Mendobi dengan Naim

Hari ni sekali lagi Naim saja yang duduk di rumah dengan mama. Amboi, walaupun beberapa kali diajaknya mama pergi ambil adik, kononnya nak main sama-sama dengan adik, tapi pada masa yang sama, Naim macam seronok sangat dapat berdua dengan mamanya.

Suara pun manja-manja je. Agaknya sebab adik tak ada, mama dia dapat bagi sepenuh perhatian, suka hatilah tu.

Saya dah lama nak cuba dobi layan diri tapi hari ni baru dapat cuba. Alasannya nak cuci cadar yang tebal. Entah siapa yang kencing masa tengah tidur, kenalah dicuci cadar tu kan. Kalau cuci sendiri boleh je tapi nak cepat kering. Hihi. Alasan, kalau tak mesti tak merasa guna mesin di dobi tu, kan?

Ajaklah Naim pergi. Bawa juga sekali dua helai tuala Naim dan baju kegemaran Naim. Cadar tu dah tebal jadi saya tak bawa banyak baju lain. Masukkan semuanya ke dalam mesin 14kg.


Naim seronok je bila masuk ke dobi ni. Dia yang masukkan duit kertas nak tukar syiling. Dia yang beli sabun dengan syiling tu. Dia masukkan baju ke dalam mesin, mana nak tekan mama kena ajar je, yang tekan dia. 

Bahagian menunggu, Naim mula bosan. Umpan dia dengan ayam goreng, makan di kedai berdekatan. Dapat seketul ayam goreng dan air boboiboy sebotol, senyum lebarlah dia. 

Siap satu kerja hari ni. Dah seminggu nak basuh tapi tak terbasuh. Tapi rasa sayang juga kalau nak ke dobi ni selalu. Untuk cucian 14kg, keseluruhan kos sekali dengan sabun, cuci dan keringkan tadi ialah RM 12.50. Hihi..kedekut betul. Tapi kalau nak cepat dan mudah, memang sesuai konsep dobi ni. 

Comments

  1. Seronok mendobi sndiri ni...lgi elok guna sabun sendiri..
    seronok anakanda tu mndobi yer..

    ReplyDelete
  2. Ehhhh bestnya kalau kat kedai depan ni ada laundry cenggitu.... kat sini tak delah AN....Ingat nak basuh cadar jugak ni lama tak berbasuh hehe.....
    Amboi Naim bolot mama sesorang nampak hehe.....
    Yelahkan abang bila lagi nak dapat lebih perhatian dpd mama.....kalau tak, masa Nazif tak de ni.
    Alah setakat RM12.50 setahun sekali.....tak jadi kudis pun.... lainlah OKje ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi.. Okje ni.. Sayalah yang kena berjimat. Atenya cikgu je. Mana banyak pun gaji..Lagipun nak cepat kaya kenalah jimat.. hihi..

      Kalau ada Nazif, mmg dia tak benar abangnya manja sangat dengan mama..itu yang Naim selalu merajuk.

      Delete
    2. Ingat dah ada entry baru...... Masih kat kampung lagi ke?...Bukan main lagi yek makan nasi kerabu hari hari hehe...

      Delete
  3. Hahaha...kalau bab ni saya sanggup je basuh sendiri di rumah :) Yang ni memang saya rasa kedekut nak keluar duit. Lebih baik beli barang keperluan diri, itu tak rasa pulak membazirnya :) Baguslah Naim dah pandai guna mesin basuh. Nanti boleh tolong mama masukkan baju dalam mesin basuh di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. samalah kita. Kalau macam tadi berapa helai je dah bebelas ringgit. Kalau cuci sendiri tak sebanyak tu pun.. elok buat simpanan dan boleh gi shopping kasut, kan? Hihi

      Delete
  4. oklah sekali sekala..kalau acap kali tu mau bankrap juga kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. memang pun. Tapi tadi masa sama2 cuci tadi, ada orang yang sekali cuci guna 5 mesin.. dia asingkan ikut jenis baju. Mak ai. Cer kira yang rm7×4, yang lagi 1 rm10.. kalau dia keringkan mau rm20 lagi lepas tu.sekali pegi basih dah lebih kurang rm58...banyak duit dia labur. Ke sebab mesin baju kat rumah rosak.

      Delete
  5. Assallam AN..hari ni acik terpaksarela hantar baju ke dobi...mesin basuh buat hal pulak.dah pi kedai..katanya hari isnin baru boleh datang..tak jan nak biar macam tu je kan..tapi baru hantar baju acik je..baju 4 beranak lagi tu belum hantar..tunggu repair mesin.

    ReplyDelete
  6. Pernah guna masa kat Aussie je..
    Kat M'sia punya tak pernah lagi.
    Terkial2 buat masa tu sbb tak biasa....

    ReplyDelete
  7. seronok naim rasa pengalaman baru mendobi..mesti excited nak main tekan2..dpt upah ayam goreng air boboboi lg msti suka..

    buat sy yg super kemut ni AN,mendobi dirumah sajalah.kehkeh

    ReplyDelete
  8. suka la naim tu..dpt perhatian lebih dr mama!senang keja kita kan AN bila mendobi ni..kiki

    ReplyDelete
  9. Sesekali apa salahnya kan ..kalau ada tempat akak, tentu akak pun mengadap sama kat situ..heheh...
    Seronoknya Naim dapat pengalaman mendobi....

    ReplyDelete
  10. kalau kt rumah xpernah lg hantar baju ke dobi. nina 1st time hantar baju kt dobi msa di lgkawi. dok 14 hari baju2 berlonggok xbasuh. heee. naim dpt kasih syg lebih sbb tu senyum lebar je :)

    ReplyDelete
  11. kat KEMAMAN xde lagi mesin dobi layan diri ni..atau ada, tp xtahu kot..

    naim nampak eksited

    ReplyDelete
  12. seronoklah naim dapat bermanja dengan mamanya ye..

    ReplyDelete
  13. Ni sure balik kampung ni.....senyap sunyi jer rumah ni

    ReplyDelete
  14. Baru singgah umah aisy... Best gak bile penat Anta ke dobi.. Blk tapah ke kelantan nie? Slmt bercuti ;)

    ReplyDelete
  15. lieya rajin gak pergi dobi mcm ni tapi tuk basuh cadar ngan toto nipis jek aisy haahahahaah...nak gune mesin basuh kat umah tak muat lak..... tapi mase kes tadke air aritu kemain penoh gak dobi camni....

    ReplyDelete
  16. sekali sekala bloh je layan kak.hihi.kalau sokmo kayo la tokei dobi tu.hikhik..
    saya selalu cuci toto, karpet je.

    toto pon tgk kepada kekrapan diguna.kalau ramai tetamu berkunjung maka kerap la mendobi.
    mesin kat rumah 7kg aje..

    ReplyDelete
  17. aida pun da mula guna express laundry ni hi hi hi...
    bwk sabun sendiri.
    cuci RM7 & kering RM4...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?