Perlu ke berhenti kerja untuk jaga anak?

Memang dugaan betul menjaga anak-anak murid dari kelas belakang ni. Dalam minggu ni je, macam-macam kes yang pelajar kelas saya alami. Mula-mula pada hari Isnin, seorang ibu menelefon memberitahu bahawa anaknya diugut oleh pelajar tingkatan 5. Jadi anak dia takut nak datang sekolah. Sampai hari ini tak datang. Semalam pula, ada pelajar yang menginap di rumah kebajikan diheret bawa datang ke sekolah oleh pentadbirnya kerana cuba melarikan diri dari rumah kebajikan tersebut. Hari ini pulak, salah seorang pelajar India ponteng sekolah lagi, dan bila dihubungi ayahnya memberitahu dia ada melihat anaknya masuk ke sekolah semasa dia hantar awal tengah hari tadi.

Ni baru satu kelas. Di kelas yang lain, lain pula masalahnya. Jadi, macam manalah kita nak kurangkan masalah macam ni.

Bila ditanya dan diselidik, anak-anak yang bermasalah ni kebanyakan tak mendapat sepenuh perhatian kerana ibu bapa sibuk bekerja.

Perlu ke semua masalah remaja ni diletakkan di tangan guru. Tidakkah ibu bapa perlu mengambil peranan untuk memantau anak-anak mereka? Patut ke ibu bapa terlalu fokus kepada kerja sehingga mengabaikan anak-anak secara langsung atau tak langsung?

Pendapat saya, ibu bapa boleh mengekalkan kerja yang ada, cuma mereka haruslah memberi lebih tumpuan kepada anak-anak remaja ini. Mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa dalam mencari dan membentuk jati diri mereka. Janganlah kita mengabaikan mereka dengan alasan ingin mencari kesenangan di masa hadapan. Tiada makna kesenangan yang dicapai sekiranya anak tidak berjaya.

Comments

  1. semua nie sebab tekanan hidup...ndak kerja pun susah...mahu itu nie ndak dapat plak...apapun kena seimbang dan kena fahamkan anak2 mengenai situasi mereka sebagai ibu bapa...guru2 plak kena mengawasi bukan satu dua orang lebih berpuluh2 pelajar dan murid...yang pelbagai latar belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulkan...bukan mdh nk imbangkan keje n keluarga, tp kena la semua org lebih faham situasi n ambil berat

      Delete
  2. pd sy... guru2 hanya membantu tp mendidik itu adlh tggungjwb ibu bapa... kerana parent lah yg mencorak kehidupn ank bila dewasa...

    perlu seimbang antara kerja n keluarga kan.. kene pk jugak perasaan ank2 :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?