Memuding pada jam 2 pagi

Bersedia nak jadi akak jual kuih sarapan ke buat puding pada jam 2 pagi? Bukan ya.. Kejadian benar ni. Kisah semalam. Al kisahnya si Ahmad kecil, dalam pukul 10 lebih tu dia mula merengek macam nak tidur. Saya masa tu, tutup tv terus walaupun tengah tengok cerita korea kegemaran. Masuk bilik, terus bagi Nazif ni menyusu. Macam ok je mulanya. Tapi, lepas setengah jam, dia tiba-tiba bangun.

"Air, air, air" sambil tarik tangan saya untuk ke bawah. Fahamlah tu, dia nak minum air kosonglah sebenarnya.

Maka, bermulalah fasa berjaga malam. Bukannya nak terus tidur lepas tu. Lepas membasahkan tekaknya, Nazif suruh saya duduk kat sofa. Dia main dengan seronoknya mainan abang yang ada di ruang tamu. Bila diajak naik tidur, dia jawab, " tak nak". Bila ditanya lagi, dijawab , "mama, duduk".

Si kecik ni ajak bermain sampai pukul 12.53 pagi. Diajak sebut abc, 123 dan siap tunjukkan handphone mama sambil cakap "pinjam". Dia nak tengok gambar yang ada. Ditunjuk gambar abang, dia akan sebut abang. Kalau gambar lain pun sama. Mamanya, layan sahajalah. Lepas tu baru matanya menunjukkan tanda nak tidur.

Dah lepas masa sepatutnya tidur, mana boleh lena lagi. Saya cuba setengah jam baring, akhirnya saya bangun. Turun ke bawah. Pasang semula cerita korea yang belum habis tengok. Sambil tu saya gosok baju, kemas barang dan sempat juga termenung . Mata masih terasa segar. Itu yang sempat nak tulis satu entry awal pagi buta semalam tu. Pukul 2 pagi saya sediakan puding santan. Warnanya taklah lawa kali ni. Tapi menjadi dua lapisan tu kira oklah. Rasanya pun sedap, kata Papa N dan Naim yang makan sebagai sarapan pagi tadi. Sempat saya pesan kepada Papa N tadi, simpan sikit untuk saya balik nanti.

Akhirnya saya tidur semula pada jam 3 pagi. Jangan buat selalu dik. Pengsan mama. Kamu tidur pukul 12 malam pun ada masanya memang mama kamu mengantuk di kelas. Ini pukul 3 pagi? Aii..

Bawa sikit untuk santapan kawan di sekolah. Kak Engku hari tu kata rindu nak makan puding saya buat. Walaupun warna tak menarik kali ni, harapnya ok dengan selera. Maklumla kerja pukul 2 pagi.

Comments

  1. He3! ingat dulu masa anak kecik2, 2 pagi ajak main ball. Pukul 2 pagi mintak lempeng. Aduh!!!! sabar ajelah!

    ReplyDelete
  2. lewat juga tido tu
    sempat buat agar2 lagi
    nampak macam best je ni
    nak rasa boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dtg ke rumah la baru blh.. nk pos takut rosak

      Delete
  3. mmg berbaloi semua dpt rasa..lebih lgi pahala..
    bersengkang mata kerana anak2..ganjaran sgt besar di sisi Allah

    ReplyDelete
  4. Janji sedap. Alaaaa warna tu sbgi penarik je, rasa tu lg penting. Sy kdg2 buat x letak pewarna pun, harap warna air pandan je. Mmg la x lawa.. Hehe. Tp mkn sejuk2 mmg sedap

    Buat kerja jam dua pg mmg best.. Pas buat kerja br blh lena sbb dah mgantuk kan?

    Saya pun mcm tu, pernah syafiq xmo tido last2 sy buat smbl bilis dan sblm lelap tanak nasik lemak. Anak2 nk besar mmg mcm2 bijaknya otak dia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. sedap kot. Pagu tadi Naim dah makan 3 ketul.. dia suka biasanya.

      LM lagi hebat tu. Nasi lemak?

      Delete
  5. rajinnyer, sempat lagi tu awal2 pagi buat,.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Laaa......... mesti ngantuk ngajar pagi ni, mesti keluar masuk bilik air
    cuci muka kan?. Ataupun.... buat lompat bintang utk hilangkan ngantuk?. Hahaha...
    Sedapnya puding tu... rajin betul Mama Nazif ni... Mama Shashal je yg dah tak rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim exm ni.. dapatla rehat sikit.. perati budak jawap.. haha..
      rajin sekali sekala

      Delete
  7. hi hi anak oh anak! Hingga ibu sempat memuding :-)
    Aida so far x pernah masak or baking or buat anything di dapur if jadik gini. Aida selalunya mengemas...

    ReplyDelete
  8. uish sedapnya..tak tawar pun ko saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry la. Bawa sikit je tadi. Masa buka tu ramai org ada. Habis cam tu je. Lain kali i buat lagi k..jgn risau

      Delete
  9. kalau akak dah past kat en.azmi dah tu suh jaga anak,akak akan tido pukul 10 kalu hari bekerja...hehehe
    dah menjadi la puding tu,akak tak penah lagi buat puding santan ni sbb takut gagal...hahaha

    ReplyDelete
  10. rajin sunggh AN ni...rajin layan kerenah ank2,rajin msk..walau dlm kepenatan!

    ReplyDelete
  11. AN..acik ni dah tua pun penakut hi hi..kalau mata tak mau tidur pun mesti baring je kat dalam bilik..

    ReplyDelete
  12. Samalah dengan saya, kalau dah terjaga lepas pukul 12 tengah malam, memang tak boleh lena baliklah. Anak saya dekat-dekat pukul 4, 5 pagi buat hal. Menjerit-jerit nak susu kalau kita tak bangun. Maka kenalah bangun. Lepas habis susu, menjerit lagi suruh ambil botol susu dari tangannya. Bila letak kepala atas bantal semula tau-tau aje dah lewat bangun. Itu yang selalu lompat katil, mana nak kejar solat, mana nak kejar perkara lain yang harus disiapkan sebelum pergi kerja. Memang sehari tu, tak pernahlah tak bergegas bila bersama anak-anak.

    Kalau anak tak tidur malam, itu lagilah alahai....

    ReplyDelete
  13. Lama tak dengar cerita pasal anak anak tidur lewat AN...dah ok yeh waktu tidur dia....
    Sesekali ...oklah tu hehe... Dah banyak tidur belah petang kot ....tu ysng segar jer bijik mata tu....
    Rajinnya memuding pukul 2 pagi kalau okje mmg idaklah hehe...
    Gitulah agaknya kakak kakak jual kuih yek....bersengkang mata hingga ke pagi...syukur jadi diri sendiri...huhu

    ReplyDelete
  14. Amboi rajinnya! Saya kalau tak boleh tido, akan dok pejam mata atas katil & berharap akan terlelap. Tup..tup.. subuh!.. Tiapkali jadi mcm tu rasa rugi je masa...

    ReplyDelete
  15. sejak dah ada anak kecik ni sy pun rutin malam lebih kurang AN juga..mula2 tidur sekali masa susukan afia pastu tgh malam mest jaga sambung buat kerja rumah..memuding pukul 2 pagi tu takdelah ye.hehe..

    sy klu puding santan camni suka lapisan santannya banyak..warna tu klu nak cantik letak pewarnalah ye AN..tapi la bagus camni original punya..rupa tak penting,janji sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?