Lawatan ke Rumah Ehsan, KKB

Sibuk sangat kononnya ya.. ai, apa nak jadi.. dugaan.. Alang-alang dah lega sebab saya berjaya siapkan pembetulan minit mesyuarat pengutuhan, saya nak ceritakan kisah saya dan anak-anak murid ke Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu.

Hari Selasa yang lepas, pukul 6.45 pagi saya dah keluar dari rumah, sebab dah bagitahu dengan murid kena berkumpul pada pukul 7 pagi. Bila saya sampai tu tak ramai lagi yang ada. Legalah kat situ, taklah terasa bersalah keluar lewat sebab menyusukan Nazif dulu sebelum itu.

Biasalah kalau rombongan macam ni, selalunya ada seorang yang buat hal. Ada seorang murid ni sampai pada pukul 8.10 pagi. Kawan-kawan lain dah kenyang makan sebungkus nasi lemak baru murid ni sampai. Jadi, akhirnya kami bertolak ke Kuala Kubu Bharu pada pukul 8.20 pagi.

Perjalanan hampir sejam 40 minit tu saya sempat tidur. Maklumlah jenis kalau nak pergi ke tempat lain atau ada kerja yang lain dari biasa, memang 10 kali terjaga malam sebelum tu. Padahal kalai malam biasa, letak je kepala terus lena dan bangunnya bila Nazif nak menyusu padal pukul 5 pagi. 36 murid yang mengikuti rombongan ni banyak betul tenaga. Sepanjang perjalanan diorang ni buat bising dan bergelak ketawa. Bila sampai kat sana pula, beriya bergambar dengan cerianya. 



Kaunselor memberikan sepatah dia kata sebagai ingatan kepada murid-murid sebelum sampai ke Rumah Ehsan. Walaupun kebanyakan murid yang sertai lawatan ni murid yang dari kelas pandai, namun ingatan diberikan juga supaya murid tak buat perkara yang mungkin mengganggu ketenteraman warga di sana. 



Setibanya di Rumah Ehsan, kami dikumpulkan di dewan lalu diberikan taklimat oleh Penolong Pengetua, En Kholid. Semasa diberikan taklimat latar belakang penghuni kat sini, murid-murid mula diam. Saya tengok muka diorang masing-masing seolah faham keadaan. Saya sendiri pun sedih dan terharu, mesti diorang pun sama. 

Alhamdulillah, saya patut puji murid-murid ni. Walaupun masing-masing kebanyakkannya datang dari latar belakang senang, namun diorang menunjukkan sikap yang cukup baik. Cukup pandai diorang bergaul tanpa menunjukkan geli atau segan kepada warga tua yang semuanya kurang sihat. Kebanyakannya memeluk dan cium nenek dan atuk di situ seolah-olah ahli keluarga diorang. Malah, saya cukup kagum dengan beberapa murid yang menunjukkan ciri seolah-olah kaunselor, betapa matang dan bijak mendengar luahan dan melayan kisah yang diceritakan oleh warga di sana. Perangai kanak-kanak ribena yang ditunjukkan sepanjang perjalanan tadi seolah-olah dah hilang terus. Walaupun semuanya datang dengan telefon bimbit yang canggih dan ramai yang bawa monopod, namun diorang mematuhi arahan tidak bergambar di dalam asrama supaya tak mengganggu para penghuni. Malah nyanyian dengan iringan gitar dipersembahkan dengan penuh ikhlas sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada warga di sana. 

Yang pastinya, ramai yang balik dengan mata yang merah kerana menangis sepanjang beramah mesra dengan warga di sana. 

Satu pengalaman yang menarik bagi semua murid dan guru yang mengikuti rombongan ini. Info baru bagi kami, kewujudan Rumah Ehsan yabg hanya ada dua buah di Malaysia ni berperanan untuk membantu golongan yabg tak berupaya menguruskan diri sendiri. Tak sangka, namun hakikatnya benda ini terjadi iaitu ada di antara warga di situ yang dimasukkan ke situ kerana ahli keluarga tidak msngambil mereka semula dari hospital lalu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengantar mereka ke pusat jagaan ini. Malah, saya kagum dengan sikap positif warganya, ada yang sempat melawak bahawa diorang ialah orang yang paling kaya, kerana semua aktiviti dilakukan di atas katil sepanjang hari. Tabahnya diorang ni kan?

Semasa kami balik tu, sepanjang perjalanan saya tak tidur. Saya banyak terfikir apa yang diperhatikan di sana. Kagum dengan sikap positif warga di sana, walaupun ditinggalkan oleh ahli keluarga namun masih mampu meneruskan kehidupan dengan ceria walaupun mungkin kerinduan dalam hati takkan ada sesiapa yang tahu. Saya juga tak menyangkal kata-kata En Kholid yang pusat jagaan orang tua bakal menjadi satu perniagaan yang bagus pada masa akan datang.

 Sesungguhnya tiada siapa mampu meramal masa akan datang. Hari ini kita sihat, esok lusa kita tak tahu kita masih sihat dan berupaya lagi ke tidak. Semoga kita ada kesudahan hidup yang baik.

Comments

  1. assalam AN..kalau bulan puasa dan nak raya selalu ada ditv kan..masa tu acik tengok memang sedih..itu nasib dia orang..nasib kita tak tau lagi..

    ReplyDelete
  2. sayu hati baca entry ni..sy plak yg terlebih emo..bagus juga aktiviti macam ni..mampu mendidik walaupun tak mampu bayangkan bagaimana kesudahan hidup kita bila dah tua nanti..Tahniah kepada semua anak2 didik yg begitu prihatin

    ReplyDelete
  3. Harapnya anak-anak kita tak terniat nak menghantar kita ke sana bila kita dah tua nanti :( Sedih pulak bila memikirkan kehidupan warga tua di sana. Walaupun nampak ceria, positif dan sebagainya, namun di dalam hati siapalah tahu. Hanya memikirkan sahaja tentang anak tak sayangkan kita, dah boleh buat bergenang air mata. Inikan pulak mereka yang merindui kasih-sayang seorang anak!

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar,
    naik sebak akak baca entry ni AN..
    bagus anak-anak murid awak
    macam mana lah nasib akak esok2
    moga berakhir dengan baik juga..insha Allah

    ReplyDelete
  5. tersentuh hati dengan ayat orang yang paling kaya:(

    ReplyDelete
  6. Saya pun tumpang sebak baca coretan ni… Mmg tabahnya mereka yang kat sana tu..
    Saya sokong kata2 En Kholid pasal pusat jagaan tu… Benda mcm tu dah lama mereka praktikkan di negara maju mcm UK ni… Dari awal lagi mereka dah menabung utk pusat jagaan bila tua nanti… Bukan sikit tau mereka bayar, byk juga amaun yg kena bayar bulanan…. Rumah jagaan yg mereka duduk tu mmg standar hotel…. selesa sgt2… Mmg mcm2 aktiviti pusat jagaan tu jalankan… hujung minggu, ramai2 keluar shopping atau pun tengok wayang… Makan pakai terjaga, siap ada hiburan lagi… Kalau kita org Islam ni, mungkin boleh selalu tadarus quran ramai-ramai, tambah saham akhirat :)
    Kalau diberi pilihan, mesti kita dikelilingi anak cucu bila tua nanti.. Tapi tu la kan, apalah nasib kita bila tua nanti...

    ReplyDelete
  7. bagus program ni AN..bleh beri kesedaran ckit buat ank2 didik termasuk cecikgu gak..

    ReplyDelete
  8. Penat2 , sedih , Akhirnya Dapat sesuatu pengajaran untuk anak2 ni kan , kite pun dpt insafi diri ;)

    ReplyDelete
  9. bagusnyer aktvt mcm ni.moga di teruskan

    ReplyDelete
  10. Kat Thailand kalau taks ilap dorang ada buka pusat jagaan untuk orang tua ni, bayaran bulanan sangat mahal ok, mmg bisnes ni. tapi tu la... still tak sama dengan anak keluarga sendiri kan.

    ReplyDelete
  11. Ditinggalkan? Sedih sbb sggp la tggl org2 tua tu kan. Apa la yg ada dl hati ahli keluarga dorg ni.

    ReplyDelete
  12. sebaknya baca entri ni.tersentuh
    luar nampak ceria tapi dlm hti mereka hanya Allah yg tahu kan

    ReplyDelete
  13. rindunya KKB.. dh lama nina xpi sana. rumah ehsan ni dekat dgn pekan ke akak? mcm penah tgk kt sna tp lupa dh. bagusnya kalau ada skolah buat program mcm ni. anak2 murid akak patuh dgn arahan. semoga byk lg org2 yg sudi membantu mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?