Risau hal 5 tahun lagi..

Dulu, masa baru kawin, risau pasal boleh mengandung ke tak. Dah mengandung, risau hal bersalin. Dah bersalin, risau lak perkembangan anak. Hai, jadi manusia ni tak pernah hilang kerisauannya kan? Maklumlah kita ni tak makhluk yang tak sempurna.

Naim dah masuk dua tahun lebih ni, saya mula risau tentang persekolahan Naim. Setakat ni tak da lagi sekolah rendah atau sekolah menengah di BSP ni. Setakat ni, budak-budak kawasan ni bersekolah di kawasan Puchong, Alam Megah atau USJ.

Risau mana nak sekolah tu satu hal. Kalau salah satu mak ayah tak bekerja, sekolah di mana pun tak de hal. Selain tu, saya yang setiap hari berdepan dengan beratus-ratus remaja ni, juga risau dengan perkembangan Naim bila besar nanti. Ramai pelajar yang bermasalah, harapnya Naim yang dijaga kami taklah termasuk dalam kumpulan macam ni. Terlalu dikongkong pun tak boleh, sebaliknya terlalu dimanjakan lagilah tak patut, akan rosak nanti. Saya cuma boleh doakan yang terbaik.

Comments

  1. takda sekolah susah juga ye?kalau area rumah LM ni sekolahkan kat taman u. 10 minit juga nk ke sana dr umah

    ReplyDelete
  2. kita ibu2 @ wanita ni sentiasa risau kan.. mcm2 yg kita pikir :-)

    ReplyDelete
  3. haha..mcm tu la.. suami kadang-kadang pun marah, pikir benda yang jauh lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?