yang ada.
 

Buku -buku yang diletakkan di tingkat dua, kebanyakannya dijual dengan harga RM2 dan RM 1.. tak percaya? Tengok harga pada tag merah dalam gambar kat bawah ni. Banyak juga buku yang dijual dengan harga macam ni. 

Oklah ni untuk Naim buat latihan abc dan 123. Semalam  dah cuba pun main-main dengan dia. 
Untuk Nazif pula, buku-buku yang macam ni dijual dengan harga RM6.90, murah kan? 
Mainan pun banyak dijual kat sini. 

Nama dan alamat kedai ini, saya tuliskan di sini. Kot ada yang nak pergi beli. 

MRKB AGENCY

No 22, Jalan Nelayan 19/B,
Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Landmark : Bersebelahan Salam Hospital dan berdekatan De Palma Hotel.

#p/s : ilmu pendidikan anak yang baru saya belajar hari ni. Kena rajin survey kalau nak jimat belanja. Kawan saya ni, memang pandai berjimat dan dia tekad meng'homeschooling'kan anaknya. Umur 5 tahun baru nak dihantar ke sekolah, jadi sekarang ni, di usia sebaya Naim anaknya telah sikit sebanyak mengenal asas ilmu tadika dengan didikan mamanya. Kagum saya. Kawan ini, tengok daripada internet dan bertanya kepada kawan yang anaknya telah bersekolah, kemudian diaplikasikan sikit demi sedikit. Oh ibu, banyak pengorbanan... betul kan? Ambil pengajaran untuk diri sendiri yang asyik penat je. 

Comments

  1. Salam

    Tq awk, nnt nk carik. Buku klu dah harga 6-7 ringgit si syafiq conteng2 koyak sayang gak rasa nk beli. Klu murah blh beli byk sekurang2 nya melatih dia pegang pensil dgn baik.

    Sy perasan ada ibu bapa yg x dedah ank dgn ilmu menyonteng ni akhirnya ank mereka x reti pegang pensil pun masa g tadika. Sedihnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi itulah kena cari yg murah2 kan.. nak beli pun tak rasa ralat sgt bila anak conteng suka hati.

      Delete
  2. memang penat layan kerenah anak2
    tapi ganjarannya nanti sangatlah besar kan
    insha Allah :)

    ReplyDelete
  3. tq.. boleh la nak cari buku latihan kat budak sekolah rendah tahap satu ni.. hihihi.. kalau sempat pergi lah.

    ReplyDelete
  4. memang pun.. org s.alam mmg dtg sini..buku teks pn senang cari

    ReplyDelete
  5. hihi...dah tahu tmp senang la bila2 nak cari bk lagi..

    ReplyDelete
  6. mmg didikan awal dr rumah tu penting..at least anak kita dh kedepan bila mula tadika nti..sy pun byk juga masa yg dibazirkan utk didik aiman dr awal..ada tu ada..tp macam tak cukup byk n tak cukup konsisten buat..hehe

    ada kedai buku yg bahan pembelajaran murah cmni bestlah..semakin kerap kesini nmpknya nti

    ReplyDelete
  7. Kalaulah dekat, nak juga pergi meninjau. Alasan lagi... itulah ciri-ciri Mommy yang pemalas! Anak-anak saya buku banyak di rumah, tapi semua pun kena beri 'kerahan tenaga', kalau tidak macamana saya susun, macam itu jugalah buku-buku tu selamanya.

    ReplyDelete
  8. memang murah la... best giler. buadk2 ni kan cepat bosan dengna buku sama, bagus la u dah jumpa kedai yang murah.

    ReplyDelete
  9. ai...akak google nak cari buku murah2 utk anak2 terjumpa kat blog aisy..wah bagus nih,
    memang bercadang nak beli buku,utk diberi pada kawan2 taska adam adrien sempena hari lahir dorang nanti,asyik beli jajan je,kali ni nak beli sesuatu yg bermanfaat pula,buku2 mcm ni mmg sesuai dah ni..

    ReplyDelete
  10. Ooo..kat sek 19 kedai ni...nanti2 kalo balik ke rumah mak saya di usj, bole la try singgah sini :)

    ReplyDelete
  11. Suami kita pon suka pergi Kedai tu.. Wp jauh drpd rumah

    ReplyDelete
  12. kalau nak cari wooden education toys yang pelabagi bentuk jenis untuk perkembangan anak seawal 2 tahun hingga 6 tahun pun boleh lawat sini www.montessoriestoys.com atau https://www.facebook.com/graduatekids/

    ReplyDelete
  13. Buku teks bahasa melayu tahun 1 ada jual ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?