29 Mei

Alhamdulillah sampai ke tahap ini. Dah lima tahun sejak tarikh 29.5.2009. Bermakna tempoh perkahwinan saya dan Papa N juga dah lima tahun, eh sepatutnya dikatakan baru lima tahun. Memang tempoh yang amat baru lagi, kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Walaupun nak menempuh lima tahun ni ada masanya saya rasa susah, namun saya sangat bersyukur kerana Allah berikan kekuatan dan hidayahNya untuk kami sama-sama meneruskan proses membina dan menguruskan rumah tangga ini.

Bercakap tentang masa susah, patutla orang kata yang lima tahun sekali ialah fasa yang lain dalam hubungan perkahwinan. 

Buat suamiku, Papa N...
Apa pun, kalau lima tahun pertama ni kita banyak bergaduh pasal benda kecil, macam masa nak cuci bila anak buang air besar. Harapnya 25 tahun akan datang kita masih lagi mesra macam ni, kita gaduh pula pasal siapa nak cuci kalau cucu kita buang air besar, boleh tak Pa? Apa nak dikisahkan apa orang lain kata, asalkan kita tak buat perkara yang salah. Nak puaskan hati semua orang payah. Kalau kita suami isteri sehati sejiwa dalam keputusan yang dibuat itu dah cukup bagus. Saling menyokong antara satu sama lain. 

Jadi, semoga masa akan datang ini akan jadi detik yang terus menggembirakan dan semakin membahagiakan kami. Sesungguhnya sesuatu yang baik itu kalau diucapkan berulang kali akan jadi doa, kan? Jadi, saya tulis yang baik-baik sahajalah, dengan harapan semuanya bakal jadi lebih baik untuk masa akan datang.


Comments

  1. Haha..kalau saya silap maafkan saya.Ni adalah tahun terakhir fasa pertama kan!Alhamdulillah.Semoga Allah memberkatimu,menghimpunkan kedua2 kamu dalam keberkatan.aamiin..Berbahagia hingga ke syurga.Oo patutlah rindu semacam semalam.Nak bagi hint kat kita2 yea.Celebrate kat mana?Mesti kopak Papa Naim ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada celebrate pun tahun ni. Makan biasa je kat rumah. Yang semalam dan hari ni tak berkait tau, kebetulan semata2..

      Delete
  2. Alhamdulillah...dah 5thn pun!usah pikir yg negatif2 pk yg positif2 saja AN..hepi anniversary AN dan asben moga bahagia hingga kejannah..Aamiin!

    ReplyDelete
  3. Happy Anniversary Aisy! Semoga kebahagiaan berkekalan selamanya... 5 tahun datu tempoh yang agak panjang tu...PAsti byk yang dipelajari & semoga makin mengenali hati budi masing-masing. Tahniah!

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-5 buat mama dan papa Naim Nazif….
    Moga terus sehati sejiwa dalam melayari bahtera rumahtangga :)
    Amboi, dah fikir ke depan hingga bercucu… i loike 100x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. contoh tak leh tahan ya. Saja terfikir pasal tu tadi.

      Terima kasih..

      Delete
  5. alhamdulillah...dah 5 tahun, semoga ikatan kasih sayang ini akan terus berkekalan hingga ke jannah. dalam rumahtangga biasa la ada pasang surutnya,ada suka dan dukanya..apa yg penting sama2 saling memahami...
    inshaAllah..moga sempat menimang cucu nanti...

    ReplyDelete
  6. Ohhhh Aniberseri ghupenya .... HAPPY ANNIVERSARY buat Mama dan Papa N...Moga ikatan perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke jannah.
    Tahniah AN terlepas sudah fasa perkahwinana yg pertama... Orang selalu kata gitu fasa yg pertama adalah tempoh kritikal....tapi kita yg melaluinya macam tak perasankan..... Biasalah gaduh merajuk adalah lumrah dalam rumahtangga.... Kadang benda gitulah yg buatkan hubungn kita jadi lebih rapat.....
    So apa lagi? ....hehe..

    ReplyDelete
  7. 5 tahun pertama tu dugaan memang banyak. Kalau dah lepas 5 tahun tu, alhamdulillah. Bukan kata selepas tu dugaan berkurangan tapi yalah, dah terbiasa dengan perangai masing-masing. Rasa lucu pulak bila AN kata after 25 years nak bertekak siapa yang patut cuci cucu buang air besar.... masa tu bukan ke makpak cucu yang patut bertekak? Hahaha....

    Tahniah sekali lagi AN kerana berjaya menempuh segala rintangan dan dugaan dalam hidup berumahtangga. Semoga berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai..kita orang nk jadi nenek atuk yang prihatin.. nak jaga sendiri cucu nanti
      Hihi.. tu pasal imaginasi gitu.

      Delete
  8. Alhamdulillah,dh berjaya lalui penamat fasa pertama dalam rumahtangga dengan dua hero comel sebagai penyeri. semoga perkahwinan terus dala barokah Allah AN..

    Happy 5th annivesary

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah,dh berjaya lalui penamat fasa pertama dalam rumahtangga dengan dua hero comel sebagai penyeri. semoga perkahwinan terus dala barokah Allah AN..

    Happy 5th annivesary

    ReplyDelete
  10. wahh dh 5 tahun.. ok la akak. Alhamdulillah, semoga akak sekeluarga bahagia ya :) selamat hari ulangtahun perkahwinan.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..
    selamat ulangthun pkahwinan y ke-5 for both of u.
    mudahan pjalanan ini akan terus diberkati..
    gaduh2 sikit biasalah..pelengkap kehidupan rmh tangga.. nak ada gak masam-masamnya..kalo manis memanjang, x berseri jgk kan..

    ReplyDelete
  12. alhandulillah.
    selamat ulangtahun ke lima akak :)

    saya bln 11 nanti masuk 7 tahun..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?