Jiran's trip : Naim Nazif main air sungai kali pertama

Kali pertama untuk beberapa perkara, jadi rasanya entry kali ni sesuai sangat. Inilah kali pertama kami menyertai aktiviti di luar kawasan dengan jiran-jiran di lorong rumah kami.

Macam ditakdirkan je aktiviti hujung minggu kami hari tu. Pada pagi tu, semasa dalam aktiviti Pandu Puteri, murid-murid meminta diadakan aktiviti perkhemahan di Janda Baik. Kononnya menarik kalau dibuat di sana. Saya memang tak berani nak bawa budak-budak tu jauh macam tu. Banyak perkara nak difikirkan, terutamanya faktor keselamatan. Tapi, masa mendengar pujukan diorang tu, saya tertarik juga nak ke Janda Baik.

Tak disangka betul, pada hari yang sama, petang tu juga, saya dapat mesej whatapps daripada jiran, yang mengajak kami sekeluarga menyertai hari keluarga di Janda Baik. Waw, rezeki ni...kata saya dalam hati masa tu. Terus saya bersetuju. Lepas tu baru saya balas lagi mesej tersebut dengan mengatakan kalau suami saya setuju, insya Allah kami akan ikut. Ha, nampak keterujaan di situ. Kali pertama nak ke Janda Baiklah katakan.

Bila dah dipersetujui oleh Papa N, akhirnya jadilah kami mengikut rombongan Cik Ina ke Janda Baik. Ina tu ketua yang merancang dan menguruskan semua hal berkaitan aktiviti ni, memang sesuailah, pandai dia merancang semuanya.

Kami menginap di Teratak Pak Lah. Kat kawasan Janda Baik ni ada banyak sangat chalet yang boleh dipilih. Mengikut kata Ina, penginapan yang dipilih kali ni sebab harganya murah, berdekatan dengan sungai dan kemudahan yang ada. Memang betul-betul dekat dengan sungai, di belakang chalet tu je sungainya.
Kami datang 7 keluarga, 7 chalet yang disewa. Tapi kaum lelaki ada yang nak lebih rasa kelainan. Maka ada 5 khemah didirikan di tepi pangkin tu. Memang betul-betul seronokla rasanya aktiviti kali ni.

Naim yang kali pertama jumpa khemah besar macam ni, suka hati sangatla dia masuk ke dalam khemah tu. 

7 keluarga yang ikut serta tu termasuklah jiran jauh kami iaitu Cik Zilla dan keluarga. Kebetulan salah seorang jiran kami tak dapat sertai aktiviti ni di saat akhir, saya pun mengajak Zilla. Tak sangka Zilla setuju dan maka dapatlah beramah mesra jiran kawasan BSP ni dengan keluarga Zilla. Saya tak banyak ambil gambar pun. Bila balik, saya tengok gambar yang satu ni je ada muka Cik Zilla, dengan Zaim, anak bongsunya. 
Yang pastinya budak-budaklah yang paling seronok. Dapat main bersama-sama. Nak mandi air sungai pun cetek je. Naim mulanya tak nak berendam kerana katanya air sejuk. Memanglah sejuk, air sungai katakan. Bila dah balik tu, dia cakap nak pergi mandi lagi, agaknya itu tanda seronok mandi kat sanalah tu. Nazif pula asyik sebut sejuk masa diajak ke dalam air. Masa mula sampai je, agaknya Nazif ni teruja tengok air, dia nak sangat main air, tak nak mama pegang pun. Bila dah rasa air sejuk tu, mula tak nak main dalam air. Nati adik dah besar sikit, kita cuba lagi ya.

Bagi geng mak budak pula, seronoknya sebab dapat lepak makan sama-sama. Yang tukang membakar kambing, ayam, dan lain-lain pula kaum bapa, yang ibu-ibu makan je.. kan best sangat tu. Sempat juga ibu-ibu main badminton dan permainan lain dengan anak-anak. 

Bercuti pastinya seronok. Balik ke rumah, pengsan kejap kerana sakit badan. Ditambah pula sedar dari lamunan bila tengok timbunan kertas soalan peperiksaan yang belum ditanda, pengsan kali kedua.. haha.. ok, nak kena sambung kerja.

Comments

  1. Best nyer aktivitin kejiranan cenggini… boleh simpan tempat ni dalam list utk hari keluarga… Air sungai tu yg buat daya tarikan… tentulah budak2 yg paling happy :)

    ReplyDelete
  2. ada juga aktiviti best bersama jiran tetangga..mmg meriah klu kumpul ramai2 cmni..mandi sungai pasang khemah lagi mmg terbaiklah.kaum ibu,kaum bapa anak2 semua bergumbira nmpknya di Janda Baik..:)

    ReplyDelete
  3. Nmpk best... Blh beramah mesra. Kami x pernah smpi sana lg

    ReplyDelete
  4. waah seronok tu..Alhamdulillah dpt jiran yg baik2 belaka.
    Dah lama xke sg tekala or congkak..dulu time antar ank sulong blk asrama kat hulu selangor selalu singgh kat sg tua,ulu yam...cantik air terjunnya dan pemandangan..

    ReplyDelete
  5. Bestnya bercuti dgn jiran2. :) budak2 dpt mandi sungai mmg seronok. Penah g janda baik skali je. Teringin nk pegi lagi.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya...sepakat membawa berkat...
    dpt mkn sambil sembang..tu yg best tu..topik anak le tu...kan

    ReplyDelete
  7. kalau tempat2 mcm ni bukan budak2 je, mak bapak budak pun suka hehehe !

    ReplyDelete
  8. thanks ajak kita..lain kali boleh buat trip tpt lain pula yea..

    ReplyDelete
  9. janda baik mmg best,banyak kawasan yg menarik utk lepak...masa bujang2 dulu pernah lepak dgn member tepi sungai sambil baca novel cinta...hahaha mmg best giler

    ReplyDelete
  10. Bestkan kalau dapat bercuti beramai-ramai begini. Memang meriah, lupa segala masalah. Lepas tu, kira lain halnya AN :)

    Macam best tempat ni. Kalau anak-anak saya jumpa sungai, mesti jakun tak mahu balik chalet ni. Mahu kena bermalam tepi sungai :)

    ReplyDelete
  11. Ni macam yg OKje gi Pengkalan balak hari tulah yek....mmg seronok AN....
    Tapi kalau OKje masalahnya Papa Zir tulah bukannya minat nak masak apa semua tu...lebih lagi bukan kawan dia lagilah malas dia hehe...

    ReplyDelete
  12. Wah.. bagusnya bercuti dengan jiran²... Mesti seronok kan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?