Donut, buku dan gunting

Naim ni penggemar donut. Dulu dan sekarang, kalau kena masanya memang boleh dia habiskan dua biji donut. Macam masa kami ke rumah Kak Ja minggu lalu,  Mak ciknya dan kakak-kakak sepupu tawarkan macam-macam makanan tapi Naim tak nak makan, tengok-tengok Abang Chik balik dengan donut Big Apple. Saya ingatkan memang diorang nak makan donut. Rupanya ibunya yang menyuruh beli sebab Naim tak nak makan apa-apa, sambil tu dia menjawab, " Naim makan donut je,". Sabar jelah si Naim ni. 

Naim juga masih lagi dengan minat membaca buku Noddy yang dah berlanjutan beberapa minggu. Boleh tahan juga si Naim ni. Nak tak nak mama dan papalah yang kena jadi tukang cerita. Mama dah hafal nampaknya, bolehje cerita tanpa tengok perkataan yang ada.  Kena marahla dengan Naim. Bukan dia tak tengok apa kita buat ni. Dituduhnya mama baca tipu pulak. Bila saya nak pujuk, saya cakapla yang, "Mama dah tahu cerita ni pasal apa Naim".  Macam faham alasan tu, Naim pula cakap, " Bagus mama, good".
Layankan sahajalah. 

Gunting dan hasil guntingan Naim. Mula dapat gunting ni, dia tak pandai pun nak menggunting. Lepas diberikan tunjuk ajar, Naim mula pandai nak menggunting. Lama- lama sikit, makin cepat dia potong bahan yang ada. Daripada bahan besar dah pandai carikkan menjadi bahan yang halus-halus. Jangan ditahan-tahan masa dia nak buat, dah beberapa hari tak la dia gian nak  buat acara menggunting lagi. 
Semalam nampaknya dia mula gunting buku Noddy yang dia tak nak baca. Bila ditegur, jawabnya , " Naim tak baca ni. Tak best,". 

Comments

  1. akak pun suka donut!lagi2 donut big apple tu AN!
    alahai Naim..hati2 nt abis kain bj mamanya digunting sama..

    ReplyDelete
  2. La....mana donutnya ingatkan ada hehe...
    Kalau nak buat sendiri mcm tak berbaloi pulakkan AN...Naim 2 ketul mama 2 ketul Papa 2 ketul Nazef seketul alahai....berapa cawan tepung nak menyukat tu hehe...Beli jer senang J Co ke Big apple ke...sedap banget! hehe
    Baik baik lepas ni takut ada jean baru depa yg kena gunting pulak...
    peel Angry Bird dulu masa kecik suka menggunting jean....huhu...dah lah baru beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha jangan la gunting kain baju pulak. Kena pantau kan. Mana tahu lepas ni mula beralih kepada kain baju pulak

      Delete
  3. mmg fanatik sungguh nam dengan donut..meh dtg rumah anty nti anty buatkan..:)

    mmg bagus ajar anak guna gunting.latih kordinasi tangan naim.biar senang nti sekolah takde la terkial2 nak menggunting macam aiman.salah ibu sbb dulu2 kuang aktiviti menggunting..semak rumah!hehe..

    alahai rosak buku kalau digunting naim..mahal kan beli..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak dapat nk nolong la.. mmg semak rumah kami kebelakangan ni. Asyik nak baca dan gunting je. Setakat ni tak banyak dia gunting buku.. tapi dia macam tahu fokus...dia mula gunting ikut shape tau.. seronok juga saya tengok..

      Delete
  4. rajin dan pandai naim..

    ReplyDelete
  5. Budak² kat rumah ni pon asyik nak donut je... Naik muak la plak menengok diorang makan. Buku² Noddy tu masih intact or dah berkecai digunting? Budak² sedang membesar ni memang ada je jawapan & banyak betul akalnya kan?... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. buku noddy ni banyak sangat. Naim ni dia gunting buku aktiviti.. buku yang ada cerita nampaknya setakat ni selamat lagi.. haha..

      Delete
  6. budak sekarang berani mencuba...
    http://adna2029.blogspot.com/2014/05/mini-giveaway-kcolly-by-syiera-firdaus.html

    ReplyDelete
  7. amboi...makan donut ajer yer. hehehe

    ReplyDelete
  8. Ni kalau saya datang rumah, jawabnya memang dapat donut jugalah ya :)

    Bukan Naim aje, AN...Mommy yang ini tak reti guna gunting tu. Kalau yang tajam berkilat tu memanglah terrer sikit. Pernah belikan si Abang tapi sebab Mommy pun sengal, Mommy bagi gunting kecil yang tumpul sikit hujung. Mommy kan super freaking Mom. Nak ajar anak tapi takut.

    Part menggunting selain daripada kertas ni takda pengalaman lagi. Dah baru anak pegang gunting, emaknya dah lari pecut 100m. Memang tak dapatlah Abang nak bereksperimen dengan alat yang dipanggil 'gunting' ni. La ni kena tengokkan si Adik pulak. Yang ni lain macam sikit perangai. Kenalah fikir cara nak memperkenalkan gunting dan kegunaannya kepada si kecil nih nanti!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?